I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, October 31, 2012

Kenapa Atas Meja?

Asyiknya menunaikan "hajat terpendam" sambil
tengok kartun kegemaran
Kenapa atas meja, sayang?

Sebab selesa ye, ada kipas berangin-angin, ada siaran kartun kegemaran kat tv, meja pun kukuh ye..

Mama tergelak sorang-sorang tengok Haziq beraksi macam ni dan pada masa yang sama Mama happy jugak sebab Haziq dah pandai mencangkung bila nak menunaikan "hajat terpendam".

Tapi satu je pesan Mama, jangan buat macam ni kat umah mak atau kat umah orang lain, itu kurang sopan namanye ye sayang.

Kalau kat rumah kita, Mama tak kisah.

Mama sayang Haziq, selamanya.... ^_^

Dah Install LinkWithin (Anda Mungkin Juga Meminati)

Saya berjaya install widget LinkWithin! Yeay!!!

Apa yang bestnya pasal widget ni ye?

Ok, let me share with you.

Pertama sekali, bayangkan kita adalah tuan punya blog ye.

Apabila pembaca / pengunjung baca sesuatu entry di blog kita, selalunya lepas habis baca kita mengharapkan mereka akan scroll down ke bawah untuk baca entry-entry sebelumnya. (Yelah, kita kan dah rajin menaip panjang lebar, selain untuk kepuasan diri sendiri, naklah jugak kalau orang baca dan follow blog kita, betul tak?) 

Kalau entry-entry kita menarik, pembaca blog akan teruskan pembacaan dan lagi dan lagi. Tetapi jika sebaliknya, mereka akan terus klik button "x" di hujung belah kanan kat atas tu dan beredar daripada blog tersebut. Opsssiee!!

Ruginya kita, belum apa-apa pembaca blog dah "blah". Kalau dia teruskan pembacaan dan jumpa maklumat berguna yang kita dah sharing di blog kita, berkemungkinan mereka akan follow blog kita dan bertambahlah follower kita, betul tak?

Jadi bagaimanakah caranya untuk kita memastikan pembaca blog terus stay tuned di satu-satu blog itu (blog kita lah terutamanya).

Sebenarnya, ada banyak cara, salah satunya ialah dengan klik kepada entry-entry berkenaan (related post) yang terpapar di bahagian bawah entry yang telah kita publish.

Mmm...tak faham? Ok ini dia related post itu ataupun dikenali sebagai widget LinkWithin, sila tengok pada gambar-gambar di bawah ayat "Anda mungkin juga meminati : "



Haaa, dah nampak kan? Jadi bila kita install widget linkwithin ni, entry-entry kita sebelum ini akan terpapar secara rawak dan kebarangkalian untuk pembaca blog klik di salah satu antara 5 entry itu adalah tinggi, seterusnya dapat meningkatkan pageviews dan interest pembaca blog terhadap blog kita.

Untuk makluman, sekurang-kurangnya letaklah 1 keping gambar untuk setiap entry, lagi banyak lagi bagus, supaya senang entry tu appear kat widget tu dan senang juga untuk orang klik kat entry tersebut.

Ok dah faham kan? Bagus anak-anak, dapat 10 markah ye...

Dah tak sabar-sabar lagi nak install widget ni? Ye, jangan berlengah lagi, silalah ke LinkWithin sekarang juga! ^_^

p/s : Ini bukan entry berbayar ye.


Tuesday, October 30, 2012

Kuetiaw Goreng & Sambal Tumis Udang


Baru-baru ini saya dan kawan-kawan telah mengadakan Potluck, lokasinya macam biasa di pantry ofis masa lunch hour. Saya memang standby perut daripada pagi lagi, sanggup makan roti je untuk alas perut demi nak makan sedap-sedap time lunch nanti. Hahahahaa...lawak jelah, kalau Haziq tahu Mamanya rakus macam ni, malu i... hehehe..

Disebabkan lunch hour yang singkat iaitu 1 jam saja (standard lah tu 1 jam kan?), kami makan pon cepat-cepat je, dan mana makanan yang tak sempat dimakan, kami tapau untuk dimakan masa waktu tea break petangnya, dan kalau perut dah penuh, terus bawak balik rumah untuk dinner! Best kan, sebab tak payah susah-susah nak masak. Hahahaa..

Oklah, sekarang jom cuci mata.

Saya bawa kuetiaw goreng dan sambal tumis udang.

Kuetiaw goreng super delicious!!!


Sambal tumis udang yang sedap sehingga menjilat jari dan bibir!

Ini pula juadah yang dibawa oleh kawan-kawan saya :

Nasi jagung yang ohsem - saya makan sampai tambah 3x, opsss!!


Pajeri nenas - saya tak makan nenas sangat, jadi pajeri nenas pun saya tak makan


Kurma kambing - segerrrr!!!


Pulut kuning yang dilawankan dengan rendang daging, heaven occay!


Saya bantai makan lontong nasi ni dengan sambal tumis udang, pastu dengan rendang daging pulak. Wahhhh...


Ungkep ayam masakan jawa - agak pedas tapi bila dimakan bersama nasi jagung, sedapnya....


Sambal udang - udangnya comel-comel kat dalam


Rendang daging yang empuk - nikmat rasanya bila makan daging dan lepas tu tak terlekat kat celah gigi. Hahahaha...


Dah makan macam-macam, makan puding ni pulak sejukkan tekak yang dah pijar tu


Salah buah - terus terang cakap, saya ni reti makan buah je, bila dah jadi salad macam ni,
terus tak reti nak makan, tapi saya tetap jamah hasil air tangan kawan-kawan


Aiskrim magnum - saya makan yang almond, agak manis
pastu bilas dengan air masak banyak-banyak


Alhamdulillah di atas rezeki ini ya Allah... terima kasih kawan-kawanku... ^_^

Apa Yang Perlu Ada Dalam Set Breastpump?

Saya tak pernah ada pengalaman membeli breastpump sebelum ini.

Jadi kali ini, apabila saya berazam untuk fully breastfeed, saya tertanya-tanya dan terfikir-fikir apa yang perlu ada dalam satu-satu set breastpump tu? Takkanlah beli pump aje kan, mestilah kena beli related items jugak. Tapi apakah related items itu?

Disebabkan kesibukan yang melanda saya sejak akhir-akhir ini, saya belum sempat nak google pasal benda ni. Haihhh...

Tapi, malam tadi saya sempat la brainwash brainstorming sendiri tentang apa yang perlu ada dalam satu-satu set breastpump. Ini hasil brainstorming saya itu :

1) Breastpump
Pump ini ada yang jenis elektrik (plug in), bateri (kena guna bateri AA) dan juga manual (kena guna tangan sendiri untuk pam susu keluar). Memandangkan saya ini ibu berkerjaya yang banyak benda perlu dibuat dan difikirkan setiap hari, jadi saya memilih untuk membeli pam jenis elektrik dan yang boleh guna bateri sekali. Pastinya manual bukan pilihan saya, sebab saya ni ada masalah sakit tangan (siap kena injection tau kat hospital bila sakit tu datang menyerang), jadi saya kena berhati-hati dengan penggunaan tangan yang berlebihan. Kalau elektrik tu memang mudah, dan kalau katakan tak boleh guna elektrik, boleh pakai bateri, so senanglah kerja.

2) Botol susu (yang susu direct masuk dalam botol masa kita pam)
Saya tak pasti berapa saiz botol susu ini. 2 oz ke? 4 oz ke?

3) Botol susu untuk storage 
Bila dah pam banyak-banyak, mesti nak kena ada botol susu untuk storage banyak-banyak jugak kan? So berapa banyak is banyak? Hehehe.. pening soalan ini. Pastu nak beli yang berapa oz pulak? Kalau baby yang bf, sekali minum berapa oz ye?

4) Puting untuk botol susu
Botol susu yang storage tu dah siap ade puting sekali ke tak? Atau kena beli asing-asing?

5) Cooler bag 
Kalau pam susu kat ofis atau outside, nak kena simpan dalam cooler bag, takkanlah nak letak dalam peti sejuk kat pantry ofis, seganlah coz peti sejuk tu bukan hak milik kita seorang. Auwww...

6) Ice pack
Ini serius tak tau untuk apa pulak. Kalau dah beli cooler bag, kena ada ice pack juga ke macamana? Ice pack tu boleh guna berapa lama? Ada expiry data jugak ke?

7) Warmer 
Hah, ni kalau dah simpan susu dalam peti sejuk, bila baby nak minum kena panaskan kan? So kena ada warmer. Saya nak warmer yang boleh guna dalam rumah dan kat dalam kereta, kot-kot tengah travel baby nak susu, jadi warmer amat penting supaya susu boleh dipanaskan segera, tapi berapa lama masa utk warm kan susu tu? 1 minit? 5 minit? 10 minit?

8) Nipple cream 
Perlu ke tak? Saya pernah dengar satu petua mengatakan if nipple luka, sapukan susu kita sendiri kat luka tu, pastu akan baiklah. Saya pernah buat dulu, nak kata luka tu sembuh, mmmm ambil masa 2-3 hari jugak. Lama tu.

9) Breast pump bag
Yang ini tak sama dengan cooler bag rasanya. Yang cooler bag tu untuk simpan susu yang dah dipam. Yang breast pump bag ni pulak untuk simpan breast pump dan aksesori lain. Ada ke bag yang boleh sumbat semua barang sekali harung?

10) Nursing cover
Penting jugak ni, sebab manalah tau kan kena bf kat public, so kenalah cover apa-apa yang patut.

See, banyak kan persoalan di minda saya pasal Apa Yang Perlu Ada Dalam Set Breastpump?

Sesungguhnya, saya belum bertemu jawapan untuk setiap persoalan ini. Alternatifnya, hujung minggu ini saya plan nak pergi ke Fabulous Mom dan dapatkan semua info kat sana dan terus beli kat sana. Nanti dah dapat jawapannya, saya akan update di blog.

Tunggu ye? ^_^

Monday, October 29, 2012

Jadual Waktu Makan Semasa Hamil

Sebenarnya, jadual waktu makan semasa hamil tidak jauh berbeza dengan jadual waktu makan semasa tidak hamil.

Saya masih lagi mengambil sarapan, minum pagi, lunch, tea time dan dinner seperti biasa. Cuma jumlah makanan yang diambil tu rasanya bertambah daripada biasa dan saya juga elakkan makanan-makanan tertentu seperti jajan (cekedis) dan minuman berkarbonat.

Kat bawah ni jadual waktu makan saya untuk hari biasa (hari bekerja). Kalau hujung minggu atau PH, ada berubah sikitlah.

6.30 ~ 7.00 am - Segelas susu Mamil Mama.

7.30 ~ 8.00 am - Heavy breakfast (nasi goreng / mee goreng / mihun goreng / nasi lemak / roti canai etc.)

10.30 ~ 10.45 am - Minum pagi (milo / air masak / biskut / roti / kuih)

12.30 ~ 1.00 pm - Lunch (mesti makan nasi, tapi kalau nak tukar selera, kadang-kadang makan laksa / mi / mihun etc.)

3.30 ~ 3.45 pm - Tea break (milo / air masak / biskut / roti / kuih)

6.15 ~ 6.15 pm - (biskut / roti)

8.15 ~ 8.45 pm - Dinner (mesti makan nasi, sekarang ni konfem 2 pinggan, tengah berselera sangat)

10.30 ~ 11.00 pm - Supper (mamil mama / milo / biskut / roti / apa-apa yang ada kat dapur)

Saturday, October 27, 2012

Supplemen Yang Diambil Semasa Hamil

From left : Calcium, Neurogain, Ferrocom

Pregnant kali ini, saya betul-betul ikut cakap doktor. No degil-degil like before. ^_^

Ini adalah supplemen yang saya ambil semasa kehamilan kedua kali ini. Untuk pengetahuan, sebaik sahaja saya disahkan hamil (masa tu usia kandungan 8-9 weeks), doktor terus bagi saya makan Folic Acid. Apabila kandungan dah masuk 13 weeks, saya stop ambil folic acid dan continue dengan supplemen seperti di atas, as advised by my doctor.

1) Ferrocom Tablet (Ferrous Fumarate)
Sebenarnya ibu-ibu yang hamil ni selalu ada masalah anemia (low hemoglobin), termasuklah saya. Apabila seseorang itu ada low Hb, maksudnya dia mempunyai paras hemoglobin yang rendah. Hasilnya, ibu-ibu akan jadi letih, pucat dan tak bermaya.

Untuk pengetahuan, spec untuk hemoglobin adalah 11.5 - 16.5 g/dl. Semasa saya mengandungkan Haziq dahulu, result saya adalah 10.2 sahaja, itupun lepas dah makan ferrous fumarate ini lah. Tapi kali kedua ini, result saya adalah 11.2, kira oklah kan.

Ferrous fumarate ini juga dikenali sebagai iron tablet. Tabletnya kecil je warna oren. Bila ambil iron tablet, stool kite jadi warna hitam ok! SANGAT HITAM.

Dalam iron tablet ni pun, ada folic acid jugak.


2) Neurogain
Neurogain ini merupakan fish oil, kaya dengan EPA dan DHA yang penting untuk pembentukan otak dan tumbesaran bayi. Ada jugak orang cakap, untuk dapat anak yang bijak. Haaa, haruslah Mama makan Neurogain ni demi kebaikan anak Mama kan. Hehehe...

Bila nak start makan Neurogain ini? Doktor saya advise makan Neurogain bila masuk trimester kedua dan teruskan hingga ke minggu terakhir kehamilan.


3) Calcium Tablet
Saya ni kalau minum susu, kejap minum kejap tak, sangat tak berdisiplin ok! Jadinya saya request kat doktor nak pil kalsium ni. Tapi doktor cakap kalau pemakanan seimbang, cukup minum susu dan sebagainya, sebenarnya tak perlu ambil pil kalsium pun. Tapi, seimbangkah pemakanan saya? Hahahhaa.. Big question mark di situ ye.

Jadinya, makan jelah pil kalsium ni. Habis cerita.


Setiap satu tu dimakan 1 biji setiap hari. Boleh ambil kat doktor ataupun beli kat farmasi. Saya terus ambil kat doktor je, masa monthly check-up. Senang dan mudah.

Friday, October 26, 2012

Mama, Nak Bilo

Minum Milo anda jadi sihat dan kuat!

Selain daripada minum Mamil Mama sekarang ni, saya suka sangat minum Milo. Bila minum Milo kurang manis panas-panas suam gitu terasa nikmatnyaaaaa...Heaven ok! Rasa bahagia lepas dapat minum Milo, dengan syarat mesti pakai susu manis cap Dairy Champ sahaja, kalau brand lain taklah rasa heaven sangat. Boleh gitu? Hahahahaha....

Ada satu malam tu, masa saya tengah minum Milo, Haziq datang kat saya, tanya "Pe tu?". Hahaha... pandai anak Mama ni, prihatin dengan apa yang Mama minum ye. So saya cakapla "Mama minum Milo, sedap". So Haziq cakap - nak sikit, so saya bagilah, lepas seteguk, dia buat muka siap muncung lagi, macam tak sedap gitu. So saya biarkan jelah, ingatkan Haziq tak suka Milo.

Tup-tup..

"Mama, nak Bilo..."

"Erk...Ma ingat Haziq tak suka...tak sedap..."

"Dap... Ma, nak Bilo.." (Dap tu maksudnye - sedap)

Lepas tu Haziq terus ambil cawan saya, terus minum dengan rakusnya.... dan rakusnya... dan rakusnya....

Sampai habis!!!!!

Erk...terkedu diriku....

"Mmmmm....aahhhhh...dap...dap...." kata Haziq sambil kesat "misai" Milo kat mulut dia guna lengan....

Haihh...sabar jelah...

p/s : Mama sayang Haziq sangat-sangat. Haziq jadi anak yang baik ye sayang.... ^_^

Thursday, October 25, 2012

Kenapa Saya Berblogging?

Sebenarnya, saya tak pernah minat nak berblogging. Tak pernah pun ada impian atau cita-cita nak ada blog. Dulu saya berfikir, ada blog ni, lagi-lagi kalau yang personal, habis semua cerita isi perut dalam kain diceritakan dalam blog.

Daripada takde sape yang tau, terus satu dunia tau (itupun kalau blog nya popular lah). Senang kata, dalam hidup saya ni saya tak pernah fikir pun lah pasal blogging-blogging ni. Kind of wasting time jugaklah pada saya.

Tapi bila saya dah ada anak, dan sekarang ini nak masuk anak kedua, saya terasa ada sesuatu yang hilang. Yang mana, bile saya melalui semula fasa kehamilan ini, saya sepatutnya lebih bijak dan lebih bersedia kerana dah ada pengalaman, tapi sayangnya ada bahagian-bahagian tertentu "hilang" or should I call it "the missing pieces"??

Hilang sebab - saya dah lupa. Ada pengalaman atau masalah masa lalu yang saya dah lupa bagaimana cara saya mengatasinya, dan saya rasa tak seronok bila jadi macam ni.

Hilang sebab - buku / kertas catatan saya dah hilang tak tau ke mana. Dulu masa pregnant, semua benda tentang pregnant saya tulis dalam satu notebook, tapi bila dah berpindah rumah, saya dah lupa buku tu kat mana. Buku tu tak dapat dikesan. Entah-entah dah selamat kat tong sampah. Haddui. Contohnya, bab nak beli barut atau bedung, saya dah buat list kedai online yang jual dan apa ciri-ciri yang perlu ada pada barut atau bedung. Saya betul-betul dah buat my own homework for every single thing siap buat notes lagi, masalahnya bila notes tu hilang, saya jadi helpless!

Apabila saya hamil lagi kali ini, saya tak dapat nak rujuk semula notes-notes tu, syahdu sungguh rasanya, huhu, sebab rasa macam kene start all over again. Even all the feeling and experiences that  I've gone through, it just remain deep inside my heart. Hanya untuk dikenang sendiri, itupun banyak benda dah lupa lagi-lagi kalau small-small things. Haiyaaa...

Atas kesedaran ini, saya membuat keputusan untuk BERBLOGGING. Yes, BLOGGING, percayalah uols!!!

Saya berblogging sebab :

1) Taknak tulis kat kertas / buku lagi, kalau pindah rumah atau notes hilang lagi, sedihlah saya.

2) Saya nak catat semua pengalaman hidup saya sebagai seorang wanita, ibu, anak, kakak, isteri (haa yang bab isteri tu saya kene filter lah, privacy tetap privacy ok!)

3) Saya nak kongsi bagaimana cara saya menyelesaikan atau menghadapi sesuatu masalah, sebagai panduan di kemudian hari.

4) Saya nak kongsi pengetahuan dan pengalaman hidup saya dengan sesiapa yang mungkin memerlukannya, yang mana sedikit sebanyak dapat membantu mereka beroleh manfaat atau penambahbaikan dalam hidup mereka di atas perkongsian ini.

5) Saya nak anak-anak saya memahami dan menyayangi Mama mereka, lebih lagi.


Begitulah alkisahnya.... ^_^

Wednesday, October 24, 2012

Perkataan Yang Diucapkan Oleh Anak Umur 2 Tahun 2 Bulan

Sekarang ni Haziq suka sangat bercakap. Setiap masa Haziq bercakap, siap ada lenggok intonasi macam kite orang dewasa ni bercakap, suka sungguh bila saya mendengarnya. Kadang-kadang, tengok die bercakap je dah boleh buat saya senyum dan ketawa sendiri, sungguhlah, Haziq memang penghibur hati saya setiap masa (walaupun bawah mata kanan saya sekarang ni ade lebam sikit dek ditendang Haziq masa tengah main geletek2..hihi).

Bila Haziq bercakap, sekali dengar dah macam cakap bahasa Siam dah, bak kata pakciknya Ayah Jan. Hehehe... Saya suka sangat momen-momen ini, tak sia-sia rasanya saya bercakap dan bercerita pagi petang siang malam kat Haziq, hasilnya dia pun suka nak bercakap, walaupun dalam bahasanya yang tersendiri. Saya memang nak latih Haziq jadi seorang yang suka berkomunikasi dan semua ini haruslah dimulakan dengan bercakap terlebih dahulu.

Dah masuk usia 2 tahun 2 bulan (26 bulan) ni, banyak perkataan yang Haziq boleh sebut dengan baik, ada jugaklah yang pelat sikit-sikit. Tapi bila dia cakap pelat, saya atau Abahnya akan betulkan dengan sebutan yang betul, supaya dia tau sebut perkataan yang sebenar dan tidak terikut-ikut dengan perkataan yang pelat hingga ke besar.

Ini dia perkataan-perkataan yang Haziq sebut, boleh dikatakan hampir setiap hari.

Keluarga
Mama - Mama
Abah - Abah
Nenek - Nenek
Tok Wan - Towan
Cik Nor - Cino
Ayah Jan - Ijan
Ayah Chik - (tak reti sebut sebab jarang jumpa)
Ayah Han - Iyan (pandai sangat sebut Iyan sebab slalu layan Haziq main)
Cik Ina - Na (Haziq ikut kitorang panggil Cik Ina sebagai Na, sabar jelah)
Nyayie - Yi
Yayie - Yi

Anggota Badan
rambut - ibot
mata - mata
telinga - tinga
muka - muka
hidung - idung
mulut - mulut
lidah - lidah
tangan - ngan
kaki - ki
perut - purot (dah macam limau purut la pulak)
pusat - pushat
bontot - tot
kentut - tot
pipi - pipi
gigi - gigi

Makanan dan Minuman
nasi - ashik
air - air
sup - shup (unik sangat sebutan shup ni, Haziq je yang reti sebut - originality)
roti - oti
biskut - kot
milo - bilo
chicken - kiken
ayam - ayam
fish - fis
ikan - kikan

Barang Dalam Rumah
tv - tv
kipas - pipas
remote - imot
kerusi - kusi
meja - eja
bantal - bantal (Haziq ada bantal sendiri, setiap kali nak baring atau tido mesti nak bantal dia jugak)
pintu - pitu
tangga - angga 
basikal - kal
botol susu - tol
sudu - du
garfu - (belum reti sebut)

Toilettries Haziq
tuala - wale (dah macam bahasa ganu la pulak)
sikat - ikat
bedak - bidak (hahahahaha)
losyen - osyen (tertinggal huruf l je)
minyak rambut - ibot
pampers - pipers (comel kan?)
baju - baju
seluar - shuar
stokin - kin
kasut - asut
beg - beg

Haiwan
bird - bird
dog - dog
cat - meow

Perkataan Lain
panas - nas
sejuk - juk
sedap - dap
pedas - pidas (hahahahaha)
basah - bashah
buka - kak
tutup - top
naik - ek
turun - turron (double r lah pulak)
laju - laju
tidur - tido
bangun - angun
jalan - alan
lompat - opat
sayang - shayang
cium - yom 
tulis - kolis (comel kan? setiap kali bangun pagi dan selepas balik dari babysitter, mesti rajin nak kolis)
baca - baca (pantang nampak Mamanya nak baca buku / majalah / mengaji, maka Haziq pun sibuklah nak baca jugak ^_^)
nyanyi - anyi (setiap kali ada kartun feveretnye kat tv, mesti Haziq suruh Mama anyi)
ipad - ipek
laptop - itop
sembahyang - bayang
mandi - andi
masak - ashak
baby - baby
work - work (Abah work, Mama work. ^_^)

Thursday, October 18, 2012

Masih di Sini

Tengok jam dah pukul 7.05 pm. Saya masih di sini, di ofis, menyiapkan kerja-kerja yang tak mungkin akan habis selagi saya memilih untuk terus bekerja di sini. ^_^

Kalau ikutkan, hari ni saya rasa letih sangat-sangat, kaki pun dah start rasa sakit dan lenguh sebab kandungan pun semakin membesar, dah 28 weeks sekarang ni. Rasa macam nak terus je balik lepas working hours tadi, tapi memikirkan kerja yang bertimbun ni, kenalah stayback jugak. Itupun saya limit sampai pukul 8 pm je, lepas tu saya nak balik.

Sambil buat kerja, saya dapat rasa baby sangat aktif kat dalam ni. Dapat rasa semua pergerakan baby,  thanks sayang teman Mama buat kerja...

p/s : Nak tengok Saiful Nita malam nanti. ^_^

Monday, October 8, 2012

Bateri Dah Dicas

Sabtu lepas tak keje. Jadi Jumaat malam Sabtu yang lepas, saya balik ke rumah Mama. Spend 2 whole days kat sana. Malam tadi pun lewat balik ke rumah sendiri. Rasanya pukul 11 pm baru sampai rumah. Kalau ikutkan, petang tu saya dah nak balik, tapi my hubby cakap dia balik lambat, so dia suruh saya bersukaria lagi kat rumah Mama. Wahhhh...enjoy weh! walaupun dok kat rumah jer.

Hari Sabtu hari masak-masak dengan Mama. Banyaklah perkara yang dibualkan, kebanyakannya topik tentang perkahwinan dan kehidupan. Lama rasanya tak borak berdua dengan Mama macam ni. Macam-macam isu yang diborakkan dan sambil memasak tu, sempatlah 3-4 persoalan tentang perkahwinan yang saya ajukan pada Mama, dapat Mama terangkan dengan jelas, tenang (takde emo-emo nak marah saya pulak) dan penuh dengan pengajaran.

Timbul keinsafan dalam diri, baru je 4 tahun berkahwin tapi rasa macam banyak sangat cabaran yang tak tertanggung. Tengok Mama sendiri, kahwin dah nak dekat 30 tahun (akhir bulan ni the 30th anniversary) memang penuh dengan cabaran tapi Mama sememangnya seorang wanita yang sangat kuat dan tabah. Cekal. Kenapa saya tak boleh jadi macam Mama? Mama ada cakap, setiap perkahwinan pasti akan dilanda masalah / tsunami, cuma bezanya kecil atau besar, cuma bezanya apa pengakhiran tsunami tersebut, sama ada baik atau buruk.

Yang paling buat saya sebak, Mama cakap, apa-apa pun masalah yang kita hadapi, tak kiralah perkahwinan ke, kerja ke, keluarga ke, kawan-kawan ke, duit ke, anak ke, personaliti ke, apa-apa jelah, berhubunglah dengan Allah. Allah ni yang mencipta kita, Dia lah yang Maha Mengetahui diri kita, berdoalah banyak-banyak pada Allah moga diringankan segala penderitaan. Moga ditunjukkan jalan keluar daripada permasalahan. Masa Mama cakap ni, air mata Mama bergenang. Saya tidak tahu apa sebenarnya apa yang bermain di fikiran Mama pada waktu itu.

Mama juga tidak menyalahkan saya atas apa masalah yang sedang berlaku sekarang ni. Bahkan Mama memahami perasaan dan keadaan anaknya ini. Itu yang buat saya sebak sangat. Terima kasih Mama, terima kasih sangat-sangat. Sekurang-kurangnya Uni tahu yang Uni tidak keseorangan, yang Uni sentiasa ada Mama dan Abah sebagai tulang belakang Uni walau dalam apa jua keadaan...

2 hari berada di rumah, Mama masakkan makanan kegemaran saya - Bubur Jagung dan Puding Telur. Saya panggil Puding Span jer, sebab rupanya macam span. Puas hati dapat makan....banyak! Hahahaha...saya makan sangat banyak hoccay...bubur jagung saya habiskan, puding span pun saya habiskan. Rasa malu jugak, yelah, saya ni dah kawin, dah ada anak pun, tapi makan tu macam pelahap sangat. Hahahaha...Tapi Mama cakap takpela, yang penting Uni makan banyak dan happy.

Serius, saya terharu campur sebak bila Mama cakap macam tu. Sob..sob...sob...

Malam tadi, masa nak balik, saya peluk Mama erat-erat. Cakap terima kasih kat Mama sebab dengar dan faham masalah saya dan buat saya seronok cuti 2 hari ni di rumah. Mama senyum dan angguk-angguk saja.

Saya cium Mama puas-puas. Sayang Mama, sayang Mama sangat-sangat....

Lebih bersedia menghadapi hari mendatang, kerana bateriku telah dicas.

Friday, October 5, 2012

Ma Yuyumi

"Ma... yuyumi.."

"Ma... yuyumi..."

"Ma... nyanyi ar...yuyumi...nyanyi..."

Haaa... agak-agak boleh teka tak apekendanya yuyumi tu? Sumi jelly kah dia? Permainan yoyo kah dia? Takkan nyanyi sumi jelly pulak? Ataupun nyanyi permainan yoyo? Haaa.... teka jangan tak teka tau...

*
*
*
*
*
*
*
*

Yuyumi tu ialah sebutan Haziq sekarang ni, maksudnya "I love you, you love me". Hahahahaha...comel kan? Mula-mula saya langsung tak faham apa benda yuyumi tu, tapi setelah diamati dan berusaha gigih nak memahamkan apa yang anak kesayangan ni nak sampaikan, barulah saya faham. ^_^

Kisahnya bermula begini. Abah saya (Tok Wan Haziq) ada belikan komputer mainan untuk Haziq, ala yang biasa jual kat kedai-kedai tu ada belajar A, B, C nombor 1,2, 3 dan lagu-lagu. So salah satu benda dalam komputer ni (kami panggil ni laptop Haziq, hahahaha...) ialah lagu-lagu riang kanak-kanak. Salah satunya lagu "I Love You, You Love Me" tu lah.

Saya pulak jenis yang suka menyanyi dan bercerita, kadang-kadang create je cerita entah apa-apa yang penting mesti happy ending dan ayat standard ending cerita saya ialah "dan mereka pun hidup bahagia selama-lamanya..." Hahahaha... Mama Haziq ni banyak terpengaruh dengan cerita Hindustan kot ni...Hahahaha...

So bila lepas bercerita, mesti nak nyanyi jadinya saya nyanyi lah lagu ni berulang-ulang kali. And guess what, sesi bercerita dan menyanyi ni adalah pada masa saya drive balik kerja setiap hari, itulah antara masa berkualiti saya dengan Haziq.

Bila dah hari-hari nyanyi lagu ni, Haziq pun dah hafal dah kat mana nak tekan button kat laptop dia supaya keluar lagu ni. Pandainya anak Mama!! Tapi setiap kali Haziq tekan button tu, mesti Haziq suruh saya yang nyanyi dan masa saya nyanyi dia akan goyang-goyangkan badan dan kepala dia sambil tersenyum manis siap lentokkan kepala lagi. Haih sayang, makin lama makin sayang Mama kat Haziq tau. Sweet sangat moment-moment balik kerja setiap hari dengan Haziq, hilang semua penat Mama kerja kat ofis tau. ^_^

Jom kita nyanyi lagu Yuyumi sama-sama.. hehehe...

I love you, you love me,
We are happy family,
With a great big hug,
And a kiss from me to you,
Won't you say you love me too (Haziq pandai sambung "too" kat belakang... ^_^)


I love you, you love me,
We are happy family,
With a great big hug,
And a kiss from me to you,
Won't you say you love me too (Haziq pandai sambung "too" kat belakang... ^_^)

Haziq, Mama love you so much sayang...mmmuahhh... ^_^

p/s : Haziq, kadang-kadang Mama perasan Haziq nyanyi lagu Yuyumi ni sorang-sorang, slow jer macam taknak Mama dengar... tapi sebenarnya Mama dah dengar Haziq nyanyi tau....yang paling buat Mama happy sangat sebab Haziq nyanyi dengan penuh perasaan eventho it is in your own language..(cakap tak berbutir lagi..hehehe...) yang penting Mama appreciate your every little effort... Love you eternally, sayang... ^_^


Thursday, October 4, 2012

Tekak Pijar

Masa mengandungkan Haziq dulu, seingat saya, saya tak pernah rasa pijar kat tekak ni.

Pijar tu rasa macam kita makan makanan pedas yang amat, lepas minum air banyak-banyak pun masih lagi rasa bahang kepanasan dan kepedasan makanan tu. Itulah yang saya tengah rasa sekarang ini. Pijar, pijar, pijar.

Saya baru je makan beberapa keping rempeyek sambil buat keje. Tengah makan, terus rasa pijar lagi, apalagi terusla minum air banyak-banyak. Amazingly, the pijar is still there! Hehehehe... confirm lah takkan hilang rasa ni sebab ini salah satu perubahan yang saya alami semasa hamil kali ini.

Tak tahulah kenapa boleh rasa pijar dan tak tau apa penjelasan saintifik di sebalik semua ini. Belum sempat nak menggoogle. Hormon changes, maybe?

Bila rasa pijar, rasa rindu nak jumpa baby. Nanti nak cerita kat baby pengalaman Mama masa mengandungkan baby. Mama sayang baby... ^_^

Satu Kesalahan, Sejuta Kebaikan

Manusia sememangnya insan yang kompleks. Berdepan dengan manusia tidak sama dengan mengendalikan mesin.

Kerana manusia punya hati, perasaan dan nafsu. Kerana itulah ada manusia yang menjadi lemah. Kerana akal fikiran sudah dikuasai hati, perasaan dan nafsu!

Emosi menjadi tunjang, kesabaran terbang entah ke mana. Yang tinggal hanyalah kata-kata tajam yang diluah yang menghiris dan merobek-robek hati.

Akhirnya, hati pecah berkeping-keping.

Bukan satu hati, tapi kedua-dua hati.

Ah, rumitnya apabila tak mampu mengawal emosi. Tak mampu bersabar.

Hanya kerana satu kesalahan, wajarkah sejuta kebaikan selama ini dilupakan? Dibuang umpama sampah? Wajarkah?

Dan apabila sudah tersedar, adakah ucapan maaf dan penyesalan sanggup diterima lagi?

Wednesday, October 3, 2012

Wordless Wednesday #7 (Haziq 2 yrs)


Tuesday, October 2, 2012

Update Status : Pregnant 25 weeks

Minggu ke-25 kehamilan saya bermula pada 26 September hingga 2 Oktober 2012.

Dalam tempoh seminggu ini, saya melalui fasa kehamilan saya dengan baik, Alhamdulillah.

Saya telah menjalani second check-up di Hospital Penawar, boleh baca kisah saya di SINI.

Proses pembuangan air seperti biasa, tiada lagi masalah sembelit. Makan pun dah makin berselera, ada je rasa nak makan itu dan ini. Nasib baiklah setakat ni takde lagi mengidam benda yang pelik-pelik atau jauh-jauh sampai ke negeri lain. Hahaha..

Cuma disebabkan kesibukan urusan kerja dan peribadi sehari-hari, saya tak minum susu mengikut yang sepatutnya. Selalunya saya minum paling kurang 1 gelas sehari, tapi dalam minggu ini rasanya cuma 2 atau 3 gelas je saya minum susu, itupun kat ofis. Kat rumah memang tak sempat langsung, kadang-kadang tak minum susu, tapi minum milo pulak.

Baby pula aktif kicking setiap masa. Kadang-kadang saya rasa geli bila baby kick, lepas dah geli tu rasa nak terkucil lah pulak. Hehehhe... Boleh dikatakan sekarang saya selalu bercakap dengan baby, terutamanya masa bangun tidur, selepas sembahyang Subuh dan Maghrib dan masa nak tidur. Cerita tentang hari saya, cerita tentang abahnya, abang Haziq dan cerita tentang kami sekeluarga yang rindu nak berjumpa dengannya nanti. Cerita tentang bila nak pergi shopping barang baby, cerita ari ni nak makan apa, haihhh...macam-macam ceritalah, ada je topik nak diceritakan...hihihi...

Mama miss u baby, Mama love you so much, Mama rasa nak cium dan peluk baby puas-puas nanti.. Mama sayang baby sangat-sangat.. ^_^

Lagi satu perubahan ketara, kat tekak ni rasa pijarlah sangat. Asal makan je, mesti rasa pijar, walaupun tak makan yang pedas, Yang lagi best, lepas makan aiskrim pon boleh rasa pijar jugak. Hehehehe.. Takpelah, saya anggap ini perubahan-perubahan biasa semasa hamil. Tak ada apa yang perlu dirisaukan.

Selain daripada itu, saya selalu rasa panas. Sekarang kalau tidur, selimut pun dah tak tau terbang ke mana, sebab saya cuma tidur dan peluk bantal peluk je. Takde dah selimut-selimut ni, panas sangat. Suami saya cakap, kadang-kadang dia rasa badan saya berpeluh-peluh waktu malam tu dan dia akan kuatkan kipas. Dan semestinya, tak adalah sesi berpeluk-berpeluk ni. Kalau dah panas, nak peluk macamana kan? Sorilah ye sayang... ^_^

Dalam minggu ini juga, saya dan suami ditimpa musibah, kereta saya terlibat dalam kemalangan (alhamdulillah kami semua selamat) dan kos membaiki kereta je dah RM1225. Haihhhhhhhh.... banyak sangat tu. Pulak tu kereta yang kami terlanggar kat depan tu (teksi) mintak ganti rugi RM800. Padahal kalau ikutkan dia yang sudden break, dia yang salah, kita pulak yang kena. Rules of road - ada je yang buat saya tak puas hati. ^_^

Lepas dah nego, kami bayar RM600, itupun bila mintak resit die baiki teksi dia, banyak pulak dalih. Geram tau. Tak kisahlah kalau kos baiki tu betul-betul RM600 / RM800, kami akan bayar dengan syarat tunjukkan bukti, tunjukkan ketelusan tu. Ini tak, berdalih macam-macam sampai suami saya sakit telinga nak dengar, last-last kami bayar je dan terus blah. Tak kuasa nak tengok orang tu lagi.

Tapi pepun saya anggap musibah ini sebagai tanda Allah sayangkan kami sekeluarga. Insya-Allah ada hikmah tersembunyi yang baik di sebalik semua ini. Sabar ye Uni... ^_^

Looking forward to the next week. Pejam celik pejam celik, lagi 3 bulan je nak bersalin! ^_^

Monday, October 1, 2012

Soalan Yang Ditanya Oleh Penemuduga

Penemuduga ini adalah saya. Jadi ini adalah soalan-soalan yang saya tanyakan kepada calon, ia boleh berbeza antara seorang penemuduga dengan penemuduga yang lain.

Soalan-soalan ini merupakan satu guideline yang memudahkan saya mencatatkan maklumat penting berkaitan calon yang ditemuduga.

Pertama sekali saya mestilah mendapatkan maklumat berikut sebelum sesi temuduga :

1) Nama penuh
2) Umur
3) Kelulusan
4) Status perkahwinan
5) Pekerjaan terkini
6) Syarikat tempat bekerja
7) Gaji terkini

Apa relevannya maklumat ini? Ini adalah permulaan sebelum saya memilih seseorang calon itu untuk ditemuduga. Pada peringkat pertama ini, calon yang terpilih akan disenarai pendek untuk sesi temuduga dan mana-mana yang tidak terpilih, resume mereka akan diserahkan kembali kepada pihak HR.

Peringkat kedua, hari temuduga.

Pada saya, first impression adalah penting. Ini ditentukan oleh cara bagaimana seseorang calon itu berpakaian. Formalkah? Kasualkah? Atau pakai macam nak pergi kenduri kahwin? Mekap atau tak mekap itu terpulang, tapi haruslah menampakkan yang diri anda ini kemas dan bersih.

Seterusnya, walaupun anda nervous, janganlah tunjuk yang anda tu nervous, sebab kadang-kadang bila tengok rasa macam kelakar pulak. Belajarlah cara untuk bertenang dan jangan gopoh. Senyumlah sekadarnya, janganlah senyum macam anda tengah dilamun cinta (senyum sampai ke telinga). Jangan pula buat muka "ketat", orang pun tak suka nak tengoklah.

Address a person correctly. Maksudnya, anda seharusnya panggil penemuduga tu dengan nama Encik, Cik atau Puan. Cerita pasal ni, ade ke patut seorang calon tu panggil saya "akak"? Haahhaha.. kelakar okay. Memanglah die lebih muda, tapi dalam situasi macam ni, sangat tak sesuai panggil akak-akak okay. Sepanjang sesi temuduga tu, dia panggil saya akak. Haihh.. fail!! Sorry to say, she was rejected by me.

Baiklah ini soalan-soalan yang saya tanyakan pada calon.

1) Terangkan tentang diri anda
2) Kenapa anda mohon jawatan ini?
3) Kenapa anda terima tawaran temuduga ini?
4) Terangkan lebih lanjut tentang pekerjaan anda sekarang ini?
5) Apa yang awak fikirkan tentang kerja yang awak mohon ini?
6) Apa kemahiran yang awak ada yang awak rasa amat membantu dalam kerja ini?
7) Apakah perkara yang awak paling suka dan paling tak suka tentang kerja awak sekarang ini?
8) Sikap / minat semasa temuduga (Ini pemerhatian saya)
9) Apa awak fikirkan selepas saya terangkan tentang job scope kerja ini? Adakah awak rasa kerja ini sesuai dengan diri awak?
10) Expected salary & Availability

Soalan-soalan ini boleh dikatakan soalan asas sahaja, dan soalan yang lebih lanjut bergantung kepada calon itu sendiri. Sekiranya dia berjaya menarik minat saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang kemahiran, kebolehan dan keupayaannya, maka sesi temuduga itu akan menjadi lebih lama.

Tetapi sekiranya dia gagal menarik minat saya, minta maaf, saya tidak akan membazirkan masa saya yang berharga, jadi sesi temuduga itu akan menjadi paling lama pun sekitar 10 hingga 15 minit sahaja.

Untuk makluman, sesi temuduga ini adalah dalam Bahasa Inggeris. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *