I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, August 29, 2012

Wordless Wednesday #5 (Haziq 2 yrs)


Friday, August 24, 2012

8 Tahun Sudah Berlalu

Hari ini genap 8 tahun Arwah Che' meninggal dunia, meninggalkan saya yang amat menyayanginya dan pergi menghadap Pencipta-Nya.

Sebagai tanda cinta dan sayang yang tidak pernah padam, saya telah menyedekahkan bacaan Al-Fatihah 3 kali kepadanya pada hari ini, dengan harapan moga pahala ini akan sampai kepadanya. Insya-Allah.

Saya terfikir-fikir untuk mengadakan bacaan Yassin dan tahlil ringkas untuk arwah tetapi belum pasti bilakah masanya yang sesuai.

Tapi Insya-Allah akan saya usahakan untuk melakukannya sebelum hari terakhir bulan Syawal ini.

Moga dipermudahkan. Amin...

Che'.... Uni rindu sangat kat Che'....

Wednesday, August 15, 2012

Happy Birthday to Ahmad Haziq Hafiz (2 years) 15-Aug-2012

Ahmad Haziq Hafiz

Date of Birth : 15 August 2010

Time : 3.34 am

HSI, JB

Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Haziq Sayang,
Happy Birthday to you....... Fuuuuuuuuuu (tiup lilin sampai padam) *Clap*Clap*Clap*

Pejam celik pejam celik hari ini Haziq dah berusia genap 2 tahun,
Cepat sungguh masa berlalu sayang,
Mama sentiasa rindukan setiap detik bersama Haziq,
Sentiasa teringat-ingat walau di mana jua Mama berada.

Kenapa Mama teringat-ingat?
Sebab Haziq dah pandai cakap "Sayang Mama" dan dakap Mama dan siap tepuk-tepuk belakang Mama,
Sebab Haziq dah pandai kiss tangan Mama, pipi Mama, dahi Mama,
Dan setiap ciuman dan pelukan Haziq buat Mama rasa begitu bahagia,
Sebab Haziq dah pandai cakap "Ayu...Mi" kat Mama, maknanya "I Love You, You Love Me" versi Haziq sendiri,
Sebab Haziq suka peluk Mama dari belakang,
Sebab Haziq suka senyum setiap masa,
Sebab Haziq dah start nak bercakap macam orang dewasa,
Sebab Haziq pandai kerut-kerut muka dan buat-buat mengeluh bila Mama tak tak faham apa Haziq cakap,
Sebab Haziq sentiasa tanya apa Mama buat,
Kerana itulah Mama sentiasa teringat-ingat dan tak pernah lupa...

Setiap hari yang Mama lalui, Mama jadi lebih bersemangat kerana Haziq,
Sebagai seorang insan biasa, dulu Mama mudah give up bila berdepan kesukaran hidup,
Tapi sejak Allah kurniakan Haziq dalam hidup Mama, Mama tak tau mana pergi dah rasa give up tu, seolah-olah dah hilang dari hidup Mama,
Yang ada kini adalah semangat juang yang sentiasa membara dalam hati dan jiwa Mama,
Semangat untuk memberikan segala yang terbaik untuk Haziq dunia dan akhirat,
Semangat untuk terus bangkit sekiranya rebah,
Semangat untuk terus menyintai dan menyayangi Haziq sampai bila-bila....

Haziq, terima kasih sayang kerana hadir dalam hidup Mama,
Dan buat Mama sentiasa tersenyum setiap hari,
Terima kasih kerana beri Mama kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang,
Mama sayang Haziq... Sayang sangat....

Selamat Hari Jadi Haziq sayang,
Semoga Allah memanjangkan umurmu, merahmatimu dan mengurniakan segala yang terbaik di dunia dan di akhirat untukmu sayang...

Love you so much Haziq sayang,

From,
Mama

Friday, August 10, 2012

Gastrik, Cherry Berry dan Sembelit

Hari ini ia terjadi lagi. Ya, sembelit. Berpeluh-peluh saya di bilik air menghadapi "fenomena yang sungguh luar biasa" ini. Cukup 2 kali, perut terasa lega, tapi lepas tu bersambung dengan cherry berry pulak. Haih...maksudnya 3 kali lagi saya "berjoget" di bilik air. Seksa sungguh rasanya apabila perut tidak selesa, kan?

Antara penyakit berkaitan perut yang saya cukup takuti ialah gastrik dan cherry berry, dan kedua-duanya boleh dikatakan kerap juga saya alami. Kalau saya tak jaga makan, ataupun makan yang pedas-pedas sangat, maka confirmlah gastrik lepas tu dan juga kalau saya dalam tekanan yang amat sangat, maka gastrik la jugak.

Bila dah gastrik, saya memang takut. Sebab apa, kalau masa tu sakit di rumah, saya boleh terus capai ubat dan rehat. Tapi kalau gastrik kat ofis atau tengah jalan-jalan ke apa, memang tak tahanlah, silap-silap boleh berguling saya kat lantai dan terus tak boleh buat satu kerja pun. 

Tapi sebenarnya, gastrik ni boleh dicegah. Jaga pemakanan dan sentiasa bertenang dalam apa jua keadaan supaya tak stress. Itulah yang saya sedang cuba amalkan sekarang ini. Betapa nikmatnya kesihatan ini, saya tak nak sakit. huhuhu...

Cherry berry pun satu masalah jugak. Mungkin saya ni jenis orang yang berperut sensitif agaknya, kalau tersalah makan sikit, habislah. Bulan puasa ni je, rasanya dah 3-4 kali saya cherry berry. Selalunya lepas makan ubat, terus ok. Tapi kadang-kadang sampai muntah pun ada. Kalau macam tu, memang harulah jawabnya. 

Oleh sebab itulah, saya agak cerewet sikit kalau nak membeli juadah di bazar Ramadhan, selalunya beli juadah yang simple-simple sahaja, taknak yang bersantan atau yang berempah sangat. Selalunya beli nasi ayam sahaja (ini kes tak sempat masak kat rumah / kadang-kadang malas nak masak). Bukan apa, pada pendapat saya, kebanyakan peniaga di bazar Ramadhan ini memasak dan menyediakan makanan pada waktu yang lebih awal, mungkin tengahari atau pagi, sedangkan kita nak makan makanan tu dalam pukul 7 lebih ikut waktu berbuka puasa. Kebarangkalian makanan "rosak" adalah lebih tinggi, tapi kalau jenis yang berperut kebal, memang takde masalah. Tapi kalau macam saya ni, kene cukup berhati-hati.

Yang ini pulak tiada kaitan dengan puasa, cuma kali ini secara kebetulannya ia berlaku di bulan puasa - sembelit. Alhamdulillah, kandungan saya sekarang sudah berusia 4 bulan. Kejap je kan? Hehehe... Saya sudah memulakan pemeriksaan bulanan di klinik dan dan ada buku merah pun (Buku? Rasanya kad saja) dan juga dibekalkan dengan beberapa vitamin untuk ibu hamil seperti Calcium, Ferrous Fumarate dan Neurogain. Saya ambil kesemuanya mengikut masa yang telah ditetapkan tapi kadang-kadang ada juga terlupa nak ambil. Huhuhu...Cian baby Mama....

Tapi kali ini, masalah sembelit saya boleh dikatakan teruk berbanding kehamilan pertama sehingga saya perlu meminta doktor memberi saya ubat untuk mengatasi masalah ini. Doktor bagi saya Lactulose. Jangan salah faham, ubat ini bukannya berfungsi dengan cara apabila dimakan, terus rasa nak ke tandas, tapi lebih kepada melembutkan stool supaya senang untuk kita membuangnya. Percaya atau tidak, semasa tengah hamil ini, saya pernah 5 hari tidak buang air besar!!! Lepas makan Lactulose, baru terasa normal kembali hidupku ini.

ME : Berazam nak jadi lebih sihat hari demi hari...


Thursday, August 2, 2012

Sibuk

Dah 2 bulan lebih lamanya saya tak berblogging. Satu tempoh yang agak lama juga saya rasakan. Alasan standard --> SIBUK!! Mmm..kadang-kadang rasa malu nak cakap sibuk, sedangkan setiap orang dikurniakan jumlah masa yang sama iaitu 24 jam sehari tetapi masih boleh mengatur kehidupan masing-masing dengan sebaik mungkin.

Kadang-kadang timbul persoalan di hati saya, macamana seorang ibu muda yang berkerjaya yang punya anak kecil dan tiada maid, tapi masih boleh menguruskan hal rumahtangga dan juga melakukan apa yang dia gemari pada satu masa yang sama? Sungguh, saya tidak punya jawapan pasti. Agak saya, mesti diorang ni ada smart phone yang sentiasa ada akses ke internet, sebab itulah boleh berFB, berTwitter, berblogging, beronline business bagai. Mmmm.. betulkah begitu?


ME : I want to enjoy my life...in a better way...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *