I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, September 25, 2012

Edisi Mengidam : Aiskrim Coklat & Vitagen

Kejap tadi, masa tengah dinner, tiba-tiba saya terasa sangat nak makan aiskrim coklat. Terasa sangat aiskrim tu cair di dalam mulut saya ni. Terus cakap dengan my hubby :

"Abg, nanti tolong belikan aiskrim coklat eh. Rasa nak makanlah. Nak brand Walls tau, yang bekasnya warna kuning. Pastu nak vitagen jugak. Kalau boleh nak vitagen putih eh.."

"OK.."

"Tapi nak malam ni tau. Rasa nak makan malam ni jugak. Lepas dinner Abg tolong keluar pegi beli eh.."

"Oh?" 

(Hahaha....dalam hati saya tahan gelak, mesti suami saya bajet saya nak makan tu esok lusa, bukan malam ni).

"Tolong ye Abg belikan, nak brand Walls tau, taknak Nestle, sebab yang Nestle punya tu pekat dan manis sangat. Jangan beli yang jenis neopolitan ada vanilla & strawberry tu. Yang tu sikit sangat coklatnya."

"Ye ok. Nanti Abg belikan ye.."

"Thanks Abg.." Mmuahhh... mmuahh..

Lepas je abis dinner dalam kul 8.15 pm gitu, suami saya terus keluar pegi beli. Tunggu punya tunggu, pukul 9.00 pm baru dia sampai rumah. Lambatnya! Huhuhu...

"Lambatnya Abg? Aiskrimnye takde ye?"

"Ada ni. Tapi brand Nestle lah.. Abg pegi berapa kedai entah tadi, nak cari brand Walls, tapi takde. Banyak kedai jual brand Magnolia. Last-last Abg pegi beli kat kedai roti & kek tu, tapi brand Nestle lah. Boleh ye?"

(Terharu nya.... suami pergi cari merata tempat...)

"Ok boleh. Nestle pon Nestle lah. Asalkan aiskrim coklat. Heee bestnya. Vitagen nya ada tak?"

"Ada ni. Haa ni Abg beli yang aiskrim dalam bekas kecik ni. Makan yang ni dululah. Aiskrim Nestle jugak ni...Yang ni pulak bekas besar. Boleh makan nanti..."

"Oh yeke? Ok boleh jugak.. Thanks Abg... Eiii bestnya dapat makan aiskrim. Yang Vitagen tu nanti minum.."

Lepas tu suami saya terus simpan semua barang-barang tu dalam peti sejuk.

Dan saya terus makan aiskrim tu dengan penuh nikmat.

Mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..... so yummy..!! ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *