I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, November 28, 2012

Berjaya Hamil Apabila Diurut (Part 3 of 3 - Finale)

Sampai jugak ke episod finale. Part 3 of 3. Sesape yang terlepas follow cerita bersiri ni boleh klik Part 1 of 3   dan Part 2 of 3 untuk memahamkan jalan cerita.


---


Lepas jumpa Mak Aji tu, fikiran saya berkecamuk. Serabut. Entahlah, maybe disebabkan background saya ni sains, jadi bila takde penjelasan yang kukuh tentang apa yang berlaku membuatkan saya susah nak terima sesuatu benda tu.

Saya maklum, ada sesetengah benda tu sukar nak diterangkan secara logik akal dan juga scientifically explanation, dan bila melibatkan hal-hal susah nak pregnant ni, Mak Aji pulak cakap ada nadi baby, saya beri batasan kepada diri saya untuk tidak mempercayainya 100%.

Saya takut kecewa kemudian hari.

Apa taknya, Mak Aji cakap boleh rasa nadi baby, boleh tau pulak sperm my hubby tu kuat, laju dan aktif, logikkah semua itu dengan hanya usap-usap perut saya sahaja? Sukar sungguh untuk diterima oleh akal saya ni.

Tapi mungkin ini kelebihan yang Allah beri kepadanya, atas sebab itulah ramai yang dah berjaya hamil lepas jumpa Mak Aji ini. Mungkinkah saya salah seorang daripadanya?


---


Kehidupan saya berjalan seperti biasa. Pergi keje, balik keje, pegi jalan, bla bla bla... lebih kerap bersama my hubby. Doa saya hanya satu, moga Allah permudahkan dan memakbulkan doa kami suami isteri.

Vitamin yang Mak Aji bagi tu ada 30 biji, means untuk 30 hari lah. Seingat saya, lepas saya dah makan separuh tu dalam 15-16 biji, period saya tak datang seperti biasa. Nervousnya saya pada masa tu. Pernah juga beberapa kali period saya lewat, tapi paling lama lewat pun 3-4 hari je, lepas tu hah, mencurah periodnya. Huhuhuhu...

Jadi kali ini, saya tenangkan diri. Bukan apa, saya takut sedih lagi. My hubby cakap tunggu sampai period lewat 7 hari, then baru buat urine test. Kami decide untuk buat urine test waktu awal pagi, sebab pada masa tu hormon hCG paling tinggi boleh dikesan dalam urine.

Cukup 7 hari, saya masih tak period. Nervous wehhhh.... Malam tu sebelum tidur, saya cakap dengan my hubby, kalau Allah izinkan kita beroleh rezeki cahaya mata dengan apa yang kita dah usahakan, maka saya akan terjaga sendiri awal pagi nanti untuk buang air kecil. Saya taknak pasang jam. My hubby ikutkan saja.

So kami pon tidolah...

Tup-tup tengah tido tu, saya terjaga. Pelik tau, tiba-tiba je saya terjaga. Nak kata ada bunyi bising ke, bunyi kucing ke, bunyi ribut petir ke hujan ke takde pulak. Saya terjaga dan terus segar. Tengok jam pukul 3.30 am. Saya kejutkan my hubby. Dia pun terus bangun dan cerah matanya. Saya cakap saya nak cing-cing ni, tunggu tau. Saya nak buat test sekali.

Masuk bilik air, saya buatlah apa yang patut.

Lepas tu, saya buat UPT guna test kit yang beli kat farmasi (ada banyak stok kat umah sebab keje saya asyik beli UPT kit je tiap-tiap bulan, so desperate nak preggy).


Tunggu....


Dan tunggu....


Dan tunggu lagi.......

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Saya nampak 2 line yang amat jelas!!!!!!


OMG! Betul ke ni? Terus compare dengan kotak arahan UPT tu. Takut terover excited. Siap gosok mata berkali-kali.


Yes, it's true. 2 line!!!!


Saya terus buka pintu, tunjuk kat my hubby...


"Abg, tengok ni....finally...."


"Ya Allah!!!"


Kami tak mampu berkata apa-apa. Dalam kegelapan dan kesejukan awal pagi tu, kami sama-sama menangis....berpelukan.....tak mampu nak cakap apa lagi....


My hubby peluk saya erat-erat, cium saya berulang kali.


"Alhamdulillah sayang......Ya Allah, terima kasih kerana memakbulkan doa kami selama ini..."


Saya hanya mampu menangis, makin ditahan makin berjurai-jurai pulak air mata ni keluar. Betapa saya amat mendambakan semua ini, selama ni setiap kali buat UPT yang keluar hanyalah satu line. Dan kali ini, bile nampak 2 line yang amat jelas pulak tu, saya terlalu terharu, hanya dengan tangisan mampu saya luahkan.


"Terima kasih ya Allah....aku kini hamil....dengan izin-Mu...."



-----



Next thing saya buat adalah pegi jumpa doktor untuk sahkan kehamilan.

Bukan dengan 1 doktor saja tau. Haaa...tu ada kisah lain pulak.. Stay tuned, okay! ^_^


UPDATED : 4 MARCH 2017

Detail Mak Aji
Taman Rinting, Masai, Johor
07-2528755
013-7449771

p/s : Saya jumpa Mak Aji kali terakhir pada tahun 2009. Selepas itu, tak berjumpa atau berhubung lagi. Sebarang pertanyaan, boleh terus berhubung dengan nombor yang telah diberikan. Saya tiada alamat penuh rumah Mak Aji. Harap maklum.

Tuesday, November 27, 2012

Berjaya Hamil Apabila Diurut (Part 2 of 3)

(Kalau nak tau kisah Part 1 of 3, sila klik SINI). ^_^


Stok vitamin yang Mak Aji bagi tu untuk dimakan selama 30 hari.

Memandangkan saya ni bolehlah dikatakan amat desperate untuk pregnant, maka saya betul-betul ikut nasihat Mak Aji, tak pernah miss makan vitamin yang dia bagi tu. Pada masa yang sama saya juga makan folic acid yang dibeli di klinik. Semuanya dengan satu tujuan - untuk menimang cahaya mata sendiri...

Cukup 30 hari, tiada sebarang tanda. Saya masih macam tu jugak. Mmm.. apalagi, mula lah rasa frust.


Rasa kecewa...


Rasa sedih...


Rasa macam nak berputus asa...


Tapi my hubby tak putus-putus bagi semangat. Dialah yang menenangkan jiwa wanita saya ni yang begitu mudah emosi. Apatah lagi, bila dengar orang bercerita pasal anak je, mulalah saya mendiamkan / menjauhkan diri. Taknak campur dengan orang. Sebab saya rasa rendah diri sangat. Sangat-sangat... huhuhu...

Akhirnya kami bertemu lagi dengan Mak Aji untuk kali kedua. Masa jumpa Mak Aji tu, saya cakaplah yang saya masih belum pregnant. Dia tanya,


"Kamu berhubungan dengan suami macamana?"


"Macam biasa je. Lebihkan buat dalam seminggu tu.."


"Mmmm..ok baring. Mak Aji nak tengok apa masalah kamu sebenarnya.."


Macam biasa, Mak Aji cuma usap-usap perut saya. Still takde urut-urut. Baguslah, sebab saya malas nak menahan sakit diurut. Tiba-tiba dengar dia cakap...


"Haaaa... ni ada nadinya ni..."


Dalam hati saya, "Haihhhh...nadi lagi??? Nadi sape ni???"


Masa tu saya tak pedulilah kalau Mama nak sound sebab saya kepoci ke ape. Saya terus tanya kat Mak Aji tu, nadi siapa yang dia maksudkan ni.


"Mak Aji, boleh saya tahu, nadi siapa yang Mak Aji maksudkan ni?"


"Nadi baby..." 


"Haaaa?? Nadi baby? Saya dah pregnant ke apa?!" Saya konpius, konpius tahap beribu juta milion bilion trilion lemon in the world.


"Spermnya kuat, aktif, laju, bagus, takde masalah yang itu. Ni nadi baby lah yang Mak Aji rasa ni. cuba kamu rasa pulak" 


Saya rasa lah kat tempat yang Mak Aji suruh rasa. Kat bahagian perut bawah sikit. Memang ada denyutan nadi, tapi saya tak retilah pulak nak bezakan nadi saya or nadi baby.


"Rahim kamu ni senget sikit. Itu sebablah susah nak lekat sebelum ni. Tapi alhamdulillah, berkat apa yang kita usahakan masa jumpa pertama kali dulu tu, dah lekat dah ni".


Dah lekat? Dah pregnant? Nadi baby? Perasaan saya masa tu bercampur baur. Tak taulah nak menjerit happy atau melompat riang ke awan atau tersenyum meleret atau nak buat apa. Saya konpius (tak habis-habis konpius nye..)


"Jadi saya dah boleh buat test urin ke Mak Aji?


"Nanti dulu. Kamu makan lagi vitamin ni, biar kuatkan sikit rahim kamu tu. Bila dah tak datang bulan nanti, kamu buatlah test urin tu. Insya-Allah positif. Lepas tu jangan lupa confirmkan kehamilan kamu dengan doktor"


"Oh, kena sambung makan vitamin lagi ye?"


"Ye..."


"Kalau lepas ni saya tak pregnant jugak macamana, datang sini lagi ke?"


"Insya-Allah kamu pregnant kali ni. Ikut pesan Mak Aji dan yang penting doa banyak-banyak kat Allah. Semua yang berlaku ni atas izin Allah. Kalau Dia nak bagi, kamu dapatlah. Kalau Dia taknak bagi, kamu tak dapatlah..."


"Ohhhh...."


Selepas tu saya pun minta izin nak balik.


Dalam kereta, saya diam je, my hubby jadi risau..


"Kenapa ni sayang? Mak Aji cakap apa?"


Saya diam je. Tak tau nak cakap apa. Fikiran berkecamuk.


"Ada masalah ye? Takpe, papehal kita setel sama-sama ye. Sekarang sayang rest dulu. Lelapkan mata. Nanti-nantilah baru kite cerita ye.."


Bagus juga my hubby ni. Takde paksa-paksa saya dalam keadaan macam ni. Saya takde mood nak bercakap langsung. Rasa nak cepat balik rumah dan tido.


Apa kesudahannya cerita saya ni?


Eh, ada part 3 la pulak. Tunggu ye!



UPDATED : 4 MARCH 2017

Detail Mak Aji
Taman Rinting, Masai, Johor
07-2528755
013-7449771


p/s : Saya jumpa Mak Aji kali terakhir pada tahun 2009. Selepas itu, tak berjumpa atau berhubung lagi. Sebarang pertanyaan, boleh terus berhubung dengan nombor yang telah diberikan. Saya tiada alamat penuh rumah Mak Aji. Harap maklum.

Saturday, November 24, 2012

Hasil Kreativiti Di Mana-Mana Jua

Biarkan anak bereksperimen dan meluahkan kekreatifannya...

Ahmad Haziq Hafiz... cinta hati Mama... ^_^

Hensem anak Mama ni...







Friday, November 23, 2012

Pilihan Pencuci Baju Bayi


UPDATED : 25 DECEMBER 2012

Masa Haziq kecil, pencuci baju yang saya gunakan untuknya adalah daripada jenama Tollyjoy, sebab baunya wangi. Ada banyak pencuci yang lain kat pasaran, tapi baunya semuanya tak kena dengan hidung saya ini.


Memandangkan masa kecil Haziq selalu muntah time sendawa, time lepas minum susu, kadang-kadang baju atau tuala terkena air kencing atau najis, saya gunakan Dettol Laundry Sanitizer untuk tujuan membasmi kuman. Kiranya setiap kali cuci baju mesti guna Tollyjoy dan Dettol ni lah.

Tollyjoy - baunya wangi dan lembut je
Dettol Laundry Sanitizer - bau standard cam Dettol biasa

Untuk baby yang akan lahir nanti, saya masih belum buat keputusan nak guna pencuci baju yang mana (dah 33 weeks belum decide lagi!! haihh..). Plannya still nak maintain guna Dettol ni, tapi untuk pencuci taknak pakai Tollyjoy lagilah.

Saya ada tengok iklan kat majalah Pa & Ma tentang pencuci baju jenama Baby Organix. Sekarang ni kan kalau boleh nak pakai semua benda yang organik aje (dipengaruhi oleh Haziq yang berkulit agak sensitif).

Siapa kat sini yang dah pernah guna pencuci ni? Ok tak? Baju bersih ke tak? (Ade ke baju jadi tak bersih pulak?) Bau wangi ke biasa-biasa je?

Baby Organix

Actually banyak lagi pencuci baju lain kat pasaran. Cumanya macam saya cakap tadi, bau pencuci ni "tak masuk" dengan hidung saya. Ni contoh pencuci baju untuk rujukan mommies sekalian.

NappiKleen Detergent
NappiKleen Liquid

Pureen Detergent

Pureen Kiddi Wash - heran apsal ada kaler lain-lain. Mungkin ada jenis lain-lain kot. 

Tollyjoy Detergent
Pigeon Detergent

Thursday, November 22, 2012

Berjaya Hamil Apabila Diurut (Part 1 of 3)

Menjadi seorang ibu merupakan satu nikmat dan anugerah yang tidak ternilai bagi saya. Terima kasih ya Allah, kerana memberi saya peluang untuk merasai betapa indahnya menjadi seorang ibu. ^_^

Disahkan hamil setelah berkahwin selama 1 tahun 9 bulan, membuatkan saya benar-benar menghargai anugerah Allah pada saya. Rasa macam - bukan senang nak dapat anak ni.

Tatkala orang lain heboh dengan kisah bunting pelamin, heboh dengan kisah hamil setelah beberapa bulan berkahwin, saya pula dirundung sedih dan risau memikirkan diri sendiri yang belum ada tanda-tanda untuk hamil selepas dah kawin setahun lebih.

Macam-macam perkara yang saya fikirkan ketika itu..


"Aku yang problem ke?"


"Suami aku yang problem ke?"


"Belum rezeki aku agaknya.."


"Bila akan tiba rezeki aku?"


"Apa aku nak respon bila kawan-kawan / saudara mara / sepupu sepapat sibuk bercerita hal anak masing-masing? Aku boleh bertahan ke?"


"Apa aku nak buat kalau doktor sahkan aku / suami aku memang ada masalah?"

"Kalau memang aku / suami ada masalah, berapa pulak kos rawatannya? Banyak ke? Berapa banyak?"


Haihh..1001 persoalan ada bermain fikiran saya pada masa itu. Alternatifnya, saya cuba pegi berurut dengan bidan-bidan seperti yang disyorkan oleh MIL. Tapi entah kenapa, memang belum tiba rezeki saya. Saya tetap tidak hamil. Huwaaaa....

Frust.


Frust sangat.


Satu hari, saya suarakan masalah saya ini kepada Mama. Saya cakap, saya nak pergi jumpa doktor pakar supaya doktor selidik apa punca saya belum mengandung lagi. Kalau doktor cakap memang ada masalah, saya nak terus bincang berapa kosnya, dan kalau boleh, saya nak terus buat rawatan.

Masa tu, apa yang ada dalam fikiran saya hanyalah --> "Aku nak pregnant, aku nak baby, aku nak anak sendiri".

Bincang punya bincang dengan Mama, dia tidak mengesyorkan saya berjumpa doktor pakar, atas alasan, semua itu menelan kos yang sangat besar. Katanya, SANGAT BESAR.

Sebagai alternatif, Mama cakap dia akan cuba bertanya pada kenalannya sekiranya mereka kenal atau tahu siapa-siapa yang boleh mengurut untuk hamil. Mama suruh saya berusaha lagi, urut lagi, walhal saya sebenarnya macam dah give-up urut-urut ni. Selain urut tu menyakitkan (saya pun tak tau kenapa urut hamil tu sakit sangat), hasilnya takda jugak. Saya dah pergi berurut 3 kali dengan bidan yang MIL syorkan (2 orang bidan yang berbeza), tapi hampa. Jadi saya taknak berurut lagi.

Mama pujuk saya, katanya kenapa kita perlu give up? Orang lain berusaha lagi dahsyat daripada kita, kita baru diuji sikit je, kenapa cepat sangat nak mengalah. Mama cakap dia akan buat appointment dengan seorang ni, namanya Mak Aji (direkemen oleh kawan Mama), katanya ramai orang dah berjaya hamil lepas urut dengan Mak Aji ni. Saya iyakan jelah, tapi dengan syarat Mama kena ikut sekali (dah kahwin pun nak dengan Mama jugak).

Tiba hari yang ditetapkan, kami bertiga (saya, my hubby dan Mama) pergi ke rumah Mak Aji. Lama juga kami beri salam dan menunggu di luar, barulah Mak Aji muncul dan mempersilakan kami masuk. Bukan masuk ke dalam rumah, tapi masuk ke dalam bilik khas yang ditetapkan untuk sesi mengurut. Hanya saya dan Mama je yang masuk, sebab Mak Aji suruh my hubby tu tunggu kat luar.

Bila dah kat dalam bilik tu, saya rasa nervous lah pulak. Mak Aji ni macam alim gitu. Nasib baiklah saya pakai baju yang sopan (pakai baju kurung), kalau pakai tshirt dan jeans yang ketat tu mau tersipu-sipu pulak saya kat situ. Sesi dimulakan dengan sedikit pengenalan tentang diri saya (dah berapa lama kahwin, kitaran haid, keadaan semasa haid dan lain-lain lagi).

Kemudian Mak Aji mulakan doa. Doa apa saya tak sempat nak tangkap pulak. Kemudian dia tanya,


"Yang kat luar tu suami kan?"


"Ye.." (dalam hati, takkanlah bawak boyfriend pulak).


"Mak Aji dah tengok, dia takda masalah".


"Haa??? Mak Aji dah tengok? Tengok macamana?"


Mak Aji senyum dan diam je. Mama pula bagi isyarat - jangan banyak cakap dan kepoci sangat. Saya faham benar pandangan mata Mama tu, jadi saya terus tunduk dan diam.


"Kamu pun takde masalah..."


"Ohh..." (Dalam hati saya rasa lega, ingat nak tanya lagi, tapi takut Mama sound lagi).


"Ok baring sekarang..."


Saya pun terus baring. Mak Aji takde pun urut-urut perut saya, just usap-usap je. Takde minyak dan sebagainya.


"Haaa... memang betullah takde masalah. Ni ada nadinya ni..."


Haih, lagilah saya tak faham, nadi sapa pulak ni. Pastinya nadi saya lah, takkan nadi baby pulak. Saya belum pregnant pun lagi.


"Kalau macam ni, alhamdulillah. Memang takde masalah, cuma belum tiba rezeki kamu je lagi".


"Ye..." (itu jelah yang mampu saya ucapkan).


"Ok , sekarang kamu sujud".


"Sujud? Sujud macamana?"


Tiba-tiba Mama menyampuk - "Sujudlah macam sembahyang tu, alaaaaaa...."


Hadoiii...malu I. Saya kekok la dalam keadaan macam tu nak sujud pulak.


Tapi dah disuruh, saya buat jelah, jangan banyak songeh. Lepas dah sujud, Mak Aji tu cakap,


"Ini Mak Aji nak bacakan doa untuk kamu, nak masukkan doa dalam badan kamu, tapi kamu kena sama-sama buat dengan Mak Aji, baru berjaya. Kamu kena selawat bila Mak Aji baca doa ni"


Sungguhpun saya rasa pelik, rasa macam nak tanya banyak benda (baca doa apa, kenapa kena selawat sama-sama, kenapa kena buat dalam keadaan tertonggeng sujud macam ni, kenapa bla bla bla...), tapi yang keluar daripada mulut saya ni hanyalah..


"Ye.."


Mak Aji pun baca doa, saya masih dalam keadaan sujud, doa tu dia bacakan dan tiup ke bahagian bawah sana (private part gitu). Saya pulak "terkagum" dengan benda baru macam ni, sampai terlupa pula nak selawat.


"Haaaa....kamu tak selawat, kamu tak selawat, macamana nak jadi nih....." Mak Aji dah naikkan suara lah pulak.


"Sori Mak Aji, sori..." (Dalam hati, macamana pulak Mak Aji tau saya lupa nak selawat? Heran sungguh)


"Ok kita buat lagi sekali ye. Kalau kamu lupa lagi, dah kite stop je".


Erk!!! Terkejut I dengar warning Mak Aji tu. Amat tegas bunyinya.

So kali kedua Mak Aji bacakan doa, saya pun terus berselawat dalam hati seperti yang disuruh. Dah sudah tu, Mak Aji tepuk bahagian yang menonggeng tu (saya lah).

Lepas tu, dia suruh saya duduk dan sama-sama berdoa.

Last sekali, dia ada bagi satu vitamin. Sekali tengok macam vitamin B complex je, yang warna oren tu. Harga RM10 utk 1 peket. Mak Aji suruh saya makan, katanya In Shaa Allah boleh hamil, kalau tak hamil dia suruh datang lagi.

Dah sudah tu, kami pun balik. Sampai kat rumah, barulah saya bercerita dengan my hubby apa yang berlaku kat bilik tu. Excited sungguh dia mendengarnya.

Mmmm.... adakah saya berjaya hamil dengan satu kali urut je (tak urut pun, usap-usap je)? Atau saya kena jumpa lagi kali kedua?

Apapun, nantikan my next entry ye!


UPDATED : 4 MARCH 2017

Detail Mak Aji
Taman Rinting, Masai, Johor
07-2528755
013-7449771

p/s : Saya jumpa Mak Aji kali terakhir pada tahun 2009. Selepas itu, tak berjumpa atau berhubung lagi. Sebarang pertanyaan, boleh terus berhubung dengan nombor yang telah diberikan. Saya tiada alamat penuh rumah Mak Aji. Harap maklum.


Wednesday, November 21, 2012

Myself @ 31 weeks Pregnancy

Gambar ni saya ambil lepas ofis hour. Lepas sembahyang Asar, saya ambil gambar pastu tido kat surau ofis sampailah waktu Maghrib.

Kenapa?

Sebab saya penat sangat, kaki pun sakit, rasa letih sampai tak larat nak drive balik rumah. Huhuhu...

Dari pandangan atas : Nampak macam "tajam" pulak perut I yang comel ni.

Dari pandangan tepi : Another 9 weeks to go! 

Ya Allah, permudahkanlah kehamilanku dan permudahkan jua kelahiran anakku nanti. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Tuesday, November 20, 2012

Bergambar Depan Train Pun Jadilah


Walaupun tak dapat naik train, dapat bergambar depan train pun jadilah.

Ini gambar saya dan Haziq masa kami ke Danga Bay hujung minggu lepas.

Myself @ 31 weeks pregnant and Haziq 2 years 2 months old.

Cinta hati Mama
Berjalan beriringan.
Haziq taknak Mama pegang tangan dia, dia nak jalan sendiri.
Haziq dah big boy ye sayang...
Tak naik pun basikal / beca ni sebab malas nak kayuh!
Bergambar depan train pun jadilah...

Monday, November 19, 2012

Blogger Yang Paling Banyak Komen di Blog Saya?

Blog ni baru je setahun sebulan jagung, tapi dah berangan nak ada ramai orang komen kat blog ye. Hehehehe... Malu i...

Tadi saya baru je install satu widget - namanya Top Commentators. Bila install widget ni, saya dapat mengetahui siapa pengomen terbanyak di blog saya.

Memandangkan blog saya ni masih baru, jadi jumlah pengomen tidaklah begitu ramai. Apatah lagi, saya pun belum begitu aktif berblogwalking dan meninggalkan komen di blog rakan-rakan blogger yang lain.

In Syaa Allah, sedikit demi sedikit saya akan lebih aktif dalam dunia blogging selepas ini. ^_^

Kalau nak tengok contoh widget yang saya dah install tu, boleh tengok di right side bar blog saya ni.  Dan Kak Fiza adalah pengomen terbanyak setakat ni. Hip hip hoooreeyyy!! ^_^

Nak install widget Top Commentators ni jugak? Boleh.... sila rujuk tutorialnya kat SINI ye.

Setiap Kek Adalah Kek Harijadi

Antara pencapaian Haziq pada usia 2 tahun 3 bulan adalah mempunyai satu anggapan bahawa setiap kek yang dilihatnya merupakan kek harijadi. 

Apabila dianggap sebagai kek harijadi, maka wajiblah untuk Haziq memegang pisau, menyanyi lagu Happy Birthday, meniup lilin (walaupun takde letak lilin pun) dan memotong-motong-motong kek mengikut kreativitinya.

Rabu lepas, saya bawak balik kek coklat yang saya order melalui seorang kawan. Niatnya nak makan bersantai-santai bersama keluarga sempena cuti PH keesokan harinya (cuti Awal Muharram).

Sedap betul kek coklat ni, dan sedap juga mata memandang.

Tapi bila Haziq dah nampak saya bawak masuk kek tu (masuk dalam rumah lepas balik kerja), die terus cakap, "Ma, nak kek bebedey to you.."

"Nanti ye sayang, kite tunggu Abah balik. Nanti kita potong kek sama-sama ye.."

"Ma, nak kek. Bebeday to you... Bebeday to you...Bebeday to you.."

Diulangnya Bebeday to you to berkali-kali sampai saya rasa, aduh, ni tak boleh jadi ni. Dalam sekelip mata, Haziq terus menangis, meraung-raung nak potong kek tu. Dan dalam keadaan penat balik kerja dan juga dengan kehamilan yang semakin membesar (sekarang saya cepat letih), saya tak kuasa dan tak larat nak marah-marah Haziq.

Saya terus ambil piring kecil dan bagi pisau kek tu untuk dia potong.

Lepas dah nyanyi lagu Happy Birthday, dan konon-konon tiup lilin, saya dan Haziq sama-sama potong kek tu untuk kami berdua makan.

Dan oh ye, lupa nak cakap, satu lagi pencapaian Haziq sekarang ni ialah, dia nak buat semua benda sendiri. So independent ye anak Mama sorang ni. Haziq nak potong kek sendiri dan taknak saya pegang tangan dia.

Saya dah tau kek tu akan jadi hancus rupa parasnya, tapi memikirkan, alah, yang nak makan nanti pon kitorang anak beranak je, bukan nak bagi kat orang lain pun, jadi saya biarkanlah Haziq "meluahkan kekreatifannya" ke atas kek yang sedap itu. Apa yang saya boleh buat? Capture jelah gambar banyak-banyak!

He was so excited!
Bebeday to youuuuuuuuuuu.....
Apsal cam Donald Duck lak ni?
Hah puas hati dapat potong kek walaupun
pisaunya terbalik!
I wonder what was in his mind at this time

Yang peliknya, saya langsung tak marah Haziq. Serius memang saya langsung tak marah. Saya pun pelik apsal saya tak marah Haziq. Adakah tahap kesabaran saya sudah meningkat? Adakah saya semakin tua? Adakah saya tak peduli apa nak jadi?

Saya tak tau kenapa saya tak marah Haziq walaupun kek tu dah jadi macam tu. Apa yang ada dalam fikiran saya masa tu adalah :


"Biarlah Haziq nak buat apa selagi benda tu tidak memudaratkan dia atau saya..."


"Satu hari tak jumpa, takkanlah bila dah jumpa nak marah-marah anak je kerjanya..."


"Haziq nampak seronok sangat dapat potong kek sendiri, nyanyi-nyanyi lagi, patutkah saya melenting hanya kerana dia hancurkan kek sedap yang saya beli?"


"Haziq baru umur 2 tahun. Kalau umur 12 tahun ke 20 tahun ke, haruslah saya marah kalau dia hancurkan kek sampai macam ni..."


"Mama sayang Haziq, biarlah Haziq explore kek tu sampai puas hati..."


Walaupun saya tak marah Haziq, tapi saya pelan-pelan amik kek tu dan simpan semula dalam kotaknya. Cukuplah explore setakat itu sahaja, kek ni pun satu rezeki, tak baik buat rezeki macam takde nilai, betul tak?

Inilah jadinya bila saya simpan kek tu :

Menangis - salah satu cara melepaskan emosi.

Dan akhirnya, inilah rupa paras kek coklat itu :

Mama sayang Haziq lebih daripada
Mama suka makan kek coklat.

Sunday, November 18, 2012

Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun



Ari tu teringin nak sleeve case,  sekarang teringin nak CD Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun pulak. Haihhh... ibu mengandung kali ni banyak sungguh keinginan materialnya. ^_^

Pertama kali dengar zikir La Hawla Wala kat radio ERA (kalau tak silapla). Masa tu saya baru lepas balik kerja on the way nak pegi amik Haziq kat babysitter.

Bila dengar je zikir ni, automatik terus hilang rasa penat bekerja dan rasa tenang, tenang yang amat sangat. Kepala pun rasa ringan je. Bila lama kelamaan dengar, bergenang air mata.

Masa tu saya tak tau sapa punya suara yang lunak merdu ni. Google punye google, barulah saya tau rupanya zikir tu alunan suara Hafiz Hamidun. Saya terus bukak Youtube dan search zikir-zikirnya yang lain, aduh, memang semuanya best! Sangat menenangkan dan mendamaikan jiwa.


 Source : HERE


Ini list zikir dalam CD ni :

1. Hafiz Hamidun - Astaghfirullah (3:33)

2. Hafiz Hamidun - La Ilaha Illallah (3:33)


3. Hafiz Hamidun - Subhanallah (3:30)


4. Hafiz Hamidun - Taubatan Nasuha (3:20)


5. Hafiz Hamidun - Hasbi Rabbi (2:59)


6. Hafiz Hamidun - La Hawla Wa La (4:36)


7. Hafiz Hamidun - Alhamdulillah (3:28)


8. Hafiz Hamidun - Ya Zaljala (3:54)


9. Hafiz Hamidun - Ya Latif (3:16)


10. Hafiz Hamidun - Allah (3:36)


11. Hafiz Hamidun - Lawkana Bainana (3:11)



Nanti nak ajak my hubby pergi belilah. Harganya RM19.90 je. ^_^

Friday, November 16, 2012

Nak Senang Punya Pasal, Akhirnya Rebah Taubat

Dua pelakon utama yang sangat best! Sharnaaz Ahmad & Nabila Huda
Pic kat SINI


Malam tadi Haziq tido awal, dalam kul 9.45 pm dah tido, jadi saya ada can lah nak tengok tv. (Thanks sayang!)

Saya memang ternanti-nanti nak tengok drama "Rebah Taubat" ni, sebab pelakon utamanya adalah Nabila Huda. Pada saya Nabila Huda memang pelakon yang sangat bagus kerana menjiwai satu-satu watak dengan baik, dan ia memberikan kepuasan kepada saya yang menonton.

Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan menonton drama ini malam tadi, berikut adalah cerita tentangnya.

Drama ini mengisahkan pasangan suami isteri Halim dan Wati (Sharnaaz Ahmad dan Nabila Huda) yang hidup bahagia dalam keadaan sederhana. Perkahwinan atas dasar suka sama suka itu dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aina. Halim bekerja di kilang Adabi manakala Wati pula sebagai suri rumah.

Satu hari Wati terserempak dengan kawan lamanya Jeslina. Jeslina dah hidup kaya-raya, punya kereta mewah dan cara berpakaian pun lebih up to date dibandingkan dengan Wati. Mereka berborak pasal kehidupan masing-masing (yang pastinya jauh berbeza la sebab Jeslina dah kaya manakala Wati pulak tinggal kat kampung muka pun tak bemekap bagai). Sebelum berpisah, Jeslina bagi name card dia kat Wati.

Balik ke rumah, Wati asyik teringat je tentang kata-kata Jeslina. Kawin dengan Halim yang cuma bekerja kilang tu sampai bila pun dia takkan merasa hidup senang. Setiap masa dia asyik fikir je kata-kata Jeslina, sampai goreng ikan pun hangus!!! Wakakaka... Time lipat kain pun asyik fikir je, last-last tak lipat pun kain, just gumpal-gumpal je. Wakakakaa... Betapa dahsyatnya Wati fikir nak hidup senang.

Satu hari, Wati call Jeslina. Jeslina bawak Wati pegi rumah dia. Dok kondo rasanya. Jeslina siap tunjuk perabot-perabot mahal, baju cantik, duit banyak bersepah dan cara hidup yang mewah yang membuatkan Wati lagi tak sabar nak rasa hidup senang. Balik ke rumah, Wati terus packing barang, masa tu Aina tengah tidur, Halim pulak tak balik kerja lagi.

Tengah kemas tu, Wati dengar pintu rumah dibuka. Halim baliklah tu. Dia terus buat-buat tido. Halim bukak pintu bilik, tanya - Wati tak masak ke? Boleh pulak Wati tu cakap dia sakit kepala sebab tu dia tak masak. Huhuhuhu... Halim pulak muka cool je, tak marah Wati pun, siap suruh Wati rehat dan tido sebab sakit kepala. (Tiba-tiba saya suka la pulak tengok lakonan Sharnaaz ni, so touching hoccay!!).

Malam tu, masa semua orang tido, Wati bangun pelan-pelan ambil beg baju dan terus lari dari rumah (Haa, bukan remaja je lari dari rumah ye, mak budak pon lari dari rumah. Jangan nanti ada cerita nenek budak pon lari dari rumah!). Rupa-rupanya, Jeslina dah standby baik punya! Terus bawak Wati, dressing cun-cun pegi kelab jumpa Dato'. (pelakon Hafizuddin Razali). Dato' terus suka kat Wati, terus upgrade jadi wanita simpanan! Huhuhu...

Kat sini bermulalah kisah hidup Wati yang curang pada Halim. Tinggal suami, tinggal anak demi mengejar kemewahan dunia. Halim pulak terkial-kial uruskan diri dan anak sepanjang ketiadaan Wati.

Rasa dalam 2-3 tahun ke macam tu, tup-tup Wati muncul balik kat kampung, menangis-nangis mintak Halim ampunkan dia.

Halim pulak sebagai suami, dia masih sayangkan Wati tapi ego orang lelaki la agaknya kan? Takkanlah nak terima Wati macam tu je setelah ditinggalkan bertahun-tahun. Aina pulak kalau nak mandi, nak makan, nak tido, suma nak dengan ayah dia je, langsung taknak dengan mak dia. (Masa ni saya sedihlah pulak, tengok Wati merayu-rayu kat Aina supaya benarkan dia masak dan suap Aina tapi Aina langsung tak nak). Halim pulak cakap, kalau Aina tak terima mak dia, maka dia pun tak terimalah Wati tu. Huhuhu...syahdu syahdan sungguh...

Wati pulak kejenya asyik menaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagissssss aje, mintak Halim dan Aina maafkan dia. (Tapi yang bagusnya, saya tak menyampah tengok Nabila Huda ni menangis, sebab dia menangis memang real, memang terasa kesedihannya).

Masa nak pergi kerja, Halim tengah sibuk-sibuk uruskan Aina, Wati ni pulak tak habis-habis menangis dan mintak ampun, tengah kalut tu Halim tertolak Aina jatuh ke lantai, sampai pengsan! Terus bawak ke hospital.

Cek punya cek, doktor cakap Wati kurang makan. Halim cakaplah, kalau tak ada apa-apa, dia nak bawak Wati balik. Doktor cakap, kena jaga Wati elok-elok, maklumlah dia kan tengah mengandung.








MENGANDUNG?????????????!!!!!








WATI MENGANDUNG??????????????!!!!!






Wah dramatik sungguh bunyinya di situ... Saya terkejut sampai ternganga mulut tau (tengoklah betapa saya sangat menyokong drama-drama Melayu. Hehehe..)

Yang Halim tu lagilah terkejut sampai besar bijik mata dia. Dan saya rasa, inilah turning point nya. Kalau sebelum ni nampak yang Halim tu masih lagi boleh terima Wati, tapi bila dia tau Wati mengandung (yang pastinya itu bukan anak Halim), Halim tak boleh paksa diri dia untuk terima Wati lagi.

Ada satu malam tu, lepas Halim tidurkan Aina, dia tergerak nak pergi ke dapur dan ternampak Wati tengah nak minum air rebusan nenas (lebih kurang gitulah), sebab dia nak gugurkan kandungan. Apa lagi, Halim teruslah tepis gelas yang Wati nak minum tu, bertekak diorang kat situ. Halim siap cakap, kalau nak mati pun, janganlah mati kat rumah aku. (Sadis kan ayat ni?)

Malam tu jugak Halim hantar Wati ke rumah ibu bapa Wati. Satu perkara yang saya suka kat sini ialah, apabila seseorang lelaki itu dah buat keputusan nak berpisah / bercerai dengan isteri, buatlah dengan cara baik. Hantar semula isteri tu ke rumah ibu bapanya. Cakap elok-elok dengan ibu bapa mertua tu. Senang cakap, ambil dengan cara baik, pulangkanlah semula dengan cara baik. Jangan digantung tak bertali. Eh, melalut lah pulak Mama Uni ni. Kui kui kui... Ok jom kita sambung cerita.

Bulan demi bulan berlalu, kandungan Wati semakin membesar, tapi dia berdepan satu masalah - asyik panas memanjang 24 jam pagi petang siang malam. Bila dimasukkan ke hospital, doktor pun tak boleh detect apa punca dia panas sehinggakan kat muka dia tumbuh macam kudis-kudis merah gitu.

Segmen terkenang - rupanya Wati bukan sekadar skandal dengan Dato' je, tapi ada dengan sorang lagi (pelakon Zul Ariffin ex bf Abby Abadi tu). Mak oi selera, so crazy ok! Wati ingat Zul ni betul-betul setia dengan dia, rupanya Zul ni playboy.

Wati mengamuk la bila nampak Zul dengan pompuan lain, gaduh punya gaduh, Zul belasah Wati gila-gila punya. Mmm... dengan sound efek dan action belasah tumbuk menumbuk pung pang pung pang, saya rasa macam real je Wati tu kena belasah, walaupun hakikatnya berlakon je pun! (Jadi anak yang dikandung tu tak tahulah anak Dato' atau anak Zul tu - sadis sungguh!)

Disebabkan tak tau macamana nak selesaikan masalah Wati, ibu bapa Wati pergi jumpa Halim face to face mintak tolong dia ampunkan Wati. Story punya story, Halim mintak maaf sebab dia tak mampu nak maafkan Wati atas apa yang telah dibuatnya. Halim pun buntu sebenarnya. (Saya suka tengok lakonan Sharnaaz sebab dia menunjukkan karakter sebagai seorang lelaki yang sabar dan tenang dalam menghadapi masalah, dan juga ada part-part yang dia sendiri menangis bila teringat kenangan manis bersama Wati. Syahdunya.. bestnya Sharnaaz berlakon...)

Tengah buntu tu, Halim berdoa moga Allah tunjukkan jalan yang baik untuknya. Mak Halim pun slow talk dengan Halim, suruh Halim ampunkan Wati tu.

Seterusnya, Halim dan Aina pergi ke hospital. Rupanya Wati tengah nazak. Halim bacakan Yasin tapi sekerat jalan je, sebab dia nampak Wati makin susah nak bernafas. Halim cakap dia ampunkan Wati dan bisikkan kalimah syahadah kat telinga Wati. Tak lama lepas tu, Wati pun menghembuskan nafasnya yang terakhir....

Tinggallah Halim dan Aina, Halim dah janji dia akan jaga Aina elok-elok.

Yang ada dalam ingatan Halim hanyalah kenangan manis bersama Wati semasa bercinta dan di awal perkahwinan dulu....


-TAMAT-

Thursday, November 15, 2012

Diaper Bag Carter's Untuk Dijual

Ini adalah diaper beg pertama yang saya beli. Brand Carter's RM85.

Saya nak jual diaper beg ni sebab sekarang guna backpack.

Keadaan beg masih baik, cuma kat bahagian luar tu ada kotor sikit cam debu-debu gitu sebab dah lama tak guna.

Harga RM35 sahaja (termasuk pos). Jika berminat, sila e-mail kepada saya di z.munirah@gmail.com


Status : SOLD (13 January 2013)

Warna baby blue

Pandangan atas

Pandangan dalam

Pandangan tepi

Wednesday, November 14, 2012

Pergi Kerja Pakai Baju Mengandung Yang Singkat

Saya ni bukanlah seorang yang "image-freak". Asalkan apa yang dipakai tu kemas, bersih, sedap mata memandang, kira cukuplah. Tapi apabila hari ini saya perlu pergi kerja dengan memakai baju mengandung yang singkat, oh sungguh tidak sedap mata saya memandangnya.

Minggu lepas, saya pergi ambil baju mengandung (lebih kurang macam maxi) kat tailor. Saya tempah semua sekali ada 4 pasang, masih ikut ukuran yang lama, cuma labuh baju tu saya mintak kurangkan 2 inci, sebab baju mengandung yang saya tempah sebelumnya tu labuh sangat-sangat. Tak syok pulak nak dibawa sembahyang sebab was-was tak bersih.

Tailor tu ada cakap, kurangkan 1 inci pun dah ok, kalau 2 inci jadi singkat sangat.

Tapi saya kan memang degil nak ikut kepala saya jugak, jadinya saya request suruh dia potong 2 inci jugak kat bahagian labuh kain tu, atas alasan saya pakai baju ni masa sembahyang kat ofis, jadi saya taknak labuh hingga kotor. So tailor tu pun ikut je lah.

Pada hari saya pergi ambil baju tu, tailor tu suruh saya try lah baju tu kat rumah dia. Saya malas nak buka-buka baju bagai, so terus sarung je blaus mengandung tu. Dalam hati, "Eh, apsal singkat nih. Singkat sangat nih?"

Saya pun terus cakap kat akak tailor tu, "Akak, macam singkat sangatlah.."

"Akak dah kurangkan 2 inci macam yang awak nak. Inilah hasilnya..."

"Mmm... ye eh...Oklah kalau gitu" Saya fikir mungkin sebab saya pakai baju mengandung tu 2 lapis (termasuk baju yang memang saya tengah pakai), sebab tu lah jadi singkat.

Dan hari ni bila saya pakai, aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....









MEMANG SINGKAT HOCCAYY!!!!!!



Haihhh....tak best tul lah...Bila tengok kat cermin, Ya Allah, singkatnya kain aku ni..dah rasa macam pakai baju orang lain lah pulak..

Bila kat tempat kerja, rasa kurang cun pulak bekerja dengan pakai baju berkain singkat ni.

Saya terus call tailor, mintak tolong dia tambahkan lagi kain kat bawah ni, supaya labuh sikit. Nego punya nego, nasib baiklah akak tu setuju sebab kain lebihan tu memang ada lagi.

Kesimpulannya, hari ni saya bekerja dan berjalan ke sana ke mari dengan kain yang singkat ini...

Petang ni pulak ada Environmental Talk kat cafe. Maka berjalanlah saya dengan kain yang singkat ini.






Oh tidak!!!

Monday, November 12, 2012

Frust Tak Dapat Naik Train

Semalam ajak my hubby jalan-jalan ke Danga Bay. Niat di hati nak naik train yang round-round tu, rasa excited sangat sebab nak bawak Haziq naik train tu (Mama Haziq ni lagi super duper excited). Dah terbayang muka Haziq yang senyum dan tersengih bila dapat naik train.

Tup-tup, bila tanya kat kaunter, rupanya kena cukup 4 orang baru train jalan. Kami sefamily cuma 3 orang je, mana nak cari lagi sorang tu. Saya siap tanya soalan bodoh kat my hubby "Kalau campur yang kat dalam ni kira 4 oranglah, tak boleh ke?"

My hubby buat muka ---> Hadoi bini aku ni...

Disebabkan tak cukup lagi sorang, kami pun tunggu lah kat bangku depan train tu. Tengok setiap orang yang lalu lalang, punyalah gigih tengok siap pastikan diorang ni nak naik train ke tak.

Ada satu couple ni (tak taulah bf gf atau suami isteri) dan 2 lagi pompuan (diorang ni sume satu group), nampak macam yang pompuan tu nak naik train tu, saya siap approach dia,

"Awak nak naik train ke?"

"Ye, tapi orang kat kaunter tu cakap cukup 4 orang baru train jalan".


"Ye, betullah tu. Saya ada 3 orang, awak ada berapa orang?"


"Saya ada 4 orang".


"Hah! Cukup sangatlah tu. Jom beli tiket ye".
Masa ni mata saya dah bersinar-sinar. Yeye, dapat naik train!




Tup-tup, saya nampak pompuan tu beransur-ansur blah dari tempat tu dgn bf/suami die, yang muka lelaki tu pulak macam tak suka je nak naik train.

Saya macam....hadddoiii....ni mesti kes tak kasi pompuan tu naik train kan...Saya pun dengan perlahan-lahan duduklah kat bangku tu balik, tunggu sapa-sapa lagi nak naik train.

Tunggu punya tunggu, gerimis lah pulak. Takkan nak terus tunggu kat situ.. Payung pun tak bawak. Last-last kami blah je dari situ.

Dalam hati, saya sungguh frust tak dapat naik train. Frust, frust, frust....

Berkali-kali saya ulang cakap kat hubby, nak naik train nak naik train nak naik train...

Sampai my hubby cakap, "Iye, nanti kita pergi Danga Bay lagi. Konfem kite semua naik train before bersalin nanti".

Hahahahahhahahaaa...lawak sungguh my hubby ni. Tapi bagus jugak kan, at least dia faham keinginan bini dia yang sorang ni. Alah nak naik train lima hengget je pon kan, bukan nak naik flight ke hape. So haruslah ditunaikan keinginan yang satu ni..

Mmmm...bila nak pergi Danga Bay lagi ye?

Myself @ 26 weeks Pregnancy

Just a quick update.

Photo of my tummy at 26 weeks pregnancy.

Bulat... bulat... semuanya... ^_^


Pic taken on 6 October 2012.

Baby, how are you inside? Keep on kicking, okay! ^_^

Sunday, November 11, 2012

Sibuk Nak Pakai Selipar Mama

Selipar pinky ni dibeli sebagai persediaan masa saya berpantang nanti.

Tapi, disebabkan Haziq selalu tengok saya pakai selipar ni (sekarang pun dah start pakai), dia pun nak pakai selipar ni jugak.

Dan inilah hasilnya....

Kaki Haziq yang comel

Cute je tengok kaki anak Mama ni

Di Manakah Bangsaku?

Pemandangan di sebuah kedai buku pada malam hujung minggu.

Seronok melihat yang tua mahupun yang muda sibuk membaca buku-buku, malah ada ibu yang mengajar anaknya membaca buku di sini.

Semua kelihatan begitu tekun membaca.






Tapi dalam hati saya terdetik - di manakah bangsaku pada malam hujung minggu seperti ini?

Di manakah bangsaku...

Saturday, November 10, 2012

Saiz Baju Baby

Dulu masa saya mula-mula nak beli baju untuk Haziq, saya amatlah konpius nak memahamkan saiz baju baby yang dijual tu. Saya ingatkan saiz baju baby ni macam saiz baju orang dewasa, ada saiz XS, S, M, L, XL dan seterusnya.

Rerupanya, saiz baju baby ni lagi special dari kita orang dewasa ni, sebab ia dinyatakan mengikut nombor dan juga usia baby, iaitu mengikut bulan.

Jadi untuk yang first time mommies yang akan menyambut kelahiran baby yang mungkin terkonpius-konpius tentang saiz baju baby, kat sini saya nak share kan tentang saiz-saiz baju baby, agar mudah mommies semua nak buat anggaran nak beli saiz apa time shopping nanti! ^_^

Saiz newborn
Saiz 12 (0 - 6 m)
OK, kita mulakan dengan saiz newborn iaitu saiz 12. Kebanyakan baby lahir dengan berat puratanya 2.8 - 3.4 kg, jadi saiz 12 ni amat sesuailah. Kalau katakan baby tu lahir kurang 2.8 kg, still boleh pakai baju saiz 12 ni, sebab inilah baju yang terpaling kecik yang didesignkan khas untuk newborn.

Pengalaman saya sendiri, saiz 12 ini ada juga yang berbeza antara brand. Contoh macam brand Disney tu, cuttingnya macam agak kecil sedikit, tapi kalau brand Baby Kiko, Anakku, Pureen dan lain-lain, sume tu cutting standard.

Disney brand pulak die ada detail lagi iaitu 0-3m dan 3-6m, jadi to play safe, beli lah saiz 3-6m, sebab saiz 0-3m tu teramatlah kecik, pakai beberapa kali je dah terus tak muat dah.

Untuk makluman, saiz 12 ini juga bermaksud untuk baby berumur 0-6 m (0-6 bulan).


Saiz 14 (6-12 m)
Seterusnya saiz 14, yang ini untuk baby berumur 6-12m.

Ada sesetengah baby bila masuk umur 5 bulan je dah boleh pakai saiz 14, ada pulak yang umur 7-8 bulan baru pakai saiz 14. Semua ni terpulang kepada saiz baby itu sendiri.


Saiz 16 (12-18 m)
Bila baby masuk usia 1 tahun, bolehlah bertukar ke saiz 16 seperti gambar di atas.

Tapi untuk baju yang kat dalam gambar ni, saiznya agak kecil sedikit, saya pun tak pasti kenapa sebab selalunya brand Baby Kiko ni cuttingnya standard dan sedap dipakai. Tak silap saya, masa Haziq umur 10 bulan dia dah start pakai baju ni dan fit cun-cun untuk dia.


Saiz 18 (18 m & above)
Saiz 18 ni sesuai untuk baby berumur 18 bulan ke atas. Cuma berdasarkan pengalaman saya sendiri, agak rugi bila membeli baju saiz 18 ni sebab agak ketat bila dipakai dan tak tahan lama.

Sebaik-baiknya bila baby dah berusia 1 tahun, teruskan membeli baju yang bersaiz 1-2 years atau saiz S atau M sebab itu lebih jimat dan lebih berbaloi untuk dipakai sebab tahan lebih lama.

Happy shopping mommies! ^_^

Favourite Jajan - Dulu, Kini dan Selamanya

Cottage Fries Perasa Sos Tomata Brand Wise

Saya tak suka jajan (cekedis), tapi dalam banyak-banyak jalan kat supermarket tu, saya paling suka jajan yang ini - Cottage Fries Perasa Sos Tomata Brand Wise.

Sepanjang pregnant kali kedua ni, alhamdulillah saya takde mengidam yang pelik-pelik. Mengidam pun cuma makanan-makanan biasa yang senang diperolehi (tak payah peningkan kepala my hubby). Dan alhamdulillah juga sebab saya takde pun rasa nak makan jajan. Memang tolak habislah.

Tapi ari tu mase gi shopping kat Tesco, boleh pulak my hubby suruh saya amik jajan ni. Means die nak beli lah. Saya cakaplah bila masa pulak dia suke jajan ni, dia cakap bukan untuk dia, tapi dia nak belikan untuk saya.


WHAT????!!!!


Haihhhhh!!!!! Orang tengah preggy ni boleh pulak disuruh makan jajan. Dia kata takpelah, baru sekali ni je kan makan. Lagipun, dia nak belikan. Dalam hati saya cakap, kalau ye pun nak belikan, belikanlah yang saya nak tu, bukan jajan ni. Ish...ish..ish...

Tapi saya isteri mithali yang baik kan, jadi saya amik jugaklah jajan tu. Apa salahnya buat suami rasa happy kan. Just saya cakap, sekali ni je, lain kali taknak makan jajan lagi tau. Dia cakap okay.

Kalaulah Mama tahu saya makan jajan lagi-lagi time tengah pregnant ni, sure lah kena ceramah perdana. Untuk pengetahuan semua, Mama saya SANGAT PANTANG makan jajan-jajan ni.


(Tapi Ma, Uni pun taknak makan jajan ni, Uni budak baik, tapi A.E yang suruh makan....Uni tak bersalah Ma...)


Hahahaha...rasanya Mama tak baca blog ni....kottt.... ^_^

Friday, November 9, 2012

Nak Sleeve Case Lah Pulak

Banyaknya benda yang saya nak sekarang ni. Apsal ye? Nafsu je ni kot.. ^_^

Sleeve case untuk laptop saya saiz 14 inch.
Saya nak simpan laptop dalam sleeve case ni before masukkan dalam laptop bag.
Extra protection sebab taknak laptop calar balar.

External Hard Disk Protective Case.
Saya berkenan dengan yang ini sebab dia berzip, hard cover, ada banyak
kompartment jadi saya boleh letak pendrive sekali.

Ada tak sesape nak bagi hadiah 2 benda ni kat saya???  (Muka penuh harapan sambil mata terkelip-kelip).  ^_^

Goodbye Haziq's Walker

Baru-baru ni mase kemas stor nak cari stok baju lama Haziq untuk dipakai oleh baby baru, my hubby bawak keluar walker Haziq.

Sebenarnya kami sayang sangat dengan walker ni, sebab die cantik dan ini adalah hadiah daripada kawan-kawan saya kat ofis sempena kelahiran Haziq.

Malangnya walker ni dah season sangat. Yang kat tempat duduk tu kami dah lama buang, sebab dah kotor sangat yang tak mampu hilang kotorannya walaupun dicuci dan disental beribu-ribu kali.

Mana taknya, heavy duty tau walker ni, asal balik ke umah Mama atau MIL mesti angkut walker ni sekali. Makan tumpah pon kat situ, muntah pon kat situ. Tu pasallah alas kat tempat duduk tu jadi season.

My hubby ada cari kat kedai-kedai baby if ada jual alas tempat duduk tu, malangnya hampeh.

Kat depan walker ni ada mainan, pun dah lama tanggal dan rosak. Almaklumlah, heavy duty jugak ni. Dah dibaling ke sana ke mari, haruslah rosak kan.

Jadi pikir punya pikir, walker ni dah macam tak sempurna lagi. Kami decide untuk buang je. Huhuhu...

Haziq pulak macam tau-tau je ni walker dia dan Mama nanti nak buang walker dia.

"Haziq, ni walker sape ni sayang?"

"Ajiq.."

"Ajiq punye ke Mama punye?"

"Ajiq.."

"Ajiq punye ke Abah punye?"

"Ajiq.." Pastu terus dia peluk walker dia tu. Siap nak dok dalam tu lagi. Tapi macamana nak duduk? Alas tempat duduk tu pun dah takde.

"Nanti Mama kena buang tau walker ni sebab dah rosak. Lagipun Ajiq kan dah besar, dah tak pakai walker dah. Ajiq kan dah ada basikal. Nanti naik basikal eh..."

"Okke..." 

Ini gambar yang saya sempat snap. Goodbye Haziq's walker....sob..sob...

Haziq & his beloved walker.

Thursday, November 8, 2012

Baju Pertama Haziq Pakai Selepas Dilahirkan

Baju pertama Haziq pakai. Brand Pureen.
Colourful like my heart - welcoming my baby into my arms.
Gambar di atas ini amat menyentuh perasaan saya. Actually ini adalah baju pertama yang Haziq pakai selepas sahaja lahir.

Baju ni saya beli di Jusco (memang kat Jusco je lah tempat saya shopping pun!). Masa beli baju banyak-banyak tu, saya dah terfikir nak tetapkan satu baju khas untuk dipakai oleh baby saya right after giving birth.

Ciri-ciri yang saya nak adalah, baju tu mestilah lengan panjang dan seluar panjang, berbutang kat depan dan mestilah berwarna-warni. Walaupun warna-warni, saya mesti elakkan adanya warna kuning sebab my hubby sangat pantang dengan warna tu (katanya taknak baby kena sakit kuning). 

Mmm..ikutkan saya bukannya percaya sangat dengan benda-benda tu semua, tapi saya fikir no harm pun kalau saya ikutkan kehendak my hubby kan. Dia cuma taknak ada warna kuning je, selain daripada tu (brand apa, pattern apa, design apa, etc.) dia tak kisah, so kiranya win-win situation lah. ^_^

Masa saya tengok Haziq pakai baju ni, saya rasa bahagia sangat. Tak taulah nak cakap macamana. Pertamanya sebab saya dah berjaya melahirkan Haziq (berjaya melalui rasa takut bersalin), berjaya mendakap, memeluk, mencium anak yang saya kandung selama ini dan seterusnya bahagia sebab Haziq pakai baju yang saya beli dan yang saya pilih. Emo kan? Hahahaha...Tapi itulah perasaan saya waktu tu.

Dan kini, baju tu masih elok lagi keadaannya, masih boleh dipakai oleh baby baru ni nanti. Saya fikir, walaupun baju ni akan season nanti, saya tetap akan simpan baju ini, sebab ini adalah antara kenangan manis dalam hidup saya. ^_^

Sarapan Roti Jala

Bukan menu sarapan hari ini, tapi menu sarapan hujung minggu lepas.

Roti Jala bersama Kari Daging Korban

Terkial-kial saya buat roti jala ni, sebab melekat kat frying pan tu. Rupa-rupanya, mula-mula memang melekat, tapi lepas tu dah ok dah (dengan bantuan Mama dan A.E.)

Warna roti jala ni tak kuning sangat macam yang dijual di kedai-kedai, sebab saya letak pewarna kuning tu sikit saja (Mama cakap - buat apa nak letak banyak-banyak?) Hehehehe...

Makan punya makan, saya realize yang Haziq cuma makan sikit saja, walaupun disuap. Saya tak pasti sama ada Haziq tak suka makan roti jala, ataupun sebab masa tu dia tengah sibuk main Ipad. Mmmm...

Simpan Gambar Lebih Mudah dengan External Hard Disk

Setelah beberapa bulan menahan sabar, akhirnya berjaya juga saya memiliki External Hard Disk (EHD) yang diidam-idamkan selama ini. Yahooooo!!! Syabbas beti!!

Saya suka warna pink, jadi kalau boleh saya nak beli EHD yang warna pink jugak. Saya ada jumpa brand Buffalo (kalau tak silaplah), tapi saya tak jadi nak beli sebab tak syiok dengan nama Buffalo tu.

Buffalo?

Kerbau?

External Hard Disk?

Macam susah nak relate gitu kan?

Pada saya nama tu penting, taknaklah EHD cap kerbau hoccay...

Jadinya saya beli brand Western Digital berkapasiti 500 GB. Pada saya oklah tu kan, sebab saya ni banyak nak simpan gambar-gambar je, movie atau lagu memang takde langsung rasanya.

Kat kedai yang saya beli tu (Thurdermatch Jusco Tebrau City), ada warna merah, biru, hitam dan putih. Frust betul takde kaler pink, jadi saya amikla kaler yang dekat-dekat sikit dengan warna pink, warna merah pon jadilah...

500GB, 3 years warranty, USB 3.0

Saiz yang comel secomel tapak tanganku.


Dapat FREE EHD pouch.

Bila nak guna just cucuk je kabel tu, tak payah keluarkan dari pouch pun.


Dah alang2 shopping EHD, nak jugak beli mouse baru. Beli kat ACER JTC.

Hidup saya kini menjadi lebih mudah dengan adanya EHD ni. Kerja-kerja mentransfer gambar dari kamera jadi lebih mudah dan pantas. Takde lagilah terkial-kial nak transfer ke pen drive. Bila pen drive A penuh, kene transfer ke pen drive B pulak. Lecehhhh....

I love my EHD. Mmmuahhh.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *