I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, April 18, 2012

Peluang Terakhir

Maaf. Saya masih lagi dalam mood berkabung. Oleh sebab itu, entry kali ini masih lagi berkaitan tentang pemergian sahabat saya ke rahmatullah.


Baru sekejap tadi saya pergi berjumpa dengan bos saya. Usai perbincangan, saya ingin katakan sesuatu padanya...

"Encik A, saya nak cakap sikit boleh tak?"

"Ya. Pasal apa?"

"Saya nak cakap terima kasih banyak-banyak kat Encik A, sebab bagi saya cuti masa 10 haribulan 2 yang lepas.."

"Mmmm??"

"Encik A bagi saya cuti hari tu. Bagi saya peluang terakhir untuk jumpa kawan saya yang sedang sakit tenat.."

"Maksud awak?"

"Kawan saya baru meninggal dunia. Dan saya dapat ziarah dia sebelum dia meninggal. Itulah kali terakhir saya dapat tengok dia. Terima kasih sebab bagi saya peluang terakhir ini.."

"Siti..."

(Bos saya panggil saya Siti).

Saya cuma tersenyum tawar, seboleh mungkin cuba menahan air mata, dan saya berjaya.

"Kawan awak yang lelaki tu kan? Bila dia meninggal?"

"Ya. Isnin lepas, 16 haribulan 4.."

"Sabarlah ye. Semua ini ketentuan Allah yang terbaik untuk dia..."

Saya angguk dan senyum lagi. Dalam hati "Terima kasih kerana memahami..."

Saya bingkas bangun dari kerusi dengan ucapan terima kasih sekali lagi untuk bos saya. Saya tidak mengharap apa-apa daripada beliau, kerana saya tahu yang beliau tahu bahawa beliau telah mengambil tindakan yang betul atas kapasiti sebagai seorang ketua dan juga sebagai seorang insan... iaitu memberi saya pelepasan cuti pada masa itu untuk menziarahi kawan yang sedang sakit tenat.

Peluang terakhir... apa pun ini semua atas izin Allah s.w.t.


ME : Jangan biar orang lain rasa ralat atau terkilan atas keputusan yang kita buat, kerana rasa bersalah itu akan kita tanggung sampai bila-bila.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *