I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday

Apa itu Wordless Wednesday?


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.



Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, pada setiap hari Rabu, di internet, para bloggers akan memaparkan foto (satu sahaja sudah mencukupi) tanpa memberikan sebarang penjelasan berkenaan foto tersebut (sebab itu ia dinamakan wordless = tanpa kata-kata).  Ini kerana dalam foto itu sendiri tersingkap 1001 makna bagi mereka yang melihatnya.


Saya tiada maklumat lanjut mengenai Wordless Wednesday ini. Cuma ini yang berada di fikiran saya sekarang.. ^_^


1) Kenapa pilih hari Rabu? Mungkin sebab Wednesday huruf W, Wordless juga huruf W, maka jadilah WW.


2) Tiada paksaan untuk buat semua ni. Buat atau tak buat, tak menjadi satu kesalahan. Kalau buat, tak menang apa-apa. Kalau tak buat pun, takkan didenda. (Yeah, no rules!)


3) Tajuk entri akan jadi seperti ini – Wordless Wednesday #1, Wordless Wednesday #2, Wordless Wednesday #3 dan seterusnya. Tidak perlu penerangan pada tajuk entri mahupun isi kandungan entri.


4) Satu tahun ada 52 minggu. Sekiranya saya konsisten update blog berkaitan Wordless Wednesday setiap hari Rabu, maka jumlah semua sekali akan ada sehingga Wordless Wednesday #52!! Wahhhh!!


Jadi nantikan kemunculan Wordless Wednesday #1 daripada saya bermula Rabu minggu hadapan (4 April 2012). Yeahhh!!! ^_^


ME : Sibuk cari gambar…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *