I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, October 1, 2012

Soalan Yang Ditanya Oleh Penemuduga

Penemuduga ini adalah saya. Jadi ini adalah soalan-soalan yang saya tanyakan kepada calon, ia boleh berbeza antara seorang penemuduga dengan penemuduga yang lain.

Soalan-soalan ini merupakan satu guideline yang memudahkan saya mencatatkan maklumat penting berkaitan calon yang ditemuduga.

Pertama sekali saya mestilah mendapatkan maklumat berikut sebelum sesi temuduga :

1) Nama penuh
2) Umur
3) Kelulusan
4) Status perkahwinan
5) Pekerjaan terkini
6) Syarikat tempat bekerja
7) Gaji terkini

Apa relevannya maklumat ini? Ini adalah permulaan sebelum saya memilih seseorang calon itu untuk ditemuduga. Pada peringkat pertama ini, calon yang terpilih akan disenarai pendek untuk sesi temuduga dan mana-mana yang tidak terpilih, resume mereka akan diserahkan kembali kepada pihak HR.

Peringkat kedua, hari temuduga.

Pada saya, first impression adalah penting. Ini ditentukan oleh cara bagaimana seseorang calon itu berpakaian. Formalkah? Kasualkah? Atau pakai macam nak pergi kenduri kahwin? Mekap atau tak mekap itu terpulang, tapi haruslah menampakkan yang diri anda ini kemas dan bersih.

Seterusnya, walaupun anda nervous, janganlah tunjuk yang anda tu nervous, sebab kadang-kadang bila tengok rasa macam kelakar pulak. Belajarlah cara untuk bertenang dan jangan gopoh. Senyumlah sekadarnya, janganlah senyum macam anda tengah dilamun cinta (senyum sampai ke telinga). Jangan pula buat muka "ketat", orang pun tak suka nak tengoklah.

Address a person correctly. Maksudnya, anda seharusnya panggil penemuduga tu dengan nama Encik, Cik atau Puan. Cerita pasal ni, ade ke patut seorang calon tu panggil saya "akak"? Haahhaha.. kelakar okay. Memanglah die lebih muda, tapi dalam situasi macam ni, sangat tak sesuai panggil akak-akak okay. Sepanjang sesi temuduga tu, dia panggil saya akak. Haihh.. fail!! Sorry to say, she was rejected by me.

Baiklah ini soalan-soalan yang saya tanyakan pada calon.

1) Terangkan tentang diri anda
2) Kenapa anda mohon jawatan ini?
3) Kenapa anda terima tawaran temuduga ini?
4) Terangkan lebih lanjut tentang pekerjaan anda sekarang ini?
5) Apa yang awak fikirkan tentang kerja yang awak mohon ini?
6) Apa kemahiran yang awak ada yang awak rasa amat membantu dalam kerja ini?
7) Apakah perkara yang awak paling suka dan paling tak suka tentang kerja awak sekarang ini?
8) Sikap / minat semasa temuduga (Ini pemerhatian saya)
9) Apa awak fikirkan selepas saya terangkan tentang job scope kerja ini? Adakah awak rasa kerja ini sesuai dengan diri awak?
10) Expected salary & Availability

Soalan-soalan ini boleh dikatakan soalan asas sahaja, dan soalan yang lebih lanjut bergantung kepada calon itu sendiri. Sekiranya dia berjaya menarik minat saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang kemahiran, kebolehan dan keupayaannya, maka sesi temuduga itu akan menjadi lebih lama.

Tetapi sekiranya dia gagal menarik minat saya, minta maaf, saya tidak akan membazirkan masa saya yang berharga, jadi sesi temuduga itu akan menjadi paling lama pun sekitar 10 hingga 15 minit sahaja.

Untuk makluman, sesi temuduga ini adalah dalam Bahasa Inggeris. ^_^

4 comments:

Nas said...

kalau lah soalan2 ni ditanya..dan kita x dpt jawab, kita tau sbb kelemahan kita sendiri yg x dpt bagi keyakinan dkt inteviewer.. Puas hati lah jugak..

Tapi kalau soalan-soalan merepek yg tanye pasal kenapa hutan belum femes..gua mulu kenapa dikenali..kenapa pelancong suka pergi gunung kinabalu.. agak frust di situ... dh lah nk cari candidate engineer... ehh...terbanyak ckp pulak..tak puas hati dgn satu inteview yg sy pergi sebelum ni..hehe..salam kenal :)

Uni said...

Salam Nas & salam kenal to u too! :)

Saya tak berapa pasti kenapa interviewer tu tanya awak soalan sedemikian. Mungkin dia nak tengok sejauh mana pengetahuan am awak, mungkin juga dari cara awak jawab soalan2 tu akan menunjukkan awak ni jenis orang yang macamana (introvert, extrovert, optimis, pessimist etc.)

By the way, awak dah dapat keje baru pun kan? all the best ye. :)

Nas said...

itulah... saya pun rasa..dia nak tgk cara saya menjawab.. Tapi tulah.. Tak dapat nk sembunyikan muka yang tertanya-tanya kenapa soalan tu ditanya n muka taktau nk jwb ape..hehe...kesimpulannya, mmg diri sindiri yg xdek rezeki keje kerajaan..hihi..

haah..alhamdulillah..dah dpt kerja baru..tq! ^_^

Uni said...

Mesti muka macam konpius giler kan - what the h@#$ lak tanya soalan ni?? Hahahaa... i've been in that situation before. Muka bukan setakat konpius, siap buat muka tak puas ati lagi tau. Hahahaha... anyway, job interview is kinda something fun + funny, if you know the fun & the funny side of it! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *