I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, August 10, 2012

Gastrik, Cherry Berry dan Sembelit

Hari ini ia terjadi lagi. Ya, sembelit. Berpeluh-peluh saya di bilik air menghadapi "fenomena yang sungguh luar biasa" ini. Cukup 2 kali, perut terasa lega, tapi lepas tu bersambung dengan cherry berry pulak. Haih...maksudnya 3 kali lagi saya "berjoget" di bilik air. Seksa sungguh rasanya apabila perut tidak selesa, kan?

Antara penyakit berkaitan perut yang saya cukup takuti ialah gastrik dan cherry berry, dan kedua-duanya boleh dikatakan kerap juga saya alami. Kalau saya tak jaga makan, ataupun makan yang pedas-pedas sangat, maka confirmlah gastrik lepas tu dan juga kalau saya dalam tekanan yang amat sangat, maka gastrik la jugak.

Bila dah gastrik, saya memang takut. Sebab apa, kalau masa tu sakit di rumah, saya boleh terus capai ubat dan rehat. Tapi kalau gastrik kat ofis atau tengah jalan-jalan ke apa, memang tak tahanlah, silap-silap boleh berguling saya kat lantai dan terus tak boleh buat satu kerja pun. 

Tapi sebenarnya, gastrik ni boleh dicegah. Jaga pemakanan dan sentiasa bertenang dalam apa jua keadaan supaya tak stress. Itulah yang saya sedang cuba amalkan sekarang ini. Betapa nikmatnya kesihatan ini, saya tak nak sakit. huhuhu...

Cherry berry pun satu masalah jugak. Mungkin saya ni jenis orang yang berperut sensitif agaknya, kalau tersalah makan sikit, habislah. Bulan puasa ni je, rasanya dah 3-4 kali saya cherry berry. Selalunya lepas makan ubat, terus ok. Tapi kadang-kadang sampai muntah pun ada. Kalau macam tu, memang harulah jawabnya. 

Oleh sebab itulah, saya agak cerewet sikit kalau nak membeli juadah di bazar Ramadhan, selalunya beli juadah yang simple-simple sahaja, taknak yang bersantan atau yang berempah sangat. Selalunya beli nasi ayam sahaja (ini kes tak sempat masak kat rumah / kadang-kadang malas nak masak). Bukan apa, pada pendapat saya, kebanyakan peniaga di bazar Ramadhan ini memasak dan menyediakan makanan pada waktu yang lebih awal, mungkin tengahari atau pagi, sedangkan kita nak makan makanan tu dalam pukul 7 lebih ikut waktu berbuka puasa. Kebarangkalian makanan "rosak" adalah lebih tinggi, tapi kalau jenis yang berperut kebal, memang takde masalah. Tapi kalau macam saya ni, kene cukup berhati-hati.

Yang ini pulak tiada kaitan dengan puasa, cuma kali ini secara kebetulannya ia berlaku di bulan puasa - sembelit. Alhamdulillah, kandungan saya sekarang sudah berusia 4 bulan. Kejap je kan? Hehehe... Saya sudah memulakan pemeriksaan bulanan di klinik dan dan ada buku merah pun (Buku? Rasanya kad saja) dan juga dibekalkan dengan beberapa vitamin untuk ibu hamil seperti Calcium, Ferrous Fumarate dan Neurogain. Saya ambil kesemuanya mengikut masa yang telah ditetapkan tapi kadang-kadang ada juga terlupa nak ambil. Huhuhu...Cian baby Mama....

Tapi kali ini, masalah sembelit saya boleh dikatakan teruk berbanding kehamilan pertama sehingga saya perlu meminta doktor memberi saya ubat untuk mengatasi masalah ini. Doktor bagi saya Lactulose. Jangan salah faham, ubat ini bukannya berfungsi dengan cara apabila dimakan, terus rasa nak ke tandas, tapi lebih kepada melembutkan stool supaya senang untuk kita membuangnya. Percaya atau tidak, semasa tengah hamil ini, saya pernah 5 hari tidak buang air besar!!! Lepas makan Lactulose, baru terasa normal kembali hidupku ini.

ME : Berazam nak jadi lebih sihat hari demi hari...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *