I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, August 15, 2011

Happy Birthday to Ahmad Haziq Hafiz (1 year) 15-Aug-2011

Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Haziq comey menomey tenomey dinomey,
Happy Birthday to you...
Ahmad Haziq Hafiz
Date of Birth : 15 August 2010
Time : 3.34 am
HSI, JB

Hari ni Haziq Mama dah berusia genap 1 tahun.
Mama rasa macam baru je Mama lahirkan Haziq,
Mama masih ingat sakit yang Mama tanggung semasa nak melahirkan Haziq,
Masih terasa lagi hangatnya badan Haziq di saat Mama peluk Haziq buat kali pertama,
Masih teringat lagi air mata Mama menitis di saat Mama kucup pipi Haziq,
Masih teringat Mama ketawa sebab Mama berjaya melahirkan Haziq secara normal,
Masih teringat Mama dan Abah sama2 menangis kegembiraan di saat menyambut kelahiran Haziq,
Masih teringat yang Mama tersenyum puas bila Mama menyusukan Haziq buat kali pertama,
Masih teringat Mama dan Haziq tidur bersama berpelukan,
Semuanya Mama masih ingat sayang,
Dan Mama tidak akan pernah lupa...

Hari ini Haziq sayang dah berusia 1 tahun,
Mama bersyukur kerana Allah panjangkan usia Mama, Haziq dan Abah untuk sama-sama meraikan detik bahagia ini,
Tiap kali sembahyang dan di mana jua pun Mama berada, Mama sentiasa doa yang terbaik untuk Haziq, dunia dan akhirat,
Mama doakan agar Haziq Mama sentiasa sihat dan kuat, jadi anak soleh dan taat kepada Allah dan kedua ibu bapanya & berjaya serta bahagia dalam kehidupan...

Dan Mama juga nak Haziq tahu,
Bahawa Mama bukanlah insan yang sempurna,
Yang ada segala-galanya,
Yang tahu segala-galanya,
Tapi Mama sentiasa cuba berusaha untuk jadi ibu yang terbaik untuk Haziq,
Yang sentiasa bersama Haziq di saat Haziq perlukan Mama,
Yang sentiasa tenangkan Haziq dengan kasih sayang dan cinta Mama...

Selamat Hari Jadi Haziq Sayang...
Semoga Allah memanjangkan umurmu, merahmatimu dan mengurniakan segala yang terbaik di dunia dan di akhirat untukmu sayang...

Love you so much Haziq Sayang,

From,
Mama

4 comments:


dazzledania said...
Happy besday to Haziq ye!! Kirim salam kat ia.. :)
UNI said...
terima kasih dazzledania...hehehe.. :D
Nizam Malek said...
Happy birthday to Haziq~ Blog post ni akan jadi kenangan manis dan bermakna for him bila dah besar nanti.. =)
UNI said...
insya-Allah... :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *