I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, August 24, 2011

I Love My Job.... Yeay!!


Ingat tak ari tu saya cerita pasal saya sibuk yang amat sangat?

Lama kelamaan, mungkin juga berkat bulan Ramadhan yang mulia ini, saya dapat menyesuaikan diri bekerja secara lone ranger. Hanya saya seorang di dept. ni, tp bab2decision making yg besar2, ada 2 org bos yg supervise saya. Tapi kebanyakan masa, saya urus kerja saya sendiri. 

Terkenang zaman masa saya mula-mula memasuki alam pekerjaan (bile ya tu? mmm...tahun 2005) saya juga bekerja secara lone ranger. Sebenarnya ada banyak pros and cons bila kerja seorang diri ni, tapi saya sentiasa cuba untuk lihat secara positif dan banyakkan bersabar. Contoh macam cuti raya tahun ni, saya dapat cuti seminggu (Yahoooo!!) dan tak payah sibuk-sibuk nak rotate dengan orang lain. Contoh yang tak berapa best sikit, time kerja sangat banyak, kadang-kadang nak berjalan pun sampai tak larat. Letih sangat!!!

Kenapa saya suka kerja secara lone ranger yek...Mmmm...for what I knew, saya tak suke diarah! Tak suka...Saya tak suka orang decide my time, my day, my work bla bla bla... 

Jadinya sekarang, saya bersyukur di atas setiap perancangan yang Allah telah tentukan dalam kerjaya saya. Bak kata orang, kita hanya merancang, Allah yang menentukan, tapi perancangan Allah adalah yang terbaik.

Alhamdulillah...

UNI is smiling... ^_^


Monday, August 15, 2011

Happy Birthday to Ahmad Haziq Hafiz (1 year) 15-Aug-2011

Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Haziq comey menomey tenomey dinomey,
Happy Birthday to you...
Ahmad Haziq Hafiz
Date of Birth : 15 August 2010
Time : 3.34 am
HSI, JB

Hari ni Haziq Mama dah berusia genap 1 tahun.
Mama rasa macam baru je Mama lahirkan Haziq,
Mama masih ingat sakit yang Mama tanggung semasa nak melahirkan Haziq,
Masih terasa lagi hangatnya badan Haziq di saat Mama peluk Haziq buat kali pertama,
Masih teringat lagi air mata Mama menitis di saat Mama kucup pipi Haziq,
Masih teringat Mama ketawa sebab Mama berjaya melahirkan Haziq secara normal,
Masih teringat Mama dan Abah sama2 menangis kegembiraan di saat menyambut kelahiran Haziq,
Masih teringat yang Mama tersenyum puas bila Mama menyusukan Haziq buat kali pertama,
Masih teringat Mama dan Haziq tidur bersama berpelukan,
Semuanya Mama masih ingat sayang,
Dan Mama tidak akan pernah lupa...

Hari ini Haziq sayang dah berusia 1 tahun,
Mama bersyukur kerana Allah panjangkan usia Mama, Haziq dan Abah untuk sama-sama meraikan detik bahagia ini,
Tiap kali sembahyang dan di mana jua pun Mama berada, Mama sentiasa doa yang terbaik untuk Haziq, dunia dan akhirat,
Mama doakan agar Haziq Mama sentiasa sihat dan kuat, jadi anak soleh dan taat kepada Allah dan kedua ibu bapanya & berjaya serta bahagia dalam kehidupan...

Dan Mama juga nak Haziq tahu,
Bahawa Mama bukanlah insan yang sempurna,
Yang ada segala-galanya,
Yang tahu segala-galanya,
Tapi Mama sentiasa cuba berusaha untuk jadi ibu yang terbaik untuk Haziq,
Yang sentiasa bersama Haziq di saat Haziq perlukan Mama,
Yang sentiasa tenangkan Haziq dengan kasih sayang dan cinta Mama...

Selamat Hari Jadi Haziq Sayang...
Semoga Allah memanjangkan umurmu, merahmatimu dan mengurniakan segala yang terbaik di dunia dan di akhirat untukmu sayang...

Love you so much Haziq Sayang,

From,
Mama

4 comments:


dazzledania said...
Happy besday to Haziq ye!! Kirim salam kat ia.. :)
UNI said...
terima kasih dazzledania...hehehe.. :D
Nizam Malek said...
Happy birthday to Haziq~ Blog post ni akan jadi kenangan manis dan bermakna for him bila dah besar nanti.. =)
UNI said...
insya-Allah... :)

Thursday, August 4, 2011

24 Hours A Day 7 Days A Week

I am busy, that's what I want to say...


Macamana saya boleh jadi busy? Sebabnya senior saya telah meletakkan jawatan dan saya kene buat keje2 saya ditambah pulak dengan keje2 dia. NO REPLACEMENT, hoccayy!!



Semua benda urgent, itu urgent ini urgent rase macam tak cukup tangan nak buat semua tu. Semuanya keje yang kene perah otak. Mmm...bulan puasa pulak tu, memang kene banyakkan sabarrrrrrrr.....

Tapi sesibuk mana pun saya dengan urusan kerja yang tak habis2 (sebab saya masih setia bekerja) dan juga urusan peribadi (my hubby, my baby, my home, my felt craft, my reading) saya sentiasa ingat satu perkara ni :


Ya Allah Ya Tuhanku, Kau permudahkanlah segala urusanku dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal 'Alamin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *