I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, April 21, 2012

Tutorial : Cara Membasuh Tudung Awning

Hari ini saya ingin berkongsi cara-cara membasuh tudung awning. Pada masa ini, tudung awning memang popular di kalangan wanita, baik yang bekerja, belajar mahupun suri rumah. Budak-budak pun senang dipakaikan tudung awning aje.

Kenapa tudung awning ini popular? Kerana ia senang dipakai dan terus terbentuk, justeru menjimatkan masa kita berhias di depan cermin (kadang-kadang tak tengok cermin pun, terus sarung jer.. hehe..).

Tetapi kita perlu berhati-hati apabila membasuh tudung awning, kerana jika tersilap langkah, awning boleh "patah", ataupun kemek dan terlipat. Apabila awning dah rosak, maka tak cantiklah bila pakai tudung nanti. Ada masanya, masalah patah / kemek / terlipat ini boleh diatasi dengan cara menggosok menggunakan seterika yang betul-betul panas.

OK baiklah. Inilah caranya membasuh tudung awning dengan betul supaya awning terjaga rapi.


1) Perhatikan gambar di bawah. Tempat yang saya bulatkan merah itu menunjukkan kawasan yang selalunya menjadi kotor akibat peluh dan bedak kompak yang digunakan. Kadang-kadang ada yang guna brooch kecil yang dah berkarat. Karat itu akan meninggalkan kesan pada tudung kita. Kalau yang jenis kulit sensitif, boleh jadi ruam pula kat leher akibat karat ini.



2) Tuangkan satu penutup pencuci seperti gambar ini. (Saya guna dua penutup pencuci, nak tudung lebih wangi).



3) Tuangkan pencuci ke dalam baldi bersama air.



4) Basuh tudung satu persatu dengan cara mencelup tudung sehingga basah dan gosok / sental guna tangan saja (jangan guna berus) kat kawasan yang berpeluh dan kotor akibat bedak tu. Kalau ada kesan karat, kena gosok kuat sikit ye. Dah siap basuh satu tudung, asingkan, kemudian celup satu tudung lagi. Seeloknya dimulakan dengan tudung yang berwarna cerah dulu, akhir sekali baru tudung berwarna gelap.


5) Bilas semua tudung sehingga bersih.


6) Sidai tudung menggunakan penyidai khas untuk tudung.




7) Sila terbalikkan tudung apabila disidai. Jangan sidai secara terus di bawah cahaya matahari, cukup sekadar di tempat yang teduh dan berangin. Tudung kan nipis aje, pasti cepat kering.



Saya cadangkan guna pencuci TOP LIGHT pink ini apabila mencuci tudung. Harganya RM9.90 untuk 1 botol ni (1 Liter) masa saya beli kat UO. Terbaik!!!



ME : Wangi satu rumah bila guna pencuci TOP LIGHT pink. I like... :)

2 comments:

Siti Athirah Abdul Rahim said...

Salam akk. Klu awning tudung dah patah.. nak wat camne ye... ?? Trime kasih.

Nor Arina Azmi said...

Yeay, nak cuba...
Baru tahu cara sidai yang betul. Patut la awning ku patah2 belaka walaupun basuh pakai tangan.hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *