I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, September 28, 2012

Antenatal Class di Johor Specialist Hospital

Pic taken from HERE

Saya baru sahaja menghadiri Antenatal Class yang dianjurkan oleh Johor Specialist Hospital pada hari Sabtu yang lepas (22 September 2012). Walaupun ini kehamilan kali kedua, saya tetap teruja untuk menghadiri kelas antenatal, ini kerana, pengalaman pertama saya menghadiri kelas antenatal di Hospital Penawar dulu tidak begitu memuaskan hati. Takpelah, past is past.

Yuran pendaftaran untuk kelas ini ialah RM32 / couple dan dijelaskan pada hari tersebut. Untuk makluman, saya telah pun membuat reservation untuk kelas ini di mana saya telah menghubungi pihak hospital sebelum cuti hari raya lagi. Nama pun excited kan, haruslah booking awal-awal, tak gitu?

Saya dan suami sampai di sana dalam pukul 1.45 pm. Sampai-sampai je kami terus booking tempat duduk yang strategik, haruslah duduk depan-depan sikit almaklumlah kelas berbayar ni, mesti nak grab semua maklumat kan. Lepas dah booking tempat, kami pergi sembahyang Zohor di Tingkat 1, suraunya sebelah Restoran Marrybrown. Surau bersih dan selesa. Alhamdullillah.

Kami masuk semula ke dewan dalam pukul 2.10 pm. Tengok-tengok, tak ramai orang pun. Tunggu punya tunggu, pukul 2.30 pm kelas bermula. Masa tu peserta pun dah ramai dah. Keadaan dewan tu pada saya, amatlah panas macam langsung tak rasa aircond. Tapi saya maintain, takdelah sampai berpeluh mencurah-curah.

Ini ringkasan topik-topik yang diterangkan dalam kelas tersebut :

1) Type of Delivery
- Tanda-tanda awal bersalin dari bukaan 0 cm hingga ke 10 cm. Kenapa 10 cm? Ada diterangkan dalam kelas ini.
- Kenapa ada Braxton Hicks? Apa tujuannya?
- Apakah tanda-tanda bersalin yang bahaya?
- Contraction Stage 2 dan Stage 3 : bila masa kena push dan bila masa jangan push
- Perlu episiotomi atau tidak?
- After birth pain (lepas bersalin ingatkan dah selesai, rupanya ada sakit lagi)
- Alat bantu bersalin : Forseps dan vakum
- Bersalin normal dan czer
- Nak bersalin normal tapi akhirnya kena czer : Apa penyebabnya?


2) Pain Relief in Labour
- Apa beza pain dan contraction?
- Apa penyebab pain dan apa penyebab contraction?
- Sedatives dan analgesic
- Entonox, epidural dan kos

Pada pendapat saya, topik 1 dan 2 SANGAT BEST DAN SANGAT BERGUNA untuk saya.


3) Nutrition During Pregnancy
- Makan ikut piramid makanan
- Senang cakap, topik ini biasa-biasa jelah. Boring sebab kebanyakannya saya dah tau daripada pembacaan dan search kat internet.


4) Preparation for Delivery
- Apa barang nak bawa ke hospital masa bersalin?
- Persiapan untuk ibu, baby yang akan lahir, termasuk juga bapa
- Keluarga dan rakan-rakan
- Topik ini pun biasa-biasa jelah. Mungkin sebab saya dah ada pengalaman bersalin. Tapi bagi mereka yang baru first time nak bersalin, topik ni sangat berguna tau.


5) Antenatal Exercise
- Ini merupakan topik yang paling saya tunggu-tunggu selepas topik 1 dan 2 tadi.
- Masalahnya, nurse yang buat penerangan tu hanya baca saja teknik nak buat exercise tu, bajet kita boleh baca nota dan exercise sendiri. Hellooo... saya bayar RM32 untuk both theory and practical, tapi end up kena baca nota je. Sabar jelah.
- Saya ingat kami semua para peserta berpeluang buat exercise tu, apa taknya exercise tu penting mase kat labour room nanti masa contraction tu. Tapi apa nak buat, dah nurse tu tak tunjukkan, terpaksalah baca dan buat sendiri.


6) Care of newborn
- Ada demonstrasi cara mandikan dan siapkan baby (guna patung).
- Topik ini pun biasa-biasa saja sebab saya dah ada pengalaman.


7) Feeding your baby
- Ini pun antara topik best. Nurse yang bagi penerangan tu memang terangkan dengan penuh details dan bersemangat. Sangat-sangat berguna untuk saya yang dulu hanya mampu breastfeed anak sehingga umur 2 bulan sahaja (sebab sakit nipple + tiada ilmu tentang breastfeed + macam-macam masalah negara pada masa tu).
- Saya makin teruja nak fully BF my second baby nanti. Semoga Allah permudahkan keinginan saya ini. Amin.


8) Vaccine / Immunization
- Suntikan yang perlu untuk anak dari lahir hingga umur 2 tahun.


9) Visit to delivery Suite dan Nursery
- Kami semua dibawa melawat ke Premier Ward Tingkat 7. Katanya ini wad bersalin yang baru. Fuh, memang canggih, memang best, memang cantik! Setiap bilik harganya berbeza-beza. Walaupun sedap mata memandang, rasanya saya tetap nak bersalin kat HSI je sebab dekat dengan rumah dan dekat dengan tempat kerja. Wad pun open jer, kalau kat JSH ni, rasa macam jauh je dengan nurse, takutlah pulak. Hahahaha...


Kelas ini berakhir lebih kurang pukul 6.40 pm. Ini pula antara goodie bags dan barangan yang saya dapat semasa kelas tersebut :
Goodie bag from Johor Specialist Hospital
Ada nota, pamplets from Nurture House, 2 biji muffin coklat (kami tak makan sebab manis + tak sedap), 2 peket sandwic telur dan 2 kotak air soya (yang ini kami makan abis licin)
Goodie bag from Baiboo. Hari tu dah dapat beg yang sama mase check up pregnant kat Penawar.
Ada minuman, botol kecil Neurogain, Sudocream nappy rash cream, pampers MamyPoko, softener Comfort, baucer Mom's Care dan macam-macam lagilah

Goodie bag from Stem Cell. So-called penaja pada hari itu. Banyak maklumat baru yang saya dapat tahu tentang stem cell ini. Nanti saya cerita di lain entry ya.

Dapat 2 sticker kereta, 2 pcs hp charm dan nota/profile tentang Stem Life. Bila lama-lama tengok gambar baby yang ada rama-rama kat hidung dia ni, kepala saya rasa pening dan hidung rasa gatal. Apsal entah...

Itulah dia pengetahuan dan pengalaman yang telah saya perolehi semasa menghadiri antenatal class tempohari. Pastinya lepas ini saya lebih rajin berexercise dan berlatih teknik pernafasan untuk bersalin nanti. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin...

2 comments:

andrainwillfall said...

salam tuan umah.. maaf ye..saya taktau nama :) sayaa nak tanye lah.. recommended dh pregnant berapa minggu ye sesuai utk ke antenatal class? sy 1st time pregnant. skang kandungan dah masuk 22 weeks. :)

salam perkenalan.

Uni said...

Salam perkenalan juga. Saya Uni. :)

Pada pendapat saya, apabila usia kandungan dah masuk 12 minggu dan ke atas, bolehlah mula mendaftar untuk kelas antenatal.

Paling saya tak rekemen, apabila kandungan dah besar/sarat. Reason, selalunya kelas antenatal akan ambil masa 3-4 jam dan mungkin lebih. Jadi bila perut dah besar, kita pun tak rasa selesa nak duduk je kat kerusi lama-lama kan. Nanti tak boleh nak concentrate pada topik yang diajar. Lagi satu, selepas kelas selalunya nurse akan bawa kita melawat wad-wad yang ada di hospital tu, memang kena banyak berjalan lah.

Jadi sebaiknya-baiknya, pergi ke kelas antenatal dalam keadaan badan anda fit dan tidak cepat mengah/letih. Dah pregnant berapa minggu tu tak kisah, terpulang kepada diri masing-masing. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *