I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, September 29, 2012

Second Pregnant Checkup (25 weeks) di Hospital Penawar


26/09/12 adalah second pregnant checkup saya di Hospital Penawar.

Sebelum tu, petangnya agak kelam kabut sikit, plannya nak keluar rumah betul-betul lepas Maghrib, so that saya jadi orang yang pertama jumpa doktor. Saya diberitahu malam yang sama ni ada 3 orang nak jumpa doktor jadi saya taknaklah menunggu lama-lama kan.

Tapi disebabkan dah kelam kabut tu (ada hal yang tak dapat dielakkan), pukul 7.45 pm baru saya keluar rumah dan sampai di hospital pukul 8.05pm. Bila check dengan nurse, haihhh...saya lah orang yang ketiga jumpa doktor. Sabar jelah, lama tu nak menunggu.

Pukul 8.20 pm, saya nampak doktor sampai. Saya buat tak tahu jelah, sebab yelah turn saya kan lambat lagi.

Tup-tup nurse panggil nama saya, katanya saya masuk jumpa doktor dulu sebab saya yang first buat appointment petang tadinya. Ohhhhhhhhh...lega sungguh hati saya, dan lepas tu nurse terus panggil nama saya masuk bilik doktor. Saya berjalan dengan penuh semangat, sampai doktor cakap,

"Wah, cergas ye awak malam ni. Nampak bertenaga".

"Err..yeke doktor? Saya cergas sebab excited dapat masuk jumpa doktor dulu".

Semua orang ketawa - doktor, nurse dan saya sendiri. Haihhh...malulah pulak.

Kali ini sesi checkup berjalan seperti biasa. Test urine okay, no sugar no albumin. Berat saya naik 1.3 kg berbanding first checkup dulu. Doktor cakap kenaikan yang normal ialah 0.5 kg / week, means sebulan naik 2kg adalah ok. Kalau 1.3 kg tu kira macam rendah sikit tapi doktor cakap fizikal saya memang dah kecik jadi 1.3 kg tu kira oklah.

Selepas doktor dapatkan beberapa maklumat asas iaitu seperti ada demam atau apa-apa penyakit tak selepas dari first checkup tu, makan ok atau tak, perut rasa macamana, saya terus disuruh baring untuk scan.

Doktor scan baby saya dan confirmkan jantina baby. Actually masa first check up dulu, doktor dah cakap dah, tapi saya nak doktor confirmkan lagi kali ini, sebab saya plan bulan depan nak start shopping barang baby. So, jantina dah confirm. Alhamdullillah... Saya happy sangat... Mama rasa tak sabar nak peluk cium baby... ^_^

Perkara penting yang doktor highlight kali ini ialah berkenaan kepala dan jantung baby.

Saya diberitahu bahawa di bahagian kepala baby, yang perlu ditekankan adalah saiz kepala baby. Doktor tunjukkan kepada saya bahawa saiz kepala baby normal, ada garisan hitam di tengah - itu menunjukkan pembahagian sekata otak kiri dan otak kanan, kandungan air juga adalah normal. Alhamdulillah.

Keduanya berkenaan jantung baby. Doktor beritahu apabila scan, kita bukan sekadar nak tengok dan dengar degupan jantung baby saja, yang penting ialah kita nak tengok struktur jantung itu sendiri. Doktor zoom dan tunjukkan kepada saya yang ada 4 injap jantung dan semuanya normal, insya-Allah tiada masalah berkaitan jantung. Alhamdulillah.

Selain itu, doktor buat scan macam biasalah. Perkembangan baby setara dengan 24-25 minggu. Membesar dengan baik. Sekarang berat baby 785 g. Alhamdulillah.

Kali ini saya bertanya doktor tentang pengambilan spirulina ketika hamil. Dipendekkan cerita, doktor advise saya tak perlu ambil spirulina, katanya cukuplah dengan Neurogain, Ferrous Fumarate dan pil kalsium yang memang saya tengah ambil sekarang ini. Jadinya, saya pun ikutlah cakap doktor.

EDD saya ialah 11 January 2013. Doktor beritahu saya boleh bersalin bila-bila masa, bermula 37 minggu ke atas. Pada masa ini dipanggil "term" atau cukup bulan. Kalau lahir kurang daripada 37 minggu maksudnya tak cukup bulan. Jadi kalau macam ni, start akhir bulan 12 nanti saya dah kena bersedia dah. Kalau ikut masa lahirkan Haziq dulu, saya bersalin masa kandungan berusia 39 weeks. Hanya cepat 2 hari daripada tarikh jangkaan doktor.

Yang paling best, doktor cakap yang penting banyakkan berdoa dan amalkan surah-surah tertentu dalam Al-Quran supaya dipermudahkan segala urusan semasa hamil dan bersalin nanti. Sejuk hati saya mendengarnya. Thanks doctor.

Masa nak balik, nurse bagi lagi goodie bag. Haih, dah penuh dah rumah saya dengan macam-macam jenis goodie bag.

Dapat pampers brand Baby Love, Drypers dan Mamy Poko. Lain-lain tu macam biasalah.

Saya ada banyak sampel susu Friso Mum, Enfalac dan Anmum. Tak tau nak buat apa dengan semua sampel ni sebab saya minum susu Mamil Mama je. Kalau ada siapa-siapa yang nak, send e-mail to me ya? Sampel boleh dipos, cuma tolong bayar duit setem dan envelope je. ^_^

4 comments:

mummy eira said...

hai,...u da booking ker untuk pakej bersalin tu? sebab eira pun plan nak deliver kat sane.n how much they charge for routine antenatal check up?i tgk pamplet macam rm100 tp i kene more than that including scan etc.harap u dont mind to share :)

mummy eira said...

hai,..berapa charge dikenakan utk check up antenatal kat penawar n u da register ker utk bersalin di sane

mummy eira said...

hai,...u da booking ker untuk pakej bersalin tu? sebab eira pun plan nak deliver kat sane.n how much they charge for routine antenatal check up?i tgk pamplet macam rm100 tp i kene more than that including scan etc.harap u dont mind to share :)

Uni said...

Hai mummy eira, refer to my reply below ye :

1) Saya takde booking untuk pakej bersalin di Hospital Penawar sebab saya memang dah plan nak bersalin di HSI je sebab dekat dengan rumah mak. Lepas bersalin, terus balik berpantang kat rumah mak. Setahu saya harga pakej bersalin normal kat sana RM1990, tapi ini belum termasuk lain-lain sekiranya ade guna vacuum atau forsep. Kalau czer, of course lain pulak harganya.

2) Yang routine antenatal check up tu, breakdown charges nye macam ni :
Doc consultation = RM60
Doc procedure = RM30
Ultrasound = RM25
Gambar ultrasound = RM11 (kalau taknak print, so takyah bayar RM11 tu)
Cek urine = RM7

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *