I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, October 30, 2012

Apa Yang Perlu Ada Dalam Set Breastpump?

Saya tak pernah ada pengalaman membeli breastpump sebelum ini.

Jadi kali ini, apabila saya berazam untuk fully breastfeed, saya tertanya-tanya dan terfikir-fikir apa yang perlu ada dalam satu-satu set breastpump tu? Takkanlah beli pump aje kan, mestilah kena beli related items jugak. Tapi apakah related items itu?

Disebabkan kesibukan yang melanda saya sejak akhir-akhir ini, saya belum sempat nak google pasal benda ni. Haihhh...

Tapi, malam tadi saya sempat la brainwash brainstorming sendiri tentang apa yang perlu ada dalam satu-satu set breastpump. Ini hasil brainstorming saya itu :

1) Breastpump
Pump ini ada yang jenis elektrik (plug in), bateri (kena guna bateri AA) dan juga manual (kena guna tangan sendiri untuk pam susu keluar). Memandangkan saya ini ibu berkerjaya yang banyak benda perlu dibuat dan difikirkan setiap hari, jadi saya memilih untuk membeli pam jenis elektrik dan yang boleh guna bateri sekali. Pastinya manual bukan pilihan saya, sebab saya ni ada masalah sakit tangan (siap kena injection tau kat hospital bila sakit tu datang menyerang), jadi saya kena berhati-hati dengan penggunaan tangan yang berlebihan. Kalau elektrik tu memang mudah, dan kalau katakan tak boleh guna elektrik, boleh pakai bateri, so senanglah kerja.

2) Botol susu (yang susu direct masuk dalam botol masa kita pam)
Saya tak pasti berapa saiz botol susu ini. 2 oz ke? 4 oz ke?

3) Botol susu untuk storage 
Bila dah pam banyak-banyak, mesti nak kena ada botol susu untuk storage banyak-banyak jugak kan? So berapa banyak is banyak? Hehehe.. pening soalan ini. Pastu nak beli yang berapa oz pulak? Kalau baby yang bf, sekali minum berapa oz ye?

4) Puting untuk botol susu
Botol susu yang storage tu dah siap ade puting sekali ke tak? Atau kena beli asing-asing?

5) Cooler bag 
Kalau pam susu kat ofis atau outside, nak kena simpan dalam cooler bag, takkanlah nak letak dalam peti sejuk kat pantry ofis, seganlah coz peti sejuk tu bukan hak milik kita seorang. Auwww...

6) Ice pack
Ini serius tak tau untuk apa pulak. Kalau dah beli cooler bag, kena ada ice pack juga ke macamana? Ice pack tu boleh guna berapa lama? Ada expiry data jugak ke?

7) Warmer 
Hah, ni kalau dah simpan susu dalam peti sejuk, bila baby nak minum kena panaskan kan? So kena ada warmer. Saya nak warmer yang boleh guna dalam rumah dan kat dalam kereta, kot-kot tengah travel baby nak susu, jadi warmer amat penting supaya susu boleh dipanaskan segera, tapi berapa lama masa utk warm kan susu tu? 1 minit? 5 minit? 10 minit?

8) Nipple cream 
Perlu ke tak? Saya pernah dengar satu petua mengatakan if nipple luka, sapukan susu kita sendiri kat luka tu, pastu akan baiklah. Saya pernah buat dulu, nak kata luka tu sembuh, mmmm ambil masa 2-3 hari jugak. Lama tu.

9) Breast pump bag
Yang ini tak sama dengan cooler bag rasanya. Yang cooler bag tu untuk simpan susu yang dah dipam. Yang breast pump bag ni pulak untuk simpan breast pump dan aksesori lain. Ada ke bag yang boleh sumbat semua barang sekali harung?

10) Nursing cover
Penting jugak ni, sebab manalah tau kan kena bf kat public, so kenalah cover apa-apa yang patut.

See, banyak kan persoalan di minda saya pasal Apa Yang Perlu Ada Dalam Set Breastpump?

Sesungguhnya, saya belum bertemu jawapan untuk setiap persoalan ini. Alternatifnya, hujung minggu ini saya plan nak pergi ke Fabulous Mom dan dapatkan semua info kat sana dan terus beli kat sana. Nanti dah dapat jawapannya, saya akan update di blog.

Tunggu ye? ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *