I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, April 27, 2012

Pink Lover

Dulu saya suka red kaler.

Kemudian saya suka green kaler.

Lepas tu saya suka pink kaler.

Kekal sehingga hari ini.

Ada barang yang saya beli sebab ia berwarna pink. Ada barang yang saya beli sebab saya memang nak beli barang tu, dan secara kebetulan ia berwarna pink.

Kat bawah ni contoh gambar barang-barang saya yang berwarna pink. Bukan ini saja, ada lagi macam laptop, mouse pad, USB port, pen drive, stapler, gayung dan lain-lain lagi, tapi tak sempat nak ambil gambar kesemuanya.

Pencil n paper clip - guna kat ofis

Bekas makanan & botol air - guna kat umah & masa jalan-jalan. Untuk pegi ofis, botol besar sikit warna lain.


Buku catatan kat ofis. Yang nombor 3 dari kiri tu buku catatan personal yang sentiasa ada dalam handbag.

Cekak rambut dan beg skincare. Suka suka suka!! Ngeee~~~

Floss & berus gigi. Harus pink! :)

Barang-barang Haziq. Yang ini kebetulan semuanya kaler pink. :)

ME : Pink makes me happy.. ^_^

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday #4

Monday, April 23, 2012

3 Pages Yang Perlu Ada Dalam Sesebuah Blog

Selepas membina sebuah blog, pasti kita akan memikirkan apakah pages yang sesuai diletakkan untuk menjadikan blog kita lebih profesional dan lebih mesra kepada pembaca blog. Sebenarnya, kita boleh meletakkan apa sahaja pages bergantung kepada jenis blog sama ada blog peribadi ataupun blog perniagaan.

Hari ini saya ingin berkongsi apakah 3 pages yang perlu ada dalam sesebuah blog, apakah pages tambahan untuk blog peribadi dan apakah pages tambahan untuk blog perniagaan.


3 PAGES YANG PERLU ADA DALAM SESEBUAH BLOG :

1) Home / Utama

Home merupakan pages yang paling penting yang mesti ada. Home juga merupakan link kepada blog anda sendiri. Kenapa home penting? Ini kerana untuk memudahkan pembaca kembali ke muka hadapan blog anda setelah membaca entry-entry anda yang terdahulu. 

Sekiranya anda tidak mempunyai pages home,  pembaca blog anda akan tercari-cari bagaimanakah cara ingin kembali ke muka hadapan? Dan sekiranya mereka tidak menjumpainya, besar kemungkinan mereka akan terus menekan butang pangkah (x) dan terus meninggalkan blog anda. Rugi bukan? Hmm..


2) About Me / Tentang Saya

Keyakinan pembaca terhadap satu-satu blog dibina berdasarkan kepercayaan mereka terhadap penulis blog. Jadi bagaimanakah caranya untuk membina kepercayaan ini? 

Mudah sahaja. Ceritalah tentang diri anda. Buat satu pages bertajuk "About Me" atau "Tentang Saya" dan ceritakan tentang diri anda dan kepakaran yang anda miliki. Pastikan kepakaran itu ada kaitan dengan penulisan anda di blog. 


3) Contact Me / Hubungi Saya

Beri peluang untuk pembaca berinteraksi dengan anda.  Letakkan e-mail anda, itu sudah memadai.



CONTOH PAGES TAMBAHAN UNTUK BLOG PERIBADI

1) Tips percutian
Buat satu pages untuk tempat-tempat percutian yang telah anda lawati. Contohnya, pages "Tips to Genting", "Tips to Pangkor Island".

2) My Favourite Quotes
Anda ada quotes yang anda suka? Letakkan di sini.

3) Simple Tips / Tips of the Day
Tips ringkas untuk dikongsi bersama pembaca. Contohnya, "blaus bercorak sesuai dipadankan dengan tudung plain untuk menyerlah lagi kecantikan si pemakai". 



CONTOH PAGES TAMBAHAN UNTUK BLOG PERNIAGAAN

1) Promosi Terkini / Jualan Murah

Buat satu pages khas dan letakkan segala maklumat yang berkaitan. Pages ini akan menarik pelawat blog anda apabila pertama kali mereka membuka blog anda. "Eh, jualan murah ape nie? Nak kliklah.." ^_^

2) Membership / Keahlian

Sesetengah kedai online menawarkan pakej keahlian untuk pembeli mereka. Jadi, buat satu pages khas untuk membership / keahlian. Pelawat tidak perlu pening kepala nak hantar e-mail bertanyakan macamana nak jadi member? Mudah kan...

3) Pengiklanan

Tawarkan ruang pengiklanan untuk penjual yang lain. Anda boleh mengenakan yuran serendah RM5 / bulan untuk setiap penyewa iklan. Sekiranya ada 10 tapak iklan yang disewa, bermakna pada bulan itu anda telah menjana RM50 yuran sewa. Senaraikan maklumat trafik blog anda bagi menyakinkan penjual lain untuk beriklan di blog anda.


ME : Ada Home, About Me & Contact Me. ^_^

Saturday, April 21, 2012

Tutorial : Cara Membasuh Tudung Awning

Hari ini saya ingin berkongsi cara-cara membasuh tudung awning. Pada masa ini, tudung awning memang popular di kalangan wanita, baik yang bekerja, belajar mahupun suri rumah. Budak-budak pun senang dipakaikan tudung awning aje.

Kenapa tudung awning ini popular? Kerana ia senang dipakai dan terus terbentuk, justeru menjimatkan masa kita berhias di depan cermin (kadang-kadang tak tengok cermin pun, terus sarung jer.. hehe..).

Tetapi kita perlu berhati-hati apabila membasuh tudung awning, kerana jika tersilap langkah, awning boleh "patah", ataupun kemek dan terlipat. Apabila awning dah rosak, maka tak cantiklah bila pakai tudung nanti. Ada masanya, masalah patah / kemek / terlipat ini boleh diatasi dengan cara menggosok menggunakan seterika yang betul-betul panas.

OK baiklah. Inilah caranya membasuh tudung awning dengan betul supaya awning terjaga rapi.


1) Perhatikan gambar di bawah. Tempat yang saya bulatkan merah itu menunjukkan kawasan yang selalunya menjadi kotor akibat peluh dan bedak kompak yang digunakan. Kadang-kadang ada yang guna brooch kecil yang dah berkarat. Karat itu akan meninggalkan kesan pada tudung kita. Kalau yang jenis kulit sensitif, boleh jadi ruam pula kat leher akibat karat ini.



2) Tuangkan satu penutup pencuci seperti gambar ini. (Saya guna dua penutup pencuci, nak tudung lebih wangi).



3) Tuangkan pencuci ke dalam baldi bersama air.



4) Basuh tudung satu persatu dengan cara mencelup tudung sehingga basah dan gosok / sental guna tangan saja (jangan guna berus) kat kawasan yang berpeluh dan kotor akibat bedak tu. Kalau ada kesan karat, kena gosok kuat sikit ye. Dah siap basuh satu tudung, asingkan, kemudian celup satu tudung lagi. Seeloknya dimulakan dengan tudung yang berwarna cerah dulu, akhir sekali baru tudung berwarna gelap.


5) Bilas semua tudung sehingga bersih.


6) Sidai tudung menggunakan penyidai khas untuk tudung.




7) Sila terbalikkan tudung apabila disidai. Jangan sidai secara terus di bawah cahaya matahari, cukup sekadar di tempat yang teduh dan berangin. Tudung kan nipis aje, pasti cepat kering.



Saya cadangkan guna pencuci TOP LIGHT pink ini apabila mencuci tudung. Harganya RM9.90 untuk 1 botol ni (1 Liter) masa saya beli kat UO. Terbaik!!!



ME : Wangi satu rumah bila guna pencuci TOP LIGHT pink. I like... :)

Wednesday, April 18, 2012

Peluang Terakhir

Maaf. Saya masih lagi dalam mood berkabung. Oleh sebab itu, entry kali ini masih lagi berkaitan tentang pemergian sahabat saya ke rahmatullah.


Baru sekejap tadi saya pergi berjumpa dengan bos saya. Usai perbincangan, saya ingin katakan sesuatu padanya...

"Encik A, saya nak cakap sikit boleh tak?"

"Ya. Pasal apa?"

"Saya nak cakap terima kasih banyak-banyak kat Encik A, sebab bagi saya cuti masa 10 haribulan 2 yang lepas.."

"Mmmm??"

"Encik A bagi saya cuti hari tu. Bagi saya peluang terakhir untuk jumpa kawan saya yang sedang sakit tenat.."

"Maksud awak?"

"Kawan saya baru meninggal dunia. Dan saya dapat ziarah dia sebelum dia meninggal. Itulah kali terakhir saya dapat tengok dia. Terima kasih sebab bagi saya peluang terakhir ini.."

"Siti..."

(Bos saya panggil saya Siti).

Saya cuma tersenyum tawar, seboleh mungkin cuba menahan air mata, dan saya berjaya.

"Kawan awak yang lelaki tu kan? Bila dia meninggal?"

"Ya. Isnin lepas, 16 haribulan 4.."

"Sabarlah ye. Semua ini ketentuan Allah yang terbaik untuk dia..."

Saya angguk dan senyum lagi. Dalam hati "Terima kasih kerana memahami..."

Saya bingkas bangun dari kerusi dengan ucapan terima kasih sekali lagi untuk bos saya. Saya tidak mengharap apa-apa daripada beliau, kerana saya tahu yang beliau tahu bahawa beliau telah mengambil tindakan yang betul atas kapasiti sebagai seorang ketua dan juga sebagai seorang insan... iaitu memberi saya pelepasan cuti pada masa itu untuk menziarahi kawan yang sedang sakit tenat.

Peluang terakhir... apa pun ini semua atas izin Allah s.w.t.


ME : Jangan biar orang lain rasa ralat atau terkilan atas keputusan yang kita buat, kerana rasa bersalah itu akan kita tanggung sampai bila-bila.

Wordless Wednesday #3

Monday, April 16, 2012

Al-Fatihah buat Sahabatku Hanafiah Bin Salim

SMS pertama yang saya terima pada pagi ini hari Isnin 16 April 2012, benar-benar mengejutkan saya.

"Assalamualaikum, Al-Fatihah buat sahabat kita Hanafiah Salim yang kembali ke rahmatullah pukul 8.30 pagi tadi".

Dup..

Dap..

Saya tergamam, nada terkejut sehingga disedari oleh dua orang rakan sekerja saya. Saya tak mampu berkata apa-apa, hati terasa sebak sangat dan air mata terus mengalir laju. Disebabkan saya berada di ofis dan tidak mahu orang bising-bising tengok saya menangis, saya segera mencapai tisu dan berlari ke washroom.

Mujur tidak ada orang, saya terus menangis sepuas-puasnya, tidak tertahan lagi rasanya. Segala kenangan bersama arwah sewaktu sekolah menengah dahulu, tanpa dipinta, bagaikan diputar satu persatu di ruang ingatan saya dan air mata saya semakin laju mengalir. Terimbau juga kembali kenangan sewaktu menziarahi arwah pada hari Jumaat 10 Februari 2012 yang lalu di Hospital Mersing, Johor di mana keadaannya memang sudah tenat, akibat penyakit kanser lidah tahap 4 yang dideritainya sejak April 2010.

April 2010?

April 2012?

Dua tahun rupanya arwah berjuang melawan kanser dan akhirnya pada hari ini, arwah dijemput pulang oleh Pencipta-Nya. Berakhir sudah penderitaannya selama ini, hilang sudah sakit yang ditanggung sekian lama. Benarlah, Allah lebih menyayangimu wahai sahabat...

Hati ini terasa ingin sangat pergi ke Mersing hari ini, ingin bersama-sama menghantar jenazah arwah ke pusaranya, namun apakan daya, saya terikat dengan kerja.

Walau apapun, saya merancang untuk menziarahi pusaranya dalam masa terdekat ini sekaligus berjumpa dengan ibu arwah untuk menitipkan kata-kata semangat buatnya. Semoga Allah memudahkan perancangan saya ini. Amin...

Buat sahabatku Hanafiah Salim @ Peah :

(Gambar arwah telah saya remove daripada post ini).

"Peah, aku minta maaf banyak-banyak kat ko kalau aku ada buat salah silap kat ko selama ini sepanjang kita berkawan. Aku juga maafkan ko juga, walaupun pada aku, ko tak ada buat salah sikit pun pada aku, sebab ko adalah seorang kawan yang sangat baik. Aku juga seperti kawan-kawan yang lain, tak sanggup melihat ko terus menderita dengan penyakit ini, walaupun dalam hati kami ini tak putus-putus berdoa dan berikhtiar moga ko diberi kekuatan dan kesembuhan oleh Yang Maha Esa. Tapi hari ini ko telah pergi tinggalkan kami semua, kawan-kawan yang sentiasa menyokong ko setiap masa. Namun apalah daya kami, Allah lebih menyayangimu, Peah. Aku redha dengan pemergian ini, aku doakan moga ko tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman, Insya-Allah..."

ME : .....

Friday, April 13, 2012

Tips PENTING Sebelum Membeli Laptop

Laptop dah rosak? Nak beli laptop baru? Tak pernah beli laptop sebelum ni? Macamana nak beli laptop? Wah, banyaknya soalan, rasa macam kat kaunter pertanyaan pulak.

Haa, jangan pening kepala, jangan garu kepala lagi, jom baca apa tips PENTING, ye PENTING, sebelum membeli laptop :

1) Tujuan beli laptop

Apa sebenarnya tujuan saya beli laptop ni?
Nak buat assignment yang tiap-tiap hari lecturer bagi?
Nak main game 24 jam taknak tido?
Nak berinternet berfacebook bertwitter berblogging berforum?
Nak siapkan paperwork yang menimbun-nimbun 10 tahun lagi belum tentu habis?
Nak sambung buat keje ofis kat rumah?
Nak buat hadiah hantaran? Hadiah birthday?
Sila tanya pada diri sendiri terlebih dahulu. Tetapkan matlamat dan tujuan beli laptop ni.
Itu perkara pertama yang paling penting.



2) Bajet

Tetapkan bajet.
Bawah RM1000?
RM1000 - RM1500?
RM1500 - RM2000?
RM2000 - RM2500?
RM2500 ke atas???



3) Cara pembayaran

Nak bayar cash atau guna kad kredit?
Guna duit simpanan sendiri?
Atau duit gaji / bonus?
Atau guna duit PTPTN?
Atau pinjam duit mak / ayah / kakak / abang / kawan?
Atau pecahkan tabung ayam dan tabung manggis? ^_^
(Sebaik-baiknya buatlah pembayaran secara tunai, elakkan berhutang)


4) Spesifikasi Yang Diperlukan

Apabila kita dah tetapkan tujuan kita beli laptop seperti no #1 tadi, maka kita kena tetapkan spesifikasi yang kita nak. Contoh:
- Jenis processor
- Hard disk, RAM
- Berat
- Performance (bateri, etc.)
- Dan lain -lain



5) Survey kedai

Lepas tu sila pergi survey kedai, cari laptop ikut apa yang kita nak, bukan ikut apa yang salesman paksa kita beli. :) Jika berkemampuan, bawak sekali kawan yang pandai pasal komputer (kalau kita ni buta huruf pasal komputer). Jadi kawan tu bolehla tolong kita deal nanti. Selain tu sila tanya banyak-banyak sampai kita puas hati dan faham sebelum membuat sebarang pembelian.

Sila survey apa free gift atau purchase with purchase (PWP) yang kedai tu bagi bila kita beli satu laptop ni? Contohnya, beli laptop harga RM1699, dapat free :
- keyboard protector
- mouse and mousepad
- back pack
- cooling fan
- screen cleaning kit
- pendrive 4GB

Haa...kena rajin survey tau (buat tinjauan dari satu kedai ke satu kedai). Perhatikan juga cara orang kedai tu layan kita. Die suka jawab pertanyaan kita tak? Atau jawab macam mamabosan? Kita selesa ke tak berurusan dengan dia? itu faktor penting tu. Kita mesti rasa SELESA dan PUAS HATI untuk setiap ringgit yang kita nak keluarkan. Betul tak? ^_^



6) Tetapkan nak beli kat kedai mana

Jangan terus beli masa dok survey-survey tu. Kot-kot nanti menyesal pulak sebab ikutkan perasaan, bukan ikutkan fikiran. Jadi lepas dah survey tu (proses survey mungkin ambil masa beberapa hari sebab kadang-kadang kita tak sempat nak survey 3 kedai pun dalam satu hari), sila balik ke rumah dan tenangkan fikiran dulu.

Buat PERBANDINGAN antara setiap satu kedai. ini mesti buat tau. Apa taknya nak kuar duit sampai beribu ni mesti buat keputusan yang betul dan tepat. Taknak menyesal di kemudian hari.




7) Sila buat pembelian dengan rasa PUAS HATI dan BERBALOI untuk setiap sen yang dikeluarkan

Akhirnya, bila dah buat 6 langkah di atas. pilih satu hari yang bahagia dan terus menuju ke kedai yang kita nak beli laptop tu. Jangan toleh kiri kanan lagi atau gatal-gatal nak survey lagi.

Haa, bila dah beli ni pun ada benda yang kita kene ambil perhatian :
- Anti Virus dan Internet Security - auto renew ke? kalau beli berapa harga / setahun?
- first time nak guna - cas bateri 8 jam
- perkara penting yang perlu diberi perhatian masa guna (tanya kat salesman tu) - die mesti jawab sebab ini dipanggil POST-SALES SERVICE
- kalau ada problem nak cari sapa?
- dapatkan resit pembelian / warranty letter & lain-lain dokumen yang dirasakan perlu (Resit ni semua perlu disimpan dengan baik. Harap maklum bahawa pembelian laptop boleh DIKECUALIKAN CUKAI dengan syarat pembelian 1 kali dalam masa 3 tahun. Yeay!!)

Itulah tips penting yang mesti dibuat sebelum (dan selepas) membeli laptop. Semoga berjaya!


ME : I do my homework before I purchase something BIG (including laptop). ^_^

Wednesday, April 11, 2012

Wordless Wednesday #2

Wednesday, April 4, 2012

Wordless Wednesday #1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *