I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, November 7, 2012

Mom and Baby Expo

Di Malaysia, setakat ini ada dua jenis expo besar-besaran yang diadakan oleh dua penganjur yang berbeza. Sila tengok gambar kat bawah ni, yang satu tulis MOM & BABY EXPO.

Pic kredit to YOU


Yang ini pulak MATERNITY & CHILDREN EXPO.

2nd MCE_449x280
Pic kredit to YOU

Disebabkan expo ini dianjurkan oleh 2 penganjur yang berbeza, cara nak ingat senang saja, kalau anda pembaca majalah Mami & Baby dan nak kumpul semua koleksi majalah ini, silalah pergi ke Mom & Baby Expo.

Tapi kalau anda suka baca majalah Pa & Ma, silalah pergi ke Maternity & Children Expo. Kat situ boleh jumpa segala macam koleksi majalah Pa & Ma.

Walaupun expo ini dianjurkan oleh 2 penganjur yang berbeza, hakikatnya barang yang dijual tetap sama.

Penjual kat booth-booth tu lebih kurang sama je antara kedua-dua expo ni, masing-masing jual barangan keperluan ibu dan bayi.

Bagi mereka yang nak menyambut kelahiran bayi, saya sarankan korang pergilah shopping kat expo-expo ni, memang berbaloi sangat. Kira macam one stop centre tau, semua barang ada, boleh buat pilihan nak beli yang mana satu, yang penting sediakan duit jelah yek. ^_^

Apa contoh barangan yang dijual kat expo?

- Maternity blaus, nursing blaus
- Baju baby, bantal, tilam, katil, bedding set, playpen
- Breastpump, breastfeeding items
- Car seat, stroller, 
- Botol susu, puting

Mmm..banyak lagilah sebenarnya.

Apa sahaja yang berkaitan dengan barangan ibu dan baby, korang carilah kat expo ni. Pasti jumpa punya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *