I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, September 4, 2012

Sedapnya Kerabu Babat


Babat.

Seumur hidup saya ini saya tak pernah makan babat. Babat ke perut lembu ke, saya tak pernah makan. Geli pun ye, walaupun warnanya putih. Tapi saya pernah dengar orang cakap, babat ni asalnya warna hitam. Iyyerrkkk...lagilah buat saya geli. Bila dah dibasuh bersih-bersih, barulah jadi putih.

Ini contoh rupa babat :

Geli kan? Macam ada bulu-bulu gitu. Pic taken from HERE
.
Ini pula rupa babat yang dah dicuci bersih :

Nampak ok sikit kan? Pic taken from HERE

Tapi hari ini dalam sejarah, saya telah mencuba KERABU BABAT. Mula-mula rasa sikit je, pastu terus jatuh cinta. Hahahaha... Sedap sangat, ada bunga kantan dan lain-lain.

Alkisahnya, kerabu babat ini dibawa oleh seorang staff baru di ofis saya ini. Dia bawa bekal untuk lunch, masa makan tu dia offer kat saya dan kawan-kawan yang lain. Dia cakap kerabu, so saya ambillah bekas tu, tapi bila dia cakap kerabu babat, saya serba salah pulak nak ambil sebab saya tak makan babat. Huhu.. Saya menolak dengan baik tapi dia beriya-iya suruh saya jamah sikit kalau taknak ambil banyak.

So saya ambil sikit je. Bila dah rasa, Ya Allah sedapnya kerabu ni. Tapi disebabkan saya ambil sikit je dan taknak cepat habis, saya makan sikit-sikit. Hahahahaa..Lawak betul, itulah, lain kali kalau orang dah offer, amik je banyak-banyak. (Dalam hati siap berharap dia offer lagi...)

Tup-tup tak lama lepas tu, dia offer lagi kerabu tu sebab dia dah habis makan nasi. Seronoknya saya, tapi saya tetap control comel. Saya pun amik lagi kerabu tu dan makan puas-puas sambil tersenyum riang. 

Saya tak sempat la pulak nak ambil gambar kerabu babat tu, tapi ini yang saya jumpa di internet :

kerabu babat ala Johor
Yang saya makan tu lagi simple rupanya daripada gambar  ni tapi  memang sedap. Pic  taken from HERE

And guess what, dengan muka penuh berharap, lepas lunch tadi saya terus jumpa personnally dengan staff baru tu dan request untuk satu bekas kerabu babat sebab sedap sangat dan teringin nak makan lagi. Sanggup  nak bayar lagi. Dia cakap nanti dia cakap dengan mak dia sebab mak dia yang masak kerabu tu. Dan apa yang buat saya gembira ialah bila dengar dia cakap, 

"Oh akak pregnant ye. Dah berapa bulan ni? Nanti saya cakap dengan mak ye mintak tolong dia masakkan, mesti baby happy dapat makan nanti".

Saya terharu.. Terima kasih dik. Insya-Allah baby n mama baby pun happy nanti. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *