I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, October 8, 2012

Bateri Dah Dicas

Sabtu lepas tak keje. Jadi Jumaat malam Sabtu yang lepas, saya balik ke rumah Mama. Spend 2 whole days kat sana. Malam tadi pun lewat balik ke rumah sendiri. Rasanya pukul 11 pm baru sampai rumah. Kalau ikutkan, petang tu saya dah nak balik, tapi my hubby cakap dia balik lambat, so dia suruh saya bersukaria lagi kat rumah Mama. Wahhhh...enjoy weh! walaupun dok kat rumah jer.

Hari Sabtu hari masak-masak dengan Mama. Banyaklah perkara yang dibualkan, kebanyakannya topik tentang perkahwinan dan kehidupan. Lama rasanya tak borak berdua dengan Mama macam ni. Macam-macam isu yang diborakkan dan sambil memasak tu, sempatlah 3-4 persoalan tentang perkahwinan yang saya ajukan pada Mama, dapat Mama terangkan dengan jelas, tenang (takde emo-emo nak marah saya pulak) dan penuh dengan pengajaran.

Timbul keinsafan dalam diri, baru je 4 tahun berkahwin tapi rasa macam banyak sangat cabaran yang tak tertanggung. Tengok Mama sendiri, kahwin dah nak dekat 30 tahun (akhir bulan ni the 30th anniversary) memang penuh dengan cabaran tapi Mama sememangnya seorang wanita yang sangat kuat dan tabah. Cekal. Kenapa saya tak boleh jadi macam Mama? Mama ada cakap, setiap perkahwinan pasti akan dilanda masalah / tsunami, cuma bezanya kecil atau besar, cuma bezanya apa pengakhiran tsunami tersebut, sama ada baik atau buruk.

Yang paling buat saya sebak, Mama cakap, apa-apa pun masalah yang kita hadapi, tak kiralah perkahwinan ke, kerja ke, keluarga ke, kawan-kawan ke, duit ke, anak ke, personaliti ke, apa-apa jelah, berhubunglah dengan Allah. Allah ni yang mencipta kita, Dia lah yang Maha Mengetahui diri kita, berdoalah banyak-banyak pada Allah moga diringankan segala penderitaan. Moga ditunjukkan jalan keluar daripada permasalahan. Masa Mama cakap ni, air mata Mama bergenang. Saya tidak tahu apa sebenarnya apa yang bermain di fikiran Mama pada waktu itu.

Mama juga tidak menyalahkan saya atas apa masalah yang sedang berlaku sekarang ni. Bahkan Mama memahami perasaan dan keadaan anaknya ini. Itu yang buat saya sebak sangat. Terima kasih Mama, terima kasih sangat-sangat. Sekurang-kurangnya Uni tahu yang Uni tidak keseorangan, yang Uni sentiasa ada Mama dan Abah sebagai tulang belakang Uni walau dalam apa jua keadaan...

2 hari berada di rumah, Mama masakkan makanan kegemaran saya - Bubur Jagung dan Puding Telur. Saya panggil Puding Span jer, sebab rupanya macam span. Puas hati dapat makan....banyak! Hahahaha...saya makan sangat banyak hoccay...bubur jagung saya habiskan, puding span pun saya habiskan. Rasa malu jugak, yelah, saya ni dah kawin, dah ada anak pun, tapi makan tu macam pelahap sangat. Hahahaha...Tapi Mama cakap takpela, yang penting Uni makan banyak dan happy.

Serius, saya terharu campur sebak bila Mama cakap macam tu. Sob..sob...sob...

Malam tadi, masa nak balik, saya peluk Mama erat-erat. Cakap terima kasih kat Mama sebab dengar dan faham masalah saya dan buat saya seronok cuti 2 hari ni di rumah. Mama senyum dan angguk-angguk saja.

Saya cium Mama puas-puas. Sayang Mama, sayang Mama sangat-sangat....

Lebih bersedia menghadapi hari mendatang, kerana bateriku telah dicas.

3 comments:

IntaNBerliaN said...

mak @ parent kitalah tempat kita blh luahkan segalanya kan.. sementara mereka msih ada, mcm2 nasihat yg mereka blh bagi..

take care..

Fay Farah Rahim said...

As salam. Saya co founder kepada support group yang mengajar para ibubapa bagaimana mengawal ekzema dan alahan secara semulajadi. Banyak info menarik  di Natural Remedies for Asthma, Allergies & Eczema Support Group

Uni said...

thanks. ibulah ratu hatiku... :)

Uni recently posted...

Kuetiaw Goreng dan Sambal Tumis Udang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *