I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, March 30, 2012

Tutorial Blog : Cara Check Domain Name Still Available Atau Tak?

Biasa tak tengok blog orang lain yang ada dot com, atau dot net tu?

Itu tandanya orang tersebut mempunyai DOMAIN sendiri.

Selalu kalau kita buat blog kan, mesti jadi http://namabloganda.blogspot.com, tapi jika kita ada domain sendiri, blog kita akan jadi www.namabloganda.com (url)

Best ke ada domain sendiri ni? Uishhh..mestila best. Tapi tak semua nama yang kita nak tu available. Sebab dah ada orang yang beli domain itu.

Macamana nak tau domain yang kita nak masih ada ke tak? Baiklah, sila check di SINI
Boleh check availability dan register domain di DataKL.com
Jom kita test tengok nama mystorymory.com masih available ke tak?

Tettt!!! Tak boleh beli domain mystorymory.com sebab SAYA DAH BELI DOMAIN NI DULU YE!! Hihihih....

Saya buat percubaan sama ada domain cintahatiku.com masih ada atau tak. Dan inilah hasilnya! Tadaaa!!
Cintahatiku.com is available!
Sekiranya anda nak beli domain ini, sila buat pembayaran sama ada untuk tempoh 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun (Domain kene bayar ye, bukan percuma tau...)
Selain tu, disenaraikan juga domain name lain yang anda mungkin berminat...Pilih dik jangan tak pilih...



Baiklah itu sedikit sebanyak cara bagaimana untuk mengetahui sama ada domain name yang kita nak still available or not. Saya tunjuk satu contoh saja, iaitu DataKL, sebab saya beli domain blog ini dengan DataKL. Puas ati sangat, servis cepat! (Saya tak suka menunggu).



ME : Suka sampai rasa nak melompat-lompat bila domain name yang saya nak still available.. ^_^

Thursday, March 29, 2012

Hadiah untuk Haziq

Saya dah lama nak belikan barang ini untuk Haziq, rasanya dalam beberapa bulan yang lepas, iaitu semasa saya pegi ke Mom & Baby Fair di Mid Valley Megamall. Pertama kali saya tengok barang ni, saya dah suka sangat, rasa teruja sangat nak belikan untuk anak saya yang seorang ini.

Tapi bila tanya harganya...Saya terkedu...Terus senyum dan perlahan-lahan meninggalkan booth berkenaan...

Namun dalam hati ini, keinginan saya tak pernah padam. Saya berjanji akan belikan barang ini untuk Haziq, sebagai tanda hadiah dan kasih sayang seorang Mama untuk anaknya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Akhirnya pada hari Ahad lepas (25/03/2012), saya jumpa barang ini lagi di Mom & Baby Fair di Danga City Mall. Setelah buat survey di 3 buah booth, akhirnya saya buat keputusan untuk beli yang ini.

Apa barangnya ni? Ehem...ehem.... ^_^

Namanya - BABY PLAY MAT

Faktor pertama saya tertarik sangat dengan BABY PLAY MAT ni sebab ia colourful...warna-warni...ceria...gemilang sungguh rasanya....sekali tengok terus rasa happy jer.. (tak pasal-pasal kan...hehe..)

Belah depan - gambar POOH & the Friends...serious colourful!! Mama suka sangat! :)
Belah belakang - boleh belajar A, B, C sampai Z

Faktor kedua, saya takde karpet nak diletak kat ruang tempat dia main-main tu... Kalau nak beli tikar getah, mmm...tak minat pula, ala-ala outdated gitu...errkk!! ...lagipun tikar getah coraknya macam itu aje, mana ade yang colourful, kartun-kartun, betul tak? Hihihihi...

Haziq, Mama suka sangat gambar Haziq ni tau...
Sebab tu lah saya beli play mat ni, hadiah khas untuk Haziq sayang...Mama harap Haziq suka dengan hadiah ni ye...Mama sayang Haziq sgt tau...mmuahhh...

Seriusnye Haziq tengok citer kartun

Play mat ni diperbuat daripada eco-friendly soft PVC. Ukurannya pulak 130 x 190 x 1.2 cm (tebal). Kat booth saya beli tu die jual 2 jenis saiz, satu kecil sikit, yang saya beli ni yang besar sikit.

Apa faedahnya kalau kita beli play mat ni? Haaaa...banyak gunanya tau!  contohnya :

1) Belajar ABC dan story telling bersama anak-anak...Oh seronoknya! (Sebab saya suka bercerita dan cipta macam-macam cerita untuk kanak-kanak - yang penting setiap cerita ada unsur pengajaran dan pembelajaran). Belajar sambil landing. Stress-free!

2) Anak-anak boleh relate kartun yang die tengok kat tv dengan kartun yang dia tengok kat play mat. Macam Haziq, die tengok gambar POOH dan PORORO The Little Penguin, terus suka sebab itulah antara kartun yang dia tengok kat tv (Sel-sel otak sedang berkembang bila anak belajar relate satu perkara dengan perkara yang lain).

3) Pengganti kepada karpet dan tikar getah. Kalau pakai karpet, kene rajin vakum atau jemur. Kalau pakai tikar getah, aduh sakit tuu nak landing-landing.

4) Play mat ni selesa yang amat!

5) Non-toxic. Certified by SGS tau.
Semua details ada kat sini

Cara nak jaga / maintain play mat ni amatlah mudah... So mommies sume jangan pening kepala ye..

1) Apabila play mat kotor akibat susu, nestum, biskut dan lain-lain yang sewaktu dengannya, sila bersihkan sisa kekotoran tu dulu kemudian guna tuala yang lembap dan lap kat play mat tu.

2) Tak perlu nak sental bagai atau jemur kat bawah matahari panas nun... Ini bukan karpet ye...

3) Kalau play mat ni terlipat, jangan risau, ia takkan tinggalkan kesan dan akan kembali semula ke bentuk asal.

4) Janganlah ditoreh play mat tu dengan pisau ke, gunting ker... kalau nak toreh jugak, sila pegi ke kebun getah yer...

5) Sesuai dibawa ke mana-mana. Nak pegi piknik boleh bawak. Nak pegi holiday pun boleh bawak. Nak bawak balik kampung pun takde masalah. Play mat ni didatangkan khas dengan beg dia. Ala-ala macam beg toto gitu.

Just nice. Gambar ni diambil before unpack play mat tu.
Huwarrghhh... Haziq dah ngantuk...jom tido...


ME : Satisfied

Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday

Apa itu Wordless Wednesday?


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.



Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, pada setiap hari Rabu, di internet, para bloggers akan memaparkan foto (satu sahaja sudah mencukupi) tanpa memberikan sebarang penjelasan berkenaan foto tersebut (sebab itu ia dinamakan wordless = tanpa kata-kata).  Ini kerana dalam foto itu sendiri tersingkap 1001 makna bagi mereka yang melihatnya.


Saya tiada maklumat lanjut mengenai Wordless Wednesday ini. Cuma ini yang berada di fikiran saya sekarang.. ^_^


1) Kenapa pilih hari Rabu? Mungkin sebab Wednesday huruf W, Wordless juga huruf W, maka jadilah WW.


2) Tiada paksaan untuk buat semua ni. Buat atau tak buat, tak menjadi satu kesalahan. Kalau buat, tak menang apa-apa. Kalau tak buat pun, takkan didenda. (Yeah, no rules!)


3) Tajuk entri akan jadi seperti ini – Wordless Wednesday #1, Wordless Wednesday #2, Wordless Wednesday #3 dan seterusnya. Tidak perlu penerangan pada tajuk entri mahupun isi kandungan entri.


4) Satu tahun ada 52 minggu. Sekiranya saya konsisten update blog berkaitan Wordless Wednesday setiap hari Rabu, maka jumlah semua sekali akan ada sehingga Wordless Wednesday #52!! Wahhhh!!


Jadi nantikan kemunculan Wordless Wednesday #1 daripada saya bermula Rabu minggu hadapan (4 April 2012). Yeahhh!!! ^_^


ME : Sibuk cari gambar…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *