I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, May 19, 2012

Masa Sesuai Untuk Mengumumkan Kehamilan

Kehamilan telah disahkan.

What's next?

Ya! Bilakah masa yang sesuai untuk mengumumkan kehamilan ini?


Mengumumkan Kehamilan Awal (5 minggu - 8 minggu)


Kelebihan :


1) Akan menerima banyak sokongan daripada mereka di sekeliling kita, contohnya ibu bapa, mertua, rakan-rakan sepejabat. Layanan terhadap ibu hamil kan sememangnya best!

2) Akan menerima banyak advice daripada mereka yang lebih berpengalaman dari segi kehamilan dan kelahiran.

3) Bos dan rakan sekerja tahu yang kita hamil, jadi kita akan mendapat sedikit kelonggaran sekiranya diperlukan untuk membuat kerja-kerja berat.


Kekurangan :

1) Kadang-kadang advice atau pesanan yang terlalu banyak memang merimaskan. Lagi-lagi kalau orang tu beranak 3 / 4 / 5 / 6, semua benda macam dia sorang jelah yang tau. Kalau kita ni yang baru first atau second time pregnant, dianggapnya macam kita ni zero knowledge pasal pregnancy. Huh...

2) Orang akan sentiasa bertanya soalan yang sama, contohnya - dah breakfast ke belum? apa, makan sikit jer, cian anak kat dalam tu.. jangan dilayan sangat loya-loya tu, badan kena kuatlah...bla bla bla...

3) Sekiranya mengalami keguguran, orang sekeliling akan beri macam-macam pandangan yang kadang kala tak membantu keadaan si ibu yang sedang bersedih.


Mengumumkan Kehamilan Lewat (12 minggu ke atas)



Kelebihan :


1) Pada masa ini, risiko mengalami keguguran semakin menurun. Kita lebih bersedia dan yakin dengan kehamilan kita sendiri.


Kekurangan :


1) Kadang-kadang, ada bos yang tak faham dan akan menyalahkan kita sebab kita tak beri masa yang cukup untuk dia mencari replacement kita semasa kita cuti bersalin nanti.

2) Apabila orang sekeliling tidak mengetahui yang kita sedang hamil, dengan selamba diorang suruh kita join telematch, sukaneka, sport's day, lompat sana lompat sini. Kita pulak serba salah nak menolak, sebab diorang tak tahu yang kita sebenarnya sedang hamil.


Pada pendapat saya, masa yang sesuai untuk mengumumkannya ialah apabila kita sudah bersedia sepenuhnya.

Bersedia daripada segi mental dan fizikal.

Bersedia dengan pelbagai reaksi yang akan diterima.

Bersedia untuk menjawab 1001 soalan standard.



ME : Saya umumkan kehamilan saya pada usia kandungan 6 minggu...

Wednesday, May 9, 2012

Kisah Urine Pregnancy Test (UPT)

Setelah dok lai li tam plom nak buat UPT ke tak sebab takut kecewa macam bulan lepas, akhirnya saya pergi beli juga UPT kit kat farmasi lepas balik keje semalam. Saya nak pastikan sama ada saya betul-betul pregnant atau tak, sebab saya dah mengalami beberapa simptom awal mengandung. Huhu..

Sampai rumah, terus ke bilik air. Tapi sebelum buat tu, saya dah cakap pada diri saya sendiri, sekiranya kali ini keputusannya negatif, JANGAN NANGIS & JANGAN NANGIS. Allah tau apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Kena banyakkan sabar.

Kalau diikutkan masa terbaik untuk buat UPT ialah pada awal pagi  kerana pada masa itu kandungan hormon HCG paling tinggi dan pekat, jadi boleh dikesan dengan lebih baik dalam urin. Tapi saya tak sabarlah nak tunggu awal pagi esok, nak buat petang tu jugak.

Bile saya letak detector tu dalam urine container, laju je benda tu jalan. Tengok-tengok -----> 1 line saja!!!

Dalam hati, "Arghhh... tak boleh jadi ni. Nak kene pegi klinik la lepas ni, amik ubat supaya datang period. Period dah lewat 8 hari, tapi tak pregnant, kenapa la pulak ni??"

Dalam pada masa saya sedang mengomel dalam hati tu, dengan tak semena-menanya, saya nampak satu line lagi muncul.

"Eh, line pregnant tu... Eh, aku pregnant ke?" (Punyelah banyak persoalan dalam hati...)

Saya cuba bertenang, dan menunggu lagi dalam lebih kurang 1 minit.

Lama-kelamaan, line yang blur tadi tu mula kelihatan dengan lebih jelas...Tak blur lagi dah... saya amik detector tu dan besarkan 2 biji mata yang comel ini sebab nak tengok betul-betul. Ini lah hasilnya :


Sah!!! Double Line! I Am Pregnant!

Tiba-tiba saya rasa sebak sangat-sangat. Yang amat sangat, tak mampu nak tahan air mata ni. Terus menangis kat bilik air tu...Saya menangis kegembiraan, bersyukur dengan apa yang saya lihat ini.

(Mula-mula tadi cakap jangan nangis kan...Tapi sekarang happy pun nangis jugak...Huhuhu...)

Selepas membersihkan apa yang patut, saya terus ambil gambar detector tu (test kit) sebab nak tunjuk pada suami yang tersayang, masa tu dia belum sampai ke rumah lagi.

Dalam kegembiraan ini, saya mengambil air sembahyang dan melakukan sujud syukur..

Diakhiri dengan doa... "Ya Allah, aku bersyukur di atas pemberian ini.. Aku bersyukur kerana Engkau mendengar dan memakbulkan doa kami suami isteri... Aku bersyukur kerana Engkau memberi aku peluang untuk merasai nikmat ini buat kali kedua. Aku pohon pada-Mu Ya Allah agar Engkau menguatkan rahimku untuk melindungi zuriat ku ini, dan kuatkanlah zuriatku ini untuk membesar dan berjuang di dalam rahimku..Lindungilah aku dan zuriatku ini agar selamat sepanjang proses kehamilan ini dan dipermudahkan urusan kelahirannya nanti...Amin Ya Rabbal 'Alamin..."

Saya memanjatkan lagi kesyukuran ini dengan membaca Al-Quran selepas itu.


ME : Indahnya... ^_^

Monday, May 7, 2012

Apakah Itu Watermark dan Kepentingannya?

Apa itu Watermark?


Watermark ialah penanda yang diletakkan pada gambar untuk menunjukkan bahawa gambar tersebut adalah gambar kepunyaan kita.


Contoh Watermark




Gambar di atas adalah gambar anak saya. Saya menggunakan url blog saya sebagai watermark. Ini menegaskan bahawa adalah gambar tersebut adalah gambar kepunyaan saya.


Kepentingan Watermark


Watermark merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk mempromosikan blog.
Selain itu watermark juga digunakan untuk melindungi gambar kita daripada disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Kedudukan Sesuai Untuk Meletakkan Watermark


Letaklah watermark di tengah-tengah gambar. Ini kerana, sekiranya watermark diletakkan di hujung gambar, misalnya di bahagian bawah gambar, gambar tersebut masih boleh di crop dan dibuang watermarknya, sekaligus orang lain boleh menggunakan gambar tersebut atau mengatakan gambar itu adalah kepunyaannya kerana tiada watermark lagi. Mmm..penat je kita ambil gambar kan...


ME : Kepada sesiapa yang buat online business, gambar korang MESTI ada watermark yer...

Pertama Kali Buat Header Blog

Yippie!!! Hari ini saya telah berjaya mencabar diri saya untuk membuat satu perkara yang selama ini saya rasa susah untuk dibuat ----> Buat Header Blog Sendiri.

Rupanya, senang saja caranya. Tak perlu susah-susah nak download atau install apa-apa software, cukup hanya dengan menggunakan Power Point, boleh je buat header blog. Hihihi..itulah belum cuba belum tahu kan?

Nak buat header, caranya lebih kurang sama macam nak buat watermark. Kalau nak lagi cantik, boleh sketch dan buat design sendiri, tapi saya takda masa lah nak buat detail macam tu. Pada saya, kalau guna gambar rasa lagi real. Betul tak? ^_^

ME : Happy mode.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *