I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, September 25, 2012

How Fast or How Well?


"People forget how fast you did a job, but they remember how well you did it".
- Howard W Newton-

Saya terjumpa kata-kata ini semasa sedang menyelak daily planner saya.

Saya terhenti dan berfikir seketika akan maksud kata-kata ini, simple tetapi agak dalam maknanya.

Seringkali dalam urusan seharian kita, semua benda kita ingin lakukan dengan cepat, buat homework nak cepat siap, buat assignment nak cepat siap (kadang-kadang copy n paste sahaja), buat tutorial nak cepat siap dan buat kerja-kerja di pejabat juga nak cepat siap. Kenapa?

Sebab hidup kita ini dipenuhi dengan pelbagai komitmen dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi 24 jam sehari dan kerana itulah kita melakukan sesuatu kerja dengan secepat yang mungkin.

Tapi, pernahkah kita terfikir, apabila kita melakukan sesuatu kerja dengan cepat, ada masanya kita cenderung untuk melakukan beberapa kesilapan. Contohnya, kesilapan ejaan, perkataan, penyampaian yang tidak menarik dan paling teruk sekali ialah tidak menepati piawaian atau standard yang telah ditetapkan. Haru sungguh! Terpaksalah mengulangi membuat kerja yang sama untuk kali kedua. Buang masa kan?

Dan yang lebih haru lagi, guru, pensyarah atau majikan akan beranggapan bahawa kita adalah seorang yang cuai dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Huhuhu...

Jadi bagaimana caranya untuk membuat sesuatu tugas dengan cepat siap, baik dan lengkap? ^_^

1 - Fahami sesuatu tugasan. Tanyalah guru / pensyarah / majikan / sesiapa yang berkenaan supaya anda faham apa yang dikehendaki di akhir tugasan tersebut.

2 - Ketahui rangka masa yang telah ditetapkan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. 3 hari? 1 minggu? 1 bulan?

3 - Senaraikan aktiviti-aktiviti kecil yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan tersebut. Contoh :
     i) Membuat rujukan di perpustakan - 3 hari
     ii) Membuat rujukan di internet - 2 hari
     iii) Perbincangan berkumpulan - 2 hari
     iv) Draf laporan - 3 hari
     v) Penulisan laporan - 2 hari
     vi) Semakan laporan - 2 hari
     vii) Pembetulan dan semakan semula laporan - 1 hari
     viii) Hantar tugasan

     Lihat, di atas adalah contoh untuk menyiapkan tugasan. Masa yang diperlukan adalah 3 minggu. Saya pasti kini anda semua telah mendapat sedikit idea yang boleh digunakan untuk merancang aktiviti-aktiviti kecil anda.

4 - Lakukan aktiviti seperti yang dirancang.

5 - Hantar laporan / tugasan pada tarikh yang telah ditetapkan.

Jadi, apakah kata kunci untuk menyiapkan sesuatu kerja dengan cepat, baik, lengkap dan memenuhi piawaian yang ditetapkan?

#1
PDCA
Plan, Do, Check, Act
Plan Your Work
Do Your Work
Check Your Work
Act on it!

#2 - Fokus & Sihat
Fokus pada kerja dan jaga kesihatan diri. Kalau demam, macamana nak buat kerja dengan baik kan?

#3 - Practice makes perfect
Jangan jemu dengan kegagalan. Ia sebenarnya menjadikan anda lebih dekat dengan KEJAYAAN!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *