I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, September 6, 2012

Meja Jepun Kami

Antara keperluan yang mesti ada di rumah saya adalah meja jepun, ataupun dipanggil meja lipat. Pada saya, meja lipat ini banyak kegunaannya. Semua bermula di rumah arwah nenek saya. Di rumah arwah, kalau time makan, selalunya orang dewasa akan makan kat meja makan, yang budak-budak termasuk saya ini akan makan kat depan tv kat meja jepun ni.

Mula-mula, ambil nasi dan lauk kat meja makan. Pastu semua berkejar ke meja jepun, nak booking tempat strategik mengadap tv, sapa lambat memang kesianlah sebab kena duduk membelakangkan tv. Seronok betul bila teringat zaman kecil bersama sepupu sepapat. Tapi sekarang ni semua dah besar panjang dah. Dah ada yang beranak pinak pun. Silap-silap kalau berebut tempat kat meja jepun, yang title "ibu-ibu" ni je lah yang dapat tempat sebab booking dengan anak sekali. Yang belum kawin konfem tak dapat tempat. Hahahaha....

Apabila arwah nenek saya meninggal dunia, keluarga saya pulak meneruskan tradisi meja jepun ni. Pastinya lokasi strategik ialah kat depan tv. Rasanya dah 2-3 kali bertukar meja jepun sebab dah season sangat. Kitorang pun kalau makan lebih suka makan kat meja jepun tu berbanding makan kat meja makan. Terasa lebih feeling nak makan. ^_^

Dan sekarang, apabila saya dah berkahwin dan berpindah ke rumah sewa (ye, saya belum beli rumah lagi), memang dah set kat kepala ni yang saya mesti beli meja jepun juga. Puas saya cari kat Tesco, Giant, Jusco, 2N Shop, kedai serbaneka, kedai hardware, tapi takde satu pon yang saya berkenan. Ya saya akui, adakalanya saya MEMANG AMAT CEREWET. Hahahaha...Well, that's the cutest side of me. ^_^

Baru-baru ini saya pergi ke Chan Furniture. Kat sana takde jual meja jepun, tapi ada jual coffee table. Harga pulak dalam RM399. Mmm... coffee table tu pun termasuk dalam senarai barang untuk dibeli, tapi belumlah begitu terdesak nak beli. Lagipun saya bajet bawah RM100 je untuk meja jepun, takkanlah nak spend sampai RM400 pulak kan. Out of budget gitu.

Lepas tu saya pegi pulak kat satu kedai perabot ni. Disebabkan malas nak pusing satu kedai tu, saya terus tanye direct, ada jual meja jepun tak? Terus tokey yang jual tu cakap ada. Dia cakap ada 2 jenis, yang biasa RM48, yang besar sikit RM68. Saya cakap nak tengokla rupa parasnya. Yang kecil tu biasa jelah, sekali tengok sebijik macam yang kat rumah mak saya punya, tapi yang besar sikit tu, skali tengok terus tersuka lah pulak. Terus saya mintak tokey tu bukak bungkusan tu sebab saya nak belek setiap inci meja jepun tu.

Belek punya belek, sah, memang saya suka meja ni. Terus cakap dengan my hubby yang saya nak meja jepun ni, dan my hubby pon taulah apa die kena buat (Kena nego dulu! Hahaaha..... harga RM68 pon nak nego lagi ker? Sebagai pembeli, nego tetap nego kan?)

Nego punye nego, akhirnya kitorang beli meja jepun tu dengan harga RM50 sahaja hoccayyy. Dahsyat betul suami saya bab tawar menawar ni, saya akui die lagi pandai dari saya. Hahahahaha....

Ini die rupa meja jepun kami ^_^  Cantik tak? (Cantik kan?)

Saya tak tau apa jenis permukaan meja ini. Yang penting bukan kayu dan tak cepat rosak dek air.


Permukaan bawah - kaki meja diperbuat daripada kayu. So pastinya tiada karat marat yer.


Di sinilah kami beli meja jepun kami. Nampak biasa je dari luar, tapi bila dah masuk ke dalam & naik tingkat 1, mak ai penuh barang!!! Saya dah terberkenan kat meja solek dan coffee table kat sini. Harga pulak dah nego baik punye (thanks to my Abg). Next time leh datang sini lagi. Hehehe..

Yang pastinya, saya sangat puas hati dengan meja jepun ini. :)

3 comments:

an!em said...

kat mane yer kedai perabot nih ?? sedang mencari meja jeupn jugak ntk stdy n mkn2... hehehe

Nick said...

nak jugak, boleh bagi full address tak? hehehehe

Uni said...

Hai. Kedai ni kat area seri alam, masai, johor.
Tau tak area maybank, cimb n bank rakyat masai? Kedai perabot ni kat lokasi situ.
Kalau tak jumpa cari, bagitau eh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *